Friday, February 04, 2005

Kisah Abu Dah Daah Dan Se-Pohon Tamar

Kisah mengenai sahabt Nabi s.a.w Abu Dah Daah yg telah merebut peluang keemasan yang besarnya lebih dari langit dan bumi.

Seorg sahabat dewasa Nabi s.a.w mempunyai tanah kebun bersebelahan dgn tanah kebun seorg anak yatim. Siyatim itu telah menuntut bahawa ada sepohon pokok tamar dlm tanah sahabat tadi adalah mileknya. Sahabat ini telah menolak tuntutan itu dan atas asbab itu siyatim itu telah mengadu dgn Nabi s.a.w.

Secara adilnya Nabi s.a.w telah mengukur dua tanah tersebut dan mendapati bahawa pohon tamar itu berada dlm tanah sahabat dewasa itu. Siyatim itu telah menangis teresak-esak dan melihat akan itu Nabi s.a.w telah menawarkan kpd sahabt itu "Mahukah kamu memberikan pohon itu kpd anak yatim dan kpd engkau akan dpt sepohon kurma dlm Jannah?. Walau bagaimana pun sahabat tadi dlm keadaan marah dan tidak percaya yg anak yatim itu akam memalukannya dgn mengadu kpd nabi telah melepaskan peluang dgn pulang dalam keadaan marah.

Tetapi ada seseorang telah merebutkan tawaran nabi s.a.w. Abu Dah Daah r.a telah mendengar tawaran nabi s.a.w dan terus berjumpa dgn nabi dan berkata " Ya Rasullullah, jika saya membeli pohon itu darinya dan memberikan kpd siyatim itu, bolehkah saya memiliki pohon syurga itu?". Rasullullah s.a.w menjawab , "Ya".

Abu Dah Daah r.a telah mengejar org itu dan bertanya, "mahukah kamu menjual sepohon tamar itu kpd saya dgn seluruh tanah kebun tamar saya?". Sahabat dewasa itu menjawab, " Ambillah ia kerana tiada kebaikan utk saya kerananyalah saya tlh diadukan kpd nabi s.a.w tentangnya".

Dgn pantas Abu Dah Daah pulan kerumah dan mendapati isteri dan anak-anak nya sedang bermain dlm kebun dan berkata " Tinggalkan kebun ini!" jerit Abu Dah Daah, " kita tlh menjualnya kpd Allah!, kita tlh menjualnya kpd Allah!".

Sebahagian dari anak-anaknya masih lagi menggengam buah tamar dalam tangan dan dia pun dgn pantas telah merampas buah itu dari tangan mereka dan mencampakkan kembali dlm kebun. "Kita tlh menjualnya kpd Allah!".

Bila Abu Dah Daah r.a kemudiannya syahid di medan pertempuran Uhud, Rasulullah s.a.w berdir disisi mayatnya dan berkata, " Berapa banyak pohon-pohon tamar yang rendang yang kau dah miliki sekarang di syurga, wahai Abu Dah Daah?

Pengajaran: Apakah yang Abu Dah Daah rugi? Tamar-tamar? Semak? Tanah?. Apa yang dia empunya? Syurga yg mana luasnya antara langit dan bumi.

1 Comments:

Blogger Unknown said...

INGIN PETIK DAN MAKAN BUAH KURMA SEGAR DARI POKOK...???
INGIN MENGAMALKAN SUNNAH NABI...???
JOM TANAM POKOK KURMA DI KEBUN ATAU DI LAMAN RUMAH ANDA...!!!
80% POKOK YANG DITANAM DARIPADA BIJI KURMA TIDAK AKAN
BERBUAH DAN JIKA BERBUAH ITU PUN SETELAH LEBIH 10 TAHUN DITANAM...!!!
TETAPI DENGAN ANAK POKOK KURMA KLON YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
PERTANIAN DARI CHIANG MAI (THAILAND) INI 80% POKOK AKAN
MENGHASILKAN BUAH PADA TAHUN KE 3 SEHINGGA KE 100 TAHUN...!!!
TEL/WHATSAPP: 013 2071229 ATAU 012 7606921

Tue Oct 28, 11:05:00 PM GMT+8  

Post a Comment

<< Home