Monday, February 07, 2005

Sri Petaling e-WeeklyNewsletter 1/05

Koran Pak.. Koran Pak.. Koran pak
--------------------------------------------------------------------------
Bahagian ini ditapis kerana telah mengganggu ketenteraman awam
Sekian.
Yang Benar KDN
--------------------------------------------------------------------------

Palestin
Malam markaz, jemaah dari Palestin beri bayan arab. Kata beliau berkaitan Palestin, "20 tahun yang lampau iman dan amal org Islam Palestin tak tumpah macam org Yahudi. Dgn berkat usaha agama sekarang di Palestin tlh ada 10 markaz dan 3 daripada markaz adalah berada dikawasan org Yahudi. Salah satu dari markaz adalah di Masjid Bab Ludd, yakni dimana disinilah dlm hadith Nabi s.a.w berkata "Isa a.s akan membunuh dajjal di Bab Ludd".
Di markaz ini hasil dari usaha dakwah, wanita-wanita Islam telah mula memakai purdah dan usaha masturat berjalan dengan giatnya. Melihat akan keadaan ini ramai wanita-wanita yahudi telah masuk Islam asbab terkesan dgn amalan wanita Islam kita. Dan mereka pun tlh memakai purdah sempurna. Dalam seminggu dua ini banyak jemaah masturat telah di keluarkan 3H, 15 hari dll. Walau pun hidup kami sengsara disana tetapi usaha dakwah bergiat cergas. Kita minta supaya banyak jemaah dari Malaysia di hantar ke Palestin".

Aceh
Rabu baru nie karguzari Jemaah 10 Hari baru balik dari Acheh. Jemaah nie sepatutnya pergi ke Kuching Sarawak, tapi di reroute ke Acheh asbab takaza disana. Ada 2 jemaah Sri Petaling dan Batu Pahat. Jemaah S.P pergi ke Muelaboh dan Calang dan Banda Acheh. Manakala jemaah dari Batu Pahat hanya sekitar di Banda Acheh ajer (kerana tak sedia mujahadah---->bahagian ini ditapis kerana mengganggu ketenteramanan awam <--------). Sheikh Jamuluddin berkata, " Alhamdullillah jemaah kami masuk ke Acheh melalui Medan. Kebiasannya sesiapa yang nak pergi keAcheh kena buat lapor diri pihak berkuasa tentera TNI di sempadan dan akan di pantau dgn rapi. Tetapi bila kami cakap dari Malaysia maka mereka dgn mudah beri laluan kerana fikir kami nie dlm misi kemanusiaan dari malaysia.

Disana jalan darat banyak yang rosak dan terputus, jadi utk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain kami menaiki heli TUDM. mereka memberi khidmat cemerlang kpd kami. Dari sana Kami pergi ke melaboh. Di sini 75 % penduduknya dan bandarnya hancur. Kami tinggal dimasjid, yang mana dalam masjid tu Karkun aceh dan masturat tinggal. Ada sebanyak 50 jemaah dari markaz Jakarta dihantar utk keluar di Aceh.

Usaha yang dibuat oleh Karkun Indon ialah dakwah dan sebahagian masa yg lain mereka cari mayat. Mayat di sana-sini. Hinggakan kami susah nak buang air kerana terjumpa rambut, tengkorak dll. Setengah tempat kami hanya makan roti saja dan mujahadah. Tempat yg paling teruk kena adalah di Calang di mana tempat itu spt padang jarak padang terkukor, hancur. Disina makanan banyak tuan, Beras dan Indo mie banyak, tak payah hantar makanan lagi. Apa yg mereka minta hanya hantar telekong, sejadah dan bantuan kerohanian. Mereka masih lagi dlm keadaan trauma. Jemaah 3 hari dpt cash dikeluarkan. Dulu sebelum bencana org-org disini tak suka jemaah dan buat tak tau dgn jemaah. Sekarang hati mereka lembut tuan.

Masa balik kami naik Hercules dan berjumpa dgn org besar Indon dan Wakil Malaysia Ke PBB En Rozalli, dia pun terkejut macam mana kami boleh berada diAceh. Dia minta supaya banyak lagi Jemaah tabligh dihantar ke Acheh kerana meraka masih dlm trauma dan perlukan bimbingan kerohanian.

Penutupnya, Sheikh Jamal kata banyak Jemaah perlu dihantar lagi. Org tanggung-jawab disana kata kalau dtg bawalah banyak wang sikit utk belanja dan ikram makan org di Acheh. Dan kami sendiri menjamu makan org acheh kata sheikh jamal. InsyaAllah tuan!!!!! Sapa sedia!!!! OK siapa sedia!!!!!!!!!!!!!!!!.
Tasykil di buat: Sila beri nama di bahagian komen atau e-mail pada saya. Sila beri nama, azam, alamat, tel utk di hantar ke jemaah taskil sri petaling dan ditafakut.

InsyaAllah tuan siapa sedia!!!!!!!. Lagi tuan siapa sedia!!!!. InsyaAllah, Dunia dah nak kiamat tuan!!! Apa lagiii. Cepat tuan!!!! Pintu taubat masih terbuka lagiiii !!!!! .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home