Friday, February 04, 2005

Musa a.s Dan Si-Pendosa

Diriwayatkan bahawa pada hari Musa a.s dan Bani Israel tersesat di padang pasir, kemarau teruk berlaku. Bersama mereka berdoa pada Allah memohon hujan. Sewaktu menadah tangan berdoa dan melihat kelangit, tiba-tiba mereka melihat awan yg ada telah hilang dan cuaca semakin panas terik dan kemarau semkin buruk.

Allah mewahyukan pada Musa a.s bahawa terdapat seorg pendosa besar dikalangan umatnya yang mana org itu telah berdosa selama 40 tahun lamanya. Allah berkata "Asingkan org itu dari jemaah engkau, barulah aku akan menunaikan doa mu dgn menurunkan hujan"

Musa a.s kemudian keluar di khalayak ramai manusia dan berkata " Ada seorg dikalangan kita yg mana ia tlh ingkar kpd Allah selama 40 tahun lamanya. Dia haruslah mengasingkan diri dari jemaah yang berdoa ini maka dengan itu barulah kita boleh terselamat dari kemarau ini". Org itu, menunggu, toleh kiri-kanan, berharap ada org lain yg akan kedepan, tapi tiada. Peluh membasahi dahinya dan dia pun mengetahui org yg dimaksud oleh Musa itu ialah dirinya.

Org itu sedar bahawa jika dia masih berada dlm jemaah Musa mereka semua akan mati kehausan, dan jika dia melangkah kedepan maka dia akan dimalukan selamanya.

Dgn itu dia menadah tangan berdoa dgn seikhlas-ikhlasnya, dgn rendah diri dia berdoa sambil mengalirkan air-mata dia berkata " Ya Allah, kasihanilah daku, Ya Allah, sembunyikanlah dosaku, Ya Allah ampunilah daku".

Sewaktu Musa a.s dan pengikutnya Bani Israel menunggu pendosa itu mengisytiharkan dirinya, tiba-tiba awan dilangit berkumpul semula dan hujan turun mencurah-curah. Musa a.s bertanya pd Allah, "Wahai Allah, kau rahmati kami dgn hujan walaupun pendosa itu tidak tampil kedepan." Dan Allah berkata, " Ya Musa ini adalah kerana dari dia yang diberkati dan dgn ini aku merahmati semua Bani Israel dgn air hujan."

Musa a.s, ingin tahu siapakah org yang diberkati itu, bertanya " Tunjuki aku akan dia ya Allah!". Allah menjawab, " Wahai musa, Aku telah meyembunyikan dosanya selama 40 tahun, adakah engkau fikir selepas dia bertaubat aku akan menunjuki siapa dia?"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home