Monday, July 11, 2005

Maulana Yusuf Al Khandalawi ( 1917- 1965 )

Beliau adalah Amir Dunia Jemaah Tabligh yang kedua selepas wafatnya Maulana Ilyas, bapanya yang dikasehi. Beliau telah meninggal dunia dalam usia yg muda, 48 tahun, diwaktu beliau sangat-sangat diperlukan ketika usaha jemaah sedang berada di kemuncaknya. Ramai yang berkata bahawa Allah wafatkan beliau kerana sayang kepada beliau dan utk memelihara iman ahli-ahli jemaah. Sewaktu beliau memimpin, ramai yang berkata 'dimana ada Maulana Yusof , disitu jemaah banyak dikeluarkan.' Keyakinan jemaah telah tertumpu dan bergantung kepada beliau.

Sewaktu Maulana Yusuf memimpin jemaah ini, usaha telah berkembang dengan pesatnya menembusi keluar dari kawasan Mewat ( dikawasan Daerah Gurgaon, Negeri Haryana) dan menuju kesebahagian besar India. Selanjutnya jemaah tabligh mula dihantar ke Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika, Eropah, dan Amerika. Sejak itu bilangan ahli jemaah ini semakin bertambah dan membesar walaupun tiada pernah ada usaha untuk mendatarkan keahliannya yang bertauliah ataupun pendaftaran untuk mewujudkan pertubuhan dibuat.

Maulana, sewaktu masih kanak-kanak telah menunjukkan sifat-sifat cemerlang semulajadi yang ada dlm dirinya. Beliau telah mengkhatamkan Al-Quran ketika berumur 10 tahun. Kemudian dia menamatkan sekolah rendahnya dan mempelajari hadith, dibawah kelolaan bapanya. Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran hadith khusus dikelolakan oleh ulama terkenal di Mazahir Al Uloom. Semasa ini beliau dipimpin dan diasoh oleh sepupunya Maulana Zakarriya rah., ulama hadith yg ternama dlm dunia Islam di abad 20 ini. Dia menamatkan pengajian dari sekolah ini pada umur 20 tahun, 1355H.

Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965.

Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Untuk membaca text sepenuh bayan beliau sila lihat dibawah tajuk "Pesanan Terakhir Maulana Muhammad Yusuf."

3 hari selepas menyampaikan pesanan/bayan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dalam perjalanan beliau meninggal dunia.

Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandhalawi telah dilahirkan pada 25 Jamadil Awal, 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala ,India dan diwafatkan oleh Allah s.w.t pada 26 Dzulkaedah 1384, bersamaan hari Selasa, 30 March 1965. Jenazah beliau telah diterbangkan pulang ke India untuk dikebumikan di Masjid Banglawali ,Nizamuddin Basti, India. Ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia telah datang menghadiri pengkebumiannya

Seluruh alam menjadi kelam dan gelap-gelita justeru hilangnya sinaran dari sebutir mutiara yang mencahayai alam dan menjadi asbab utk mencurah-turun dengan lebatnya hujan-hujan hidayat di dalam hati-hati manusia yang dahaga dan gersang diseluruh alam. Semuga Allah s.w.t menerimanya dan menempatkan beliau disamping orang-orang yang cemerlang di Negeri Akhirat. Amin.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

syeikh boleh tak tahu alamat email anda ?
Jazakallah

Sun May 07, 09:23:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

tolong kirim alamat email anda ke alfatah7@yahoo.com

Sun May 07, 09:23:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

jemaah tabligh keluar beberapa hari untuk menuntut ilmu dan mengembangkan ilmu diperantauan..tapi saya setiap malam ke majid mendengar orang mengajar kitab-kitab ulama muktabar yang terdahulu tapi tak perlu tinggalkan isteri dan masih boleh mendidik anak-anak..kan lebih baik begitu?

Thu Nov 16, 01:13:00 PM GMT+8  
Blogger Charmaina said...

Tuan Halim,

Terima kasih kerana memberi perhatian at penulisan yg Allah ilhamkan kpd saya. Melihat kpd nama tuan yg baik, Abdul Halim, Hamba tuhan yang maha berlemah lembut atau sabar, saya dapat rasakan yg tuan banyak bersifat kasih sayang dan sabar terhadap keluarga tuan. Nama kita sebenarnya melambang peribadi atau sifat sebenar yang ada pada kita secara tak langsung samada kita sedari atau tidak.

Tuan, Sekiranya semua sahabat radiallahuanhu seiring berfikir spt tuan adakah mungkin mereka akan keluar dari bumi mekah dan madinah yg suci itu utk sampai agama kpd nenek moyang kita.

Natijah ini, adakah mungkin atau sempat bagi kita setiap malam mentelaah kitab alim ulama muktabar dan mendidik agama kpd isteri dan anak yg kita kasehi?

Thu Nov 16, 05:47:00 PM GMT+8  

Post a Comment

<< Home