Tuesday, February 08, 2005

Khuruj Fisabillillah

Esok Cuti Umum (Raya Org Cina Bukan Org Islam ). 5 hari cuti bolehlah buat kerja agama. Di Sri Petaling target 30 jemaah Bangla akan di keluarkan. Tuan-tuan yg ada org Bangla/Indon di kaw tuan, buatlah kerja usuli dan qususi utk keluarkan org nie, jgnlah pemalas sangat. Kalau susah nak ikram, hantarlah org nie ke Sri Petaling. Biar org bangla sendiri uruskan mereka. Bayan hidayat bahasa Bangla dengor akan dibuat esok, pukol 10 pagi di bhg depan kanan masjid.

Narrated AbuUmamah: A man said: Apostle of Allah, allow tourism for me. The Prophet (peace_be_upon_him) said: The tourism of my people is striving in the path of Allah, the Exalted.
Sunan Abu-Dawud - Book 14 Kitab Al Jihad No 2480


Jadi, faham ajer ler.. karkun-karkun tak payahlah tourism-tourism di tepi pantai dan dll, konon ikram keluarga - sekali tsunami dtg, baru tau nilai ikram . Ikram Allah dan Rasul dan Agama. Ikram dgn bawak ahlia kita keluar dijalan Allah, 3 hari, 5hari dan 10hari. Esok Bayan hidayat masturat ada diadakan di rumah Sheikh Jamaluddin Sri Petaling. Mana yg tak sempat tafakut tu joinlah jemaah yg kita kenal utk nusrah full.

Haji Hamsen beritau hari nie karkun-karkun kita beri alasan anak kecil usia bawah 2 tahun dan anak banyak untuk elakkan dari keluar masturat. Elder kita dah beri jalan keluar utk masaalah ini antaranya kita boleh nusrah jemaah masturat yg berhampiran, ataupun rumah kita boleh dijadikan utk terima jemaah masturat 3h dll.

Ana nak bagi syor pd org tanggungjawab masturat Sri Petaling supaya menyeragamkan tertib masturat masa beri bayan hidayat masturat. Ini lain org beri, lain pulak caranya. Bulan lepas sheikh yunos beri bayan kata program pagi masturat masa keluar hanya utk ahli jemaah 3 hari saja, petang baru utk karkun tempatan dan org awam. Mungkin usol baru kot ? Tak pernah dengor, yg ana faham hanya halqah quran/halqah 6 sifat ajer (utk elakan malu )tidak buat semasa ramai org awam. Itu pun utk mereka di buat satu halqah targhrib khusus. Tapi taklah sampai tidak dibenarkan dtg.

Kemudian berkaitan nama program yang dibuat, setengahnyer digelar Adabul Taklim dan yg lain masih lagi pakai Fadhilat Majlis. Mana satu yg betul nie? Ana tanya depa depa cakap Adabul Taklim dan Fadhilat Majlis tu benda alah yg sama. Cikgu Amir Seremban kata gunakan nama Adabul Taklim.

Lepas tu pulak ader setengah pembayan hidayat kata jemaah masturat boleh tangguh pada waktu petang sebelum maghrib. Cikgu Deris Hulu Langat pulak kata boleh tangguh malam utk cukupkan 72 jam, pasal usaha masturat sekarang nie dah masuk dlm nisab ahli jemaah sekalian. Mana satu yg betul nie???? Peninglahhh!! Seragamkanlah tertib masturat nie. Manakala sipembayan masturat kena cakap usol sebenarnya, bukan apa yg dia amalkan. Kalau 72 jam cakaplah 72 jam, bukannyer balik asr ker, balik maghrib ker.

Org yang betul-betul pakar usaha masturat di Sri Petaling tu, patut lah tampil kedepan utk usaha penyeragaman, itupun dgn restu syura.

Mesyuarat Bulanan KL utk bulan 2/2005 akan di adakan pd 16/2/2005 bersamaan hari rabu jam 6.00 ptg, Sheikh Maidin taghrib dtg awal utk dengar karguzari.Dia punya taghrib aku tak ingat utk dituliskan tapi yg ingat hanya dia suruh kita tobat dan tobat dan tobat pasal banyak dosa, pasal tu tak dpt buat usaha agama dgn sempurna.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home