Monday, March 21, 2005

Sri Petaling e-Newsletter 2/05

Tarikh : Sabtu 18/3/05
Tajuk: Bayan Maghrib Sri Petaling
Jemaah : India (Urdu)
Penterjemah : Ustaz Hamzah


Maulana membaca ayat quran, Surah Al-Imran-ayat 19,

[إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الإِسْلَـمُ]
'Inna addiina Inda Allahilislamu ... Ila akhir ayah -mahfumnya, ' Agama sebenar (yg diterima)disisi Allah hanyalah Islam....

Kejayaan semua manusia samada arab atau ajam, lelaki atau wanita, tua atau muda hanyalah dalam agama Allah. Kejayaan dan kegagalan hanya ada ditangan Allah. Kalau dihimpunkan semua manusia utk memberi kejayaan kpd seseorg takkan mereka mampu tanpa izin Allah. Dan kalau dihimpun semua manusia utk memberi kegagalan kpd seseorg , takkan mereka mampu tanpa izin Allah. Allah jadikan sunatullah kejayaan hanya ada dalam agama. Siapa yg ambil agama berjaya, siapa yang ambil selain agama akan gagal.

Tuan mulia, Allah tak lihat kpd keturunan, harta, tempat tinggal dll, tapi Allah lihat agama sebagai asbab kejayaan. Dlm quran, Nuh a.s, seorg nabi yg hebat dan agung, tapi anaknya tak ikut dan ambil agama. Maka Allah gagalkan anak dia. Bila hampir Allah nak binasakan dia, Nuh a.s tlh berdoa dan kata ' Ya Allah, itu anak ku'. Allah turunkan ayat quran , 'Itu bukan keturunan kamu'. Dan Allah binasakan dia. Begitu juga Nabi Lut, Nabi mulia dan agung, Allah binasakan isterinya. Tapi isteri firaun, masuk Islam, maka Allah muliakan dia. Anak Nuh keturunan nabi, tapi tak ambil agama , Allah kata bukan keturunanmu. Salman Al-Parsi dari Parsi, bukan keturunan nabi, keturunan penyembah berhala. Bila ambil agama Allah muliakan dia.

Perkara yang agama minta dari kita.
1. Kenal Allah sebagaimana sepatutnya Allah dikenali
Laailaha illallah - Kenali Allah dgn sebenar-benarnya.
2. Taati Allah sebgaimana sepatutnya Allah ditaati.
Muhammadur Rosullullah.- Taati Allah ikut cara Nabi s.a.w

Siapa bawa ini dlm kehidupannya, Allah berikan kpdnya sijil kejayaan masa hidup dan selepas mati.

[مَنْ عَمِلَ صَـلِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَوةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ ]

Ayat quran, An-Nahl 16:97, ' Man aaamila salihan min thakarin aw ontha wahuwa muminun falanuhyiyannahu hayatan tayyibatan walanajziyannahum ajrahum biahsani ma kanoo yaAAmaloona' - Sesiapa yang berlaku baik, lelaki atau wanita, mempunyai iman, sesungguhnya, kpd mereka Allah akan memberi satu kehidupan baru, kehidupan yang baik dan suci dan Kami memberi ganjaran menurut perbuatan baik mereka .

Masa nak mati Allah akan hantar 500 malaikat utk sambut dia. Allah jadikan kubornya spt taman syurga. Pakaikan pakaian dan mahkota dari surga. Bentangkan tempat tidurnya di syurga. Di mashyar akan diberi hayatan taiyibah, duduk atas singahsana/mimbar dari mutiara. Mukanya bercahaya. Diberi minum dari tangan Nabi s.a.w dari air telaga kauthar, sekali minum takkan dahaga selamanya. Dan Allah akan cakap kpdnya, 'wahai sipulan, lihatlah dikananmu ada syurga dan masuklah. Dia kata, tak hendak, disini saja (atas mimbar di masyar) dah cukup. Kemudian akan datang sekumpulan malaikat menarik tangannya dan mengaraknya memasuki syurga. sampai dipintu syurga dia akan terpegun melihat pintu syurga. Dia puji Allah kerana memberikannya syurga ini.

Maka beruntunglah org yang beri diri , masa dan hartanya untuk agama Allah. Mau tak tuan-tuan surga ini? Untuk ini 4 perkara kena dibuat untuk usaha bawa iman dalam hati.
1. Bawa iman dalam diri dan umat. Dakwahkan kebesaran Allah.
2. Bila dengar tentang Allah, kita dengar dengan kasih-sayang dan benarkan dalam hati.
3. Waktu seorang diri, banyak minta iman dgn Allah dgn berdoa.
4. Selalu muhasabah diri samada iman masuk dalam hati atau tidak.
Kita betulkan salah faham, kita rasa selepas solat, iman masuk dalam hati. Zaman Nabi s.a.w, org badui dyg jumpa nabi dan berkata ' Amana- Kami telah beriman'. Allah tegur dgn turun ayat quran Surah Al-Hujuurat

[قَالَتِ الاٌّعْرَابُ ءَامَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُواْ وَلَـكِن قُولُواْ أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الايمَـنُ فِى قُلُوبِكُمْ]

'49:14. Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: "Kami telah Islam", karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tiada akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Kita harus semak diri kita, iman sudah masuk ke belum?. Hadis nabi s.a.w kata " Man Qola Laailahaillallah mukhlisan dahalal jannah. Qila Ya Rasullullah Wama Ikhlasuha. Qola, Antuhjizahu an maharimillah." - Sesiapa yang ucapkan kalimah Laailahaillallah dgn ikhlas akan masuk surga. Sahabat tanya, 'Apa yang dimaksudkan dgn ikhlas?'. Kata Nabi Kalimah ini dapat mencegah dari perkara yang haram. Kalau kita masih buat yang haram maknanya iman belum masuk dalam hati. Muhasabah diri sendiri, bukan semak org lain. org yang selamat semak diri sendiri, dan yang binasa bila semak org lain.

Sebagaimana wajib usaha atas iman, begitu juga wajib usaha atas solat. Usaha atas amal pun wajib. Baiki zahir dan batin dalam solat Nabi bersabda, 'Sollu kama ro'ai tumuni usalli'- Solatlah sebgaimana kamu lihat saya bersolat.

Kerana agama dan usaha agama, Allah telah hantar Rasul dan anbia a.s. Ada nabi dihantar kpd keluarga, kepada kaum, kepada negeri dll. Nabi s.a.w di-hantar utk semua zaman, zaman dia, zaman kita, hingga hari kiamat. Baginda adalah rahmatul alamin. Kenabian telah khatam dan ditutup. Ayat quran, 'Kuntum khairo ummatin ukhrijat linnas...' menerangkan tanggungjawab kita. Bukan saja-saja kita nak ambil tapi Allah perintah kita buat.
Bila kita ambil kerja ini :
1. Allah akan satukan hati kita
2. Letakkan kegerunan kpd org kafir.
3. Doa kita spt doa nabi-nabi.
4. Bantuan ghaib dari Allah akan dtg pada kita.
5. Allah akan muliakan kita dari kaum-kaum yg lain dan letakkan kita diatas sekali.

Kita org Islam dan beriman harus yakin dgn janji Allah dlm kerja ini. Oleh itu tuan-tuan, harus pergi dgn segera utk bantu agama ini. Sesiapa yg tawakkal dan keluar dijln Allah, kalau dia meninggal maka matinya mati syahid dan Allah akan masukkanya kedlm surga dgn pahala yang besar . Kita diberi 3 perkara 1. Niat dlm hati utk keluar 2. usaha dibuat 3. kita tawakkal dan keluar. Kita cuma buat 3 perkara ini, maka yang lain Allah sendiri akan buat.

************************ Tasykil dibuat ************************

0 Comments:

Post a Comment

<< Home