Thursday, March 03, 2005

Hukum Berjimak Dgn Isteri Dari Belakang (Faraj)

Tafsir Ibn Kathir:

223. Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam (tanah yg telah dibajak dan disediakan utk bercucuk tanam), maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanam mu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman. - Surah Al Baqarah

Ibn Abbas r.a mentafsirkan ayat " Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam " ialah 'tempat mengandung' dan ayat " maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanam mu itu bagaimana saja kamu kehendaki " bermaksud, datangilah ia akan kamu dari bahagian mana yg kamu hajatkan samada dari depan atau dari belakang, selagi mana persetubuhan itu melalui satu saluran (faraj), dan ini diterangkan dlm hadis yg sahih.

Manakala Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn Al-Munkadir berkata yg dia mendengar Jabir r.a berkata bahawa org yahudi telah mengatakan bahawa jika seseorg mendatangi isterinya dari belakang (faraj), anak atau benih yg terjadi akan bermata juling. Dan kemudianya ayat di atas diwahyukan.

Imam Ahmad melapurkan bahawa org Ansar Madinah telah bertanya nabi tentang kenyataan org yahudi ini dan ayat ini diturunkan.

An-Nasa'i melapurkan bahwa Ka`b bin `Alqamah berkata Abu An-Nadr berkata yang dia bertanya Nafi`, "Org ramai mengulang-ngulang kenyataan bahawa kamu meriwayatkan dari Ibn `Umar yg dia membenarkan menjimaki wanita dari belakang (dubor) mereka.'' Dia berkata, "Mereka membuat fitnah terhadap aku. Biar aku terangkan apa sebenarnya berlaku. Ibn `Umar telah membaca ayat quransemasa saya bersamanya hinggalah ke ayat:

(Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam , maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanam mu itu bagaimana saja kamu kehendaki.,)

Dia kemudian berkata, `Wahai Nafi`! Tahukah kamu peristiwa disebalik ayat ini' Saya berkata, `Tak tahu.' Dia berkata, `Kami, kaum Quraysh, biasa berjimak dgn isteri kami dari belakang (di faraj). Bila kami berhijrah ke Al-Madinah dan mengahwini wanita Ansari, kami berkeinginan melakukan perkara yg sama dgn mereka. Mereka tidak suka dan memberi masaalah besar tentang itu. Wanita-wanita Ansar telah mengikut cara yang dipraktikkan oleh org-org yahudi yakni melakukan jimak dgn isteri mereka semasa berbaring disisi. Kemudianya, Allah mengwahyukan ayat:

(Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam , maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanam mu itu bagaimana saja kamu kehendaki.,)

Imam Ahmad melapurkan dari Ali Bin Talaq r.a bahwa "Nabi s.a.w melarang menjimaki wanita melalui dubor, dan bagi Allah , Ia tidak pernah menyembunyikan kebenaran" . Abu `Isa At-Tirmidhi juga melapurkan hadith ini dan berkata, 'Hasan'.

Majoriti sahabat dan ulama mengata bahawa berjimak dgn isteri melalui saluran dubur itu adalah amalan yang kufur. Wallahu 'alam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home