Wednesday, June 01, 2005

Malaikat Maut Pun Boleh Terkejut

Suatu pagi seorang hamba Nabi Sulaiman a.s berlari dtg berjumpanya dlm keadaan panik. Bibirnya biru kerana ketakutan dan wajahnya pucat-lesi. Dia bertanya kenapa jadi demikian. Hambanya memberitahu bahawa dia melihat Malaikat Maut di kawasan pasar dan dia merempuh datang kepadanya. Hamba itu merayu kpd Nabi Sulaiman a.s supaya meminjamkannya kuda terpantas, yang lebih laju daripada angin supaya dia boleh pergi ke negeri Hindustan dan terselamat dari maut. Nabi a.s pun memberikanya seekor kuda Arab terpantas dan tanpa lengah dia memecut pergi.

Sulaiman termenung memikirkan peristiwa itu dan dia pergi kepasar utk kepastian. Pada mulanya ia hanya lihat org ramai di pasar, tiba-tiba ia ternampak seseorang yang berpakaian berjubah saperti yang di pakai oleh rahib. Dia menghampirinya dan terlihatlah ia akan malaikat maut dan bertanya kenapa ia merempuh dan menakutkan hambanya. Katanya, 'Bukan dia sahaja yang terkejut malahan aku pun terkejut sama.' Nabi tanya ,'Kenapa?' Jawabnya, ' Sebenarnya Allah s.w.t telah memerintahkan aku mencabut nyawanya di negeri Hindustan malam ini tetapi aku melihatnya masih berada disini dan mana mungkin dia boleh bergerak sepantas itu utk kesana.

Maka semakin bertambahlah keimanan Nabi Allah Sulaiman a.s bila melihat peristiwa itu.

Manakala dizaman moden ini, diberitakan suatu dialog telah berlaku antara seorang paderi kristian dan seorang Islam . Si Kristian ini cuba untuk mengeliru dan menghina agama Islam dengan bertanya kepada orang Islam itu, 'Kamu tahukah kenapa kami orang Kristian dibenarkan membela anjing? 'Tak tau' jawab siIslam itu. Katanya ' Kerana dalam kitab kamu mengatakan bahawa malaikat kamu tak masuk ke dalam rumah yang ada anjing. Pasal itulah kami membelanya supaya malaikat maut kamu tak dapat dtg untuk mencabut nyawa kami.' katanya dengan sindiran.

Dengan kehendak Allah s.w.t, ilham telah dtg dlm fikiran orang Islam itu dengan berkata, 'Kalau malaikat maut kami datang, bukan nyawa kamu saja yang dicabutnya, malahan dengan nyawa anjing-anjing kamu sekali dicabutnya.'

Allah s.w.t telah berfirman di dlm Al-Quran Surah Al-Jumaah, Ayat 8 :

[قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِى تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَـقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَـدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ]
(Katakan: "Sesungguhnya, kematian yang kamu mahu lari daripadanya akan pasti menemuimu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia akan memberitahumu akan apa yang telah kamu lakukan."

Dlm Surah An-Nisa' Allah berfirman:
[أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِى بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ]
(Dalam keadaan apa sekalipun kamu berada, kematian pasti akan datang walaupun kamu berada dalam kubu yang kuat dan tinggi.)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home