Thursday, April 14, 2005

Sri Petaling E-Newsletter 04/05

Bayan Taghrib Mesyuarat Bulanan KL 13/04/2005.
Masa Lepas Maghrib

Hj. Aziz Hasby berkata..

-Maulana Yusof Sab berkata keyakinan kepada 'ghairullah' dlm diri kita ialah umpama najis yang ada dlm hati kita, malahan yakin spt ini baunya lebeh busuk lagi daripada najis.

-Maulana Yusof beri tau dlm bayan, 'Orang Amerika, bila mereka keluar jemaah mereka tak sanggup tinggalkan dunia mereka. Masa keluar, bila sampai tempat tasykil, mula-mula mereka akan talipon rumah mereka beritau dimana mereka, lepas tu mereka akan talipon kedai, pejabat dll. Mereka tak sanggup tinggalkan dunia mereka walaupun semasa keluar jalan Allah. Inilah tabligh Amerika'

- Seorg profesor dari Universiti Aligar beri tau pada Maulana Yusof, 'Kami pensyarah-pensyarah universiti mempunyai masaalah berlainan dgn itu jazbah kami tidak sama. Begitu juga , masaalah peniaga lain , masaalah petani lain, semuanya tidak sama'. Maulana menjawab, 'Tidak!. Kita org Islam , semuanya mempunyai hanya satu saja masaalah yakni yakin kpd 'ghairullah.' Kita org Islam kena buang semua jazbah kepada 'ghairullah'. Kita kena buangkan keyakinan spt ini dan kena ada hanya satu jazbah sahaja, yakni, jazbah utk mentaati perintah Allah ikut cara Nabi s.a.w.'

-Kalau kita yakin kepada duit dan harta utk selesaikan masaalah kita, maka Allah akan letakkan kita dikuasai oleh org yang banyak harta daripada kita.Kalau kita yakin kepada kuasa dan pangkat, Allah akan biarkan kita dibawah kuasa orang yang ada lebih kuasa dari kita. Kalau kita yakin kepada negara, Allah akan biarkan kita dikuasai oleh negara yang lebeh kuat dari kita.Kita kena buang semua jazbah 'gahirullah' dan hanya ada satu jazbah sahaja.

-Amal adalah asbab sebenarnya utk Allah pelihara kita. Bukannya pada harta, kuasa dan negara. Ghast, taklim, solat, quran, zikir adalah asbab amal utk kejayaan kita. Kita kena ada jazbah spt nabi s.a.w. Satu saja jazbah. Jazbah saya adalah 'saya adalah dai Allah, penolong nabi, waris kitab dan Khalifah Allah'. Bukan jazbah spt 'saya adalah seorang doktor, saya engineer, saya peniaga dll.'

-Pada zaman Maulana Ilyas, Ada seorg rakan seusaha bernama Hj Sultan. Beliau adalah seorg peniaga kaya dan mempunyai seorg peguam yang lurus, membantu perniagaannya. Satu hari peguam ini mengadu kepada Maulana bahawa dia telah dibuang kerja. Maulana tanya Hj Sultan,'Kenapa buang seorg pekerja yang jujor saperti dia?.' Hj Sultan jawab, 'Benar dia seorg yang jujor. Tapi baru-baru ini, anak dia membuka sebuah kedai, dan dia sibuk memikir dan membantu kedai anaknya, dan lupa tugas dia sebenarnya. Maka saya buang dia.' Begitu juga diri kita. Kita buat kerja agama tapi dlm masa yg sama kita sibuk fikir 'ghairullah', bagaimana usaha boleh maju?.

-Maulana Yusof beritau, jemaah masjid yang buat kerja dgn betul adalah apabila dari masjid dia jemaah-jemaah dihantar keseluruh alam dan jemaah-jemaah dari satu dunia dtg ke masjidnya. Setiap masjid mau hidup 24 jam. Hidup amal, bergilir-gilir. Dimasjid kita dan dirumah kita pun mau hidup amalan macam masjid nabawi. Ahlia-ahlia kita kena sediakan ahli rumah kita bergilir-gilir keluar kenegara jauh. Selanjutnya dia beritau hantar jemaah ditempat-tempat turunnya azab, gempabumi, tsunami dll. Hantar jemaah ketempat dimana umat Islam dipinggir kemurtadan. Sebelah kaki Islam, sebelah lagi hampir murtad. Silap langkah akan murtad tinggalkan Islam.

- Mufti Zainal Abidin beritau, kita jalankan mesyuarat agama kita macam amalan sembahyang. Dalam sembahyang tak boleh buat benda lain, makan, minum ,dll. Kalau kita buat benda tu apa jadi dgn amalan kita?. Pasti tak diterima oleh Allah. Begitu juga dlm mesyuarat kita, kita mau 'tawajjuh' barulah mesyuarat kita diterima Allah spt sembahyang tadi. Mau tutup handphone waktu mesyuarat. Dlm sembahyang mana boleh pakai handphone. Sekarang tuan-tuan pecah mesyuarat ikut kawasan/halqah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home