Friday, February 04, 2005

Di Sudut Bawah Mimbar Jumaat

Alhamdulillah, Syukur kita kepada Allah tuhan robbul alamin,

Wahai Org-org Islam Sekalian.Izinkan saya yg tak empunya tauliah ini membuat seruan dgn bercakap sedikit berkaitan agama yang sangat-sangat saya kasihi ini. Pagi ini yakni sebelum khutbah jumaat dimulakan saya hamba yg lemah dan dhaif ini ingin menjunjung perintah Nabi s.a.w "Ballighu a'nni walau ayatan" - Sampaikan dari ku walaupun sepatah ayat.

Tuan-tuan, usaha agama yg sedang berjalan di seluruh dunia sekarang ini, adalah satu usaha yang sangat-sangat penting. Kita umat nabi s.a.w adalah umat yg terbaik, bukan kerana amalan kita spt solat, quran, zikir dll (Kita sendiri tahu mutu amalan yg kita sembahkan pada Allah) tetapi adalah kerana kita di perintahkan oleh Allah untuk menjalankan kerja yang mana semua nabi-nabi terdahulu tlh buat. Kita bukan nabi kerana kenabian tlh khatam, tetapi kita adalah penolong nabi-nabi sebagai mana Kumpulan hawariyun membantu Isa a.s, Bani Israel dgn Musa, para sahabat dgn Nabi s.a.w. Malahan kita adalah lebeh baik lagi drpd penolong nabi-nabi sebelum nabi muhammad s.a.w. Kenapa saya bercakap begitu, ini adalah kerana mereka-mereka menjadi penolong anbia sewaktu nabi-nabi ini masih wujud lagi, tetapi kita adalah penolong nabi s.a.w selepas wafatnya nabi.

Allah berfirman dlm Al-Quran : "Kuntum khairo ummatin ukhrijatlinnas. tak muru nabil makru wa tanhauna'anil munkar, wa tuk minu nabillah." - Kamu (umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan utk manusia, kamu mengajak kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah.

Sahabat Umar bin khottob berkata: “ Barang siapa yang ingin masuk dalam kategori umat ini maka ia harus memenuhi syarat yang telah ditentukan oleh Allah dalam ayat tersebut.” Yakni harus melaksanakan amar ma`ruf, nahi munkar, serta tidak ketinggalan juga harus iman kepada Allah secara sempurna.