Tuesday, May 18, 2010

Layla Majnun

Kisah Layla Majnun adalah kisah mengenai keasyikan percintaan antara Layla dan Majnun. 'Majnun' dlm bahasa arab bererti 'Si Gila'. Gelaran 'Majnun' ditujukan kpeada seorang pemuda dari suku Amir bernama Qais Ibn Mulawwah atau Qais Amiri.

Manakala kekasihnya, Layla binti Mahdi pula ialah anak perempuan kepada ketua suku Najd. Qais dan Layla mula bertemu di Damsyik semasa belajar di sekolah agama yg sama. Dgn pandangan pertama, Qais tlh jatuh cinta kepada Layla dan sejak dari hari itu ingatannya kpd Layla tak pernah luput. Ustaz dan rakan-rakan sekolahnya sentiasa menasihatinya supaya melupakan kekasihnya dan menumpukan kpd sepenuh kpd pelajaran tetapi dia tidak mendengar nasihat.

Akhirnya, cerita percintaan mereka sampai kepada pengetahuan bapa Layla. Demi utk menjaga maruahnya, maka bapa Layla telah memberhentikan Layla dari sekolah itu dan mengurungnya di 4 dinding rumah mereka. Kehilangan Layla, tlh memberi kesan mendalam kpd Qais dan dia spt org hilang arah, merayau-rayau di padang pasir dan hutan Najd seumpama orang gila. Begitu juga dgn Layla, yang mana ia tlh menjadi kurus-kering akibat rindu yg amat sangat kpd Qais.

Qais tlh menjadi tidak siuman sejak itu, dan org ramai mengelarnya sebagai 'Majnun'. Percintaan mereka melambangkan keasyikan percintaan yang sebenarnya antara dua insan.

Suatu hari semasa merayau-rayau di padang-pasir, tiba-tiba seseorang mengejar dan menjerit pada Qais, "Tiadakah lagikah dlm dunia ini tempat yg sunyi utk aku asingkan diri walaupun ditengah padang-pasir!. Wahai Orang Gila, berani sungguh engkau melintas dihadapan orang yg sedang solat. Bukankah melintas di hadapan org bersolat itu satu dosa besar mengikut kitab Allah. Wahai Pendosa. Engkau telah mempersendakan perintah Allah."



Qais melintasi orang yg sedang bersembahyang

Mendengar jeritan orang itu, maka Qais tlh berhenti dan menoleh kebelakang. Hati murninya tak mengerti tentang apa yg diperkatakan oleh orang yg sedang marah itu. Dgn suara rendah-diri dia berkata,

" Maaf saudaraku, saya sedang dlm keadaan asyik hinggakan saya lupakan langsung akan alam kebendaan ini. Ikhlasnya, saya tak sedar kemana saya pergi. Saya sedang asyik mabuk cinta kpd kekasih saya, Layla hinggakan saya lupa langsung tentang alam dunia ini"

Selepas berkata dia pun berpusing-balik utk meneruskan perjalanan gilanya. Tetapi tlh timbul satu persoalan yg ikhlas dlm hatinya lalu dia pun menoleh bertanya kepada org tadi.

"Saudaraku, saya ada satu kemusykilan skg. Saya sekarang sedang mabuk cinta kpd Layla. Jadi saya tak sedar akan alam dunia ini. Tetapi awak, semasa sedang menyembah Allah, macammana awak boleh sedar saya melintas di depan awak sebentar tadi? Demi Allah, saudara, jgnlah kamu bersembahyang hanya bentuk zahir sahaja. "

Mendengar ucapan Qais, org itu pun tertunduk insaf dan datang memegang tangannya dan berkata, " Sahabatku, engkaulah yg sebenarnya permata padang pasir ini. Engkau tlh menunjukan kpd saya jalan Allah yg sebenarnya. Dibandingkan dgn percintaanmu, sembahyangku hanyalah zahir (bentuk) tanpa hakikat"

Ulama-ulama tasawuf selalu mengambil iktibar daripada kisah Layla dan Majnun utk membandingkan bagaimana hakikat cinta yg sepatutnya wujud dari makhluk kpd Allah.

Friday, July 31, 2009

Kisah Berjanji Melakukan Sesuatu Esok Hari

Seorang lelaki telah menanam sebatang pokok berduri di tengah laluan pejalan kaki. Pokok itu telah tumbuh menjadi besar dan teguh dan duri pokok itu mula mencederakan orang yang lalu-lalang di jalan itu.

Maka mereka mula menyalahkan penanam pokok itu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kepadanya kecuali, penanam pokok itu hanya berjanji yang dia akan memindahkan pokok itu dari laluan pada esok hari. Namun, pokok itu masih tetap berada di situ.

Akhirnya, sungutan pengguna-pengguna jalan itu telah sampai ke pengetahuan gabenor di tempat itu dan lantas gabenor mengarahkan penanam pokok agar memindahkannya dari laluan itu. Saperti yang dijanji pada masa yang lepas, penanam itu akan mengubahnya pada esok hari, tetapi tidak jua mengotakannya.

Hasil dari sifatnya yang sebegitu, pokok itu telah membesar begitu rendang dan teguh dgn akarnya telah tertancap jauh kedalam bumi. Kini dia sudah tidak berupaya untuk mengubah pokok berduri itu sama sekali.

" Pokok jahat itu telah membesar menjadi pokok muda dan teguh
Sementara Sipenanam-pokok telah menjadi tua dan lemah.
Pokok berduri itu hari demi hari bertambah subur dan rendang.
Dan Sipengalih-pokok itu hari demi hari bertambah lemah

Wahai Pendengar, telah seringkali kau meratap-sedih akan amalan burukmu
Dan telah seringkali juga amalan burukmu membuat kau menyesal dan berniat untuk bertaubat.
Telah seringkali kau tertewas di tangan amalan-amalan burukmu dan terbinasa.

Adakah kau telah menjadi jahil? Kau telah menjadi teramat jahil sejahil-jahilnya
Wahai kamu si jahil, bangunlah dan islahkanlah amalan burukmu yang lepas itu.
Bangunlah, ambil sebatang kapak dan seranglah saperti seorang lelaki.
Seperti Saydina Ali, dia yang telah merobohkan Pintu Khaybar. "

Penerangan.

.. dalam proses...

Tuesday, April 21, 2009

Bayan Maghrib Sri Petaling 11 April 2009

Kasih Allah, Kasih Nabi

Sebagaimana ibubapa suka mendengar anak-anak memanggil-manggil nama mereka .. ibu.....ibu... ayah... ayah , maka begitulah juga dengan Allah yang sangat suka kalau hamba-hambanya sering memanggil namanya .. Ar-Rahman... Ar-Rahim.... . berkali-kali. Allah tidak membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi membalas kejahatan dengan kebaikan. Kasihan Nya mendahului kemarahannya.

Sekiranya anak adam berbuat dosa di air, air akan membuak serta menenggelamkan pendosa itu. Sekiranya maksiat dibuat diatas bumi, bumi akan bergegar dan akan menelan pendosa itu. Tetapi bagi Allah walaupun hambanya berkali-kali meninggalkan suruhannya dan melakukan larangannya , Allah masih kasihan kpd hambanya. Kasih sayang Allah terhadap hambanya melebihi kasih-sayang seorang ibu kepada anaknya.

Satu ketika di zaman Nabi s.a.w. , seorang bayi telah menanggis dan datanglah ibu menyusu bayi itu dengan penuh kasih-sayang dan ini telah dilihat oleh nabi dan para sahabat.. Kata Nabi s.a.w, "Adakah kamu percaya yang ibu ini sanggup mencampakkan anaknya kedalam api?". Melihat akan kasihnya ibu itu kpd bayinya, para sahabat berkata, "Tidak mungkin , Ya Rasullullah s.a.w". Kata Nabi s.a.w, ' Sesungguhnya Allah mengasihani hambanya 70 kali lebih dari kasih seorang ibu kepada bayinya."

Nabi s.a.w merupakan seorang yang mepunyai sifat sangat belas kasihan kepada umatnya, sentiasa menziarahi orang miskin, orang sakit dan lemah. Nabi s.a.w faham sekiranya seseorang itu mati kerana kemiskinan, sakit dan tanpa makanan tetapi bila mati dengan iman, maka bermulalah kesenangan baginya bila masuk kedalam kubur dan alam akhirat. Tapi kalau mati tanpa iman, maka barulah bermula kesusahan yang sebenarnya didalam kubur.

Sifat kasih-sayang Nabi s.a.w adalah jelas sekali dihadapan sahaabat. Satu ketika, ketika Nabi s.a.w berkhutbah diatas mimbar yang baru, tempat mimbar lamanya yang di perbuat dari pohon tamar telah menanggis dan berbunyi saperti suara bayi menaggis. Turun Nabi s.a.w dari mimbar dan memujuknya sambil menepuk-nepuk dan senyaplah pohon itu. Kata sahabat, kalau Nabi s.a.w tidak tepuk pohon itu, maka ia akan menanggis sehingga hari kiamat.

Satu ketika sahabat telah bertanya Nabi s.a.w adakah Allah akan mengazab seseorang kerana dosa yang dilakukan sebelum Islam. Nabi s.a.w menjawab bahawa semua dosa-dosa lampau akan diampunkan bila seseorang itu masuk Islam dan mengucap kalimah syahadah. Maka sahabat itu pun mula bercerita tentang dosanya sambil menanggis menyesal. Bahawa beliau mempunyai seorang anak perempuan kecil yang sangat dikasihi isteri serta di jaganya dengan penuh kasih sayang sehinggalah pada satu ketika beliau berkata kepada isterinya yang beliau ingin membawa anak perempuannya bersama utk meziarahi saudaranya dikampung yang lain.

Maka anak perempuan itu di mandi dan siapkanlah oleh isterinya. Semasa mahu bertolak isterinya pun berkata janganlah dia mempersiakan budak itu. Di dalam perjalanan , beliau melalui satu perigi yang dalam dan menurutkan kepercayaan jahiliyahnya, maka beliau mengangkat anak perempuan itu dan mencampak budak itu dengan maksud supaya budak itu akan mati. Tetapi beliau masih lagi mendengar suara budak perempuan itu yang masih hidup memanggil namanya dari dalam perigi itu. Beliau pun ambil batu dan menghempas kekepala budak itu. Dengan suara sayup -sayup anaknya masih memanggil-manggil namanya dan berkata kenapa ayah menyia-nyiakannya sehinggalah suara itu hilang dari kedengarannya.

Nabi s.a.w berkata sekira di benarkan, pasti beliau akan melakukan qisas terhadap sahabat ini akan apa yang telah dilakukan. Tetapi keputusan Allah adalah muktamad bahwa Ia mengampun semua dosa yg dilakukan sebelum Islam.

Usaha dakwah tabligh ini adalah satu usaha utk mengembalikan agama sebagai mana yang telah dibawa oleh Nabi s.a.w. Kisah yang dilapurkan oleh satu jemaah yang pergi ke Brazil yang mana melihat orang Islam disana telah mengubah waktu sembahyang jumaat ke hari ahad semata-mata kera hari ahad adalah cuti, mengikut cara orang kristian.

Tasykil dibuat... sila bangun dan beri nama tuan-tuan....