Wednesday, April 20, 2005

Kewafatan Nabi S.A.W

Hari Khamis ini, 12 Rabiul Awwal, saperti setiap tahun, semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyambut perayaan 'Maulidur Rasul' dengan gembira dan meriahnya. Di jalan-jalan mereka berarak dan bersepanduk melaungkan selawat dengan menggunakan pembesar suara. Manakala di masjid-masjid pula mereka berzanji, memperdengarkan ayat suci Al-Quran, mengadakan ceramah-ceramah dan pada penutup majlis, mereka bergembira dengan pelbagai juadah makanan dan minuman. Semua mereka faham bahawa mereka perlu berasa gembira menyambut perayaan hari kelahiran Nabi S.A.W. Ada masjid-masjid yang tidak berkesempatan merayakannya pada hari Khamis, mereka menukar program ke hari Sabtu dan lain-lain.

Tapi satu persoalan timbul? Tahukah kita bahawa pada hari perayaan itu juga, yakni 12 Rabiul Awwal , adalah hari wafatnya Nabi S.A.W?. Dan tahukah kita bahawa Nabi S.A.W dilahirkan oleh ibunya Aminah pada waktu Suboh sadiq?. Dan juga tahukah kita waktu wafatnya Nabi S.A.W adalah antara waktu Dhuha dan Zawaal?.

Jadi butakah mata kita utk melihat waktu bila perarakan 'Maulidur Rasul' itu dibuat. Tak lain tak bukan ianya dibuat antara waktu Dhuha (9.00 a.m) dan Zawaal (1.00 p.m). Jadi?. Perarakan kegembiraan ini untuk 'Hari Lahir' beliaukah atau perarakan kegembiraan untuk 'Hari Wafat' nya beliau? Wajarkah kita bergembira dihari wafatnya beliau?. Kenapa dibesar-besarkan hari kelahiran beliau sahaja dan tidak hari kewafatan beliau?

Kewafatan Nabi S.A.W Pada 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah
Selepas menunaikan haji perpisahan, Rasulullah kembali ke Madinah. Dalam perjalanan pulang beliau telah singgah di Uhud untuk menziarahi dan mengucapkan selamat tinggal kepada syuhada-syuhada yang telah mengorbankan diri untuk agama Allah. Di sana beliau telah berdoa untuk mereka. Selepas Uhud baginda singgah di perkuburan 'Jannatul Baqi' di Madinah dan berdoa untuk mereka juga.

Di bulan Muharram 11 Hijrah, beliau telah jatuh sakit dan sakitnya semakin bertambah teruk dari hari ke hari. Bila penyakitnya semakin parah beliau telah meminta izin dari isteri-isteri beliau yang lain utk menghabiskan hari-hari terakhir beliau di rumah Hadrat Aishah R.A. Solat terakhir yang beliau lakukan adalah waktu Maghrib dgn Abu Bakr R.A dilantik menjadi imam. Rumah Nabi S.A.W bersambung dgn masjid Nabawi dan kali terakhir sahabat melihat nabi s.a.w ialah dia menjenguk dari pintu rumahnya melihat sahabat-sahabat sedang bersolat dan beliau telah melambaikan tangannya yang mulia kearah mereka kerana bersyukur melihat akan amalan mereka. Kesihatan Nabi S.A.W bertambah tenat dan pada hari Isnin, antara waktu Dhuha dan Zawaal, 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah, Nabi S.A.W menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Hazrat Fadal bin Abbas (R.A.) Hazrat Ali (R.A.), Hazrat Usama (R.A.) memandikan jenazah beliau dan dimakamkan di kamar yang dihuni oleh baginda dan Aishah (R.A). Nabi s.a.w pernah bersabda kuburan baginda ialah di tempat pembaringan sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home