Friday, January 27, 2006

Remember "What goes in, Is what comes out!"

Laailahaillallah MuhammadurRosullullah

Tuan-tuan mulia, hati adalah satu tempat atau kantung utk menyimpan khazanah yg tak ternilai harganya yakni iman yang mana nilai iman ini ialah iman sebesar zarah ganjarannya syurga 10 kali besar dunia. Iman hanya menjadi bernilai apabila ia berada didlm hati manusia. Diluar hati manusia iman tidak mempunyai nilai walaupun sesen. Jika kalimah iman ini hanya ada dibibir manusia, didinding rumah, ini tidak bermakna apa-apa.

Walaupun Trengganu itu "Darul Iman". Di akhirat nanti rakyat nya tak boleh berhujjah dgn Allah mengatakan, "Ya Allah , masuklah saya dlm syurga kerana saya tinggal di negeri Trengganu Darul Iman". Oleh itu iman perlu diusahakan. Utk mengusahakan iman perlu ikut cara yg ditunjukan oleh Nabi , yakni dengan banyak bercakap dan dakwah akan kebesaran Allah. Oleh itu perlulah kita keluar kejalan Allah 3 hari, 40 hari dan 4 bulan utk berlatih dan duduk dlm suasana iman supaya iman menjadi mantap dan bila kembali kekampung halaman kita bolehlah kita menyampaikan perkara ini kpd org ramai dgn lebih baik dan mudah.

Tanda iman ada dlm seseorg ialah " Apabila mendengar nama Allah, maka bergetarlah hatinya, dan apabila dibaca ayat-ayat Allah semakin bertambahlah keimanannya." Nabi Ibrahim a.s sanggup menjadi hamba kpd seseorang (padahal itu adalah malaikat) semata-mata ingin mendengar nama Allah dibacakan.

Sheikh Hadrat Abdul Quddus Gangohi, seorang yang terkenal dengan hatinya sentiasa bergetar bila mendengar sesuatu yg berkaitan dgn Allah dan Rasul s.a.w. Satu ketika takkala beliau bangun utk bertahajjud beliau menjadi fana' apabila terdengar suara sedang mengalunkan serangkap syair yg berbunyi " Lihatlah tipu-daya/senda-gurau sungai, Daun itu tengelam dan batu itu timbul." Mendengar rangkapan ini beliau menjadi fana' tak sedarkan diri (escatasy). -Sebenarnya syair ini dialunkan oleh seorg nenek sewaktu sedang mengisar jagung/gandum di awal subuh hari. Mengapakah rangkapan ini memberi kesan yg sungguh mendalam kpd nya? Kalau dilihat dari satu sudut seolah tiada apa-apa?

Seorg bertanya kenapa beliau menjadi fana'. Beliau menjawab, 'Bila wanita tua itu membaca "Daun itu tengelam dan batu itu timbul", ia mengingatkan aku kepada Surah Qariah: "Kemudian, bagi mereka yg timbangannya berat (dgn kebaikan), akan hidup selesa. Tetapi bagi dia yg timbangannya ringan, akan ditinggalkan dan dibakar oleh api neraka." S 101 A6-9. Sesiapa yg berat timbanagnnya , akan terbang masuk kesyurga. Tetapi sesiapa yg timbanganya ringan akan tengelam ke neraka. Itulah yg menyebabkan saya fana'. Bagi Hadrat, setiap apa yg menusuk masuk kedlm hati dan fikirannya ada kesan yg mendalam. Jika org awam spt kita membaca kisah Laila dan Majnun, akan mendatangkan cinta berahi kpd kita. Tetapi bagi manusia spt Hadrat kisah spt ini akan menambahkan kerinduan cinta pd Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home