Tuesday, June 14, 2005

Wasiat Nabi Sebelum Wafat, "Usirkan Orang-orang Kafir Dari Tanah Arab"

Abu Hurairah berkata: Semasa kami di masjid, Nabi s.a.w telah keluar dan berkata, "Ikut aku menemui orang Yahudi," Jadi kami telah keluar bersamanya dan sampai kesebuah rumah dimana mereka sedang membaca kitab mereka, dan Nabi s.a.w berkata semasa berdiri, "Jika kamu orang-orang Yahudi menerima Islam, kamu akan selamat. Ketahuilah bahawa tanah ini milek Allah dan Rasulnya s.a.w, dan aku bercadang utk memindahkan kamu dari tanah ini; jadi sesiapa yang ada harta (yg dia tak boleh bawa pergi) mesti menjualnya." Sahih Bukhari (P449, Vol 1).Sahih Muslim, (P94, Vol.2). Mishkat, (P865).

Ibn Abbas berkata Nabi s.a.w telah memberi 3 arahan sebelum baginda wafat, mengatakan, "Usirkan orang-orang kafir dari Tanah Arab; beri pampasan saperti mana saya telah lakukan." Ibn Abbas berkata samada baginda tidak sebut perintah ke3 itu ataupun saya lupa.Saheeh Bukhari, (p449, Vol.1.). Mishkat, (p865). Saheeh Muslim.

Jabir Bin Abdullah berkata dia di beritahu oleh Umar Al khattab r.a bahawa dia mendengar Nabi s.a.w berkata, "Aku sudah pasti akan mengusir orang-orang Yahudi dan Kristian dari Tanah Arab supaya yang tinggal hanya orang Islam sahaja di dalamnya."

Muslim menyampaikan, Satu riwayat lain bahawa, "Jika aku hidup, dgn izin Allah, Aku sudah pasti akan mengusir orang-orang Yahudi dan Kristian dari Tanah Arab." Saheeh Muslim, (p24, Vol.2). Mishkat, (p866).

Ibn Umar berkata bahawa, 'Umar Al Khattab memindahkan orang-orang Yahudi dan Kristian dari Tanah Hijaz dan bila Nabi s.a.w mencapai kemenangan di Khybar dia bercadang mengusir Yahudi daripadanya, kerana bila tanah itu ditawan ia milek Allah, Nabi s.a.w dan orang Islam. Tetapi orang Yahudi telah memohon kpd Nabi s.a.w supaya membiarkan mereka dengan syarat mereka akan melakukan semua penanaman dan ambil sebhg dari hasilnya, dan dia berkata, "Kami akan memutuskan kamu mengikut syarat kami selagi mana kami kehendaki." Jadi mereka berada disitu sehinggalah Umar memindahkan mereka semasa pemerintahannya dari Taima ke Jericho. Bukhari and Muslim. Mishkat, (p866).

Ibn Umar menerangkan ' Umar telah berdiri utk berucap dan berkata, "Pesuruh Allah s.a.w menggajikan orang Yahudi Khaybar untk mengerjakan harta mereka dan memberitahu bahawa dia akan tentukan kedudukan mereka selagi mana Allah kehendaki; dan saya sekarang saya nampak masa yang sesuai untuk memindahkan mereka." Bila Umar membuat keputusan itu, seorg dari Bani Abul Huqaiq tlh dtg menemui beliau dan berkata, "Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau mengusir kami padahal Muhammad s.a.w telah menetapkan kami atas harta ini dan menggajikan kami utk mengerjakannya?" Umar menjawab, " Adakah kamu fikir aku telah lupa apa yg Nabi s.a.w telah katakan bila dia bertanya bagaimana rasanya bilamana kamu diusir dari Khybar, unta kamu berlarian disamping kamu malam demi malam?". Yahudi berkata," Ini hanyalah satu gurauan dari Abul Qasim (nama timangan Nabi s.a.w), kemudiannya, Umar membalas,"Kamu penipu, wahai musuh Allah." Dia kemudian memindahkan mereka, dengan memberi nilaian buahan yg mereka punyai dlm bentuk duit, unta-unta dan barangan saperti pelana, tali dll. Bukhari . Mishkat, (p865).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home