Monday, February 14, 2005

Waltakumminkum ummatui yad(e)'u nailalkhoir

Maksud ayat Surah Al Imran

104 - Dan hendaklah ada sebahagian dikalangan kamu sekumpulan manusia yg mengajak kesemua kpd yg baik, mengajak kpd yg makruf dan mencegah drpd kemungkaran. Dan hanya merekalah org yg berjaya.

105 - Dan jgnlah kamu drpd sebahagian yg berpecah dan berbeza dikalangan mereka selepas bukti yg nyata ditunjukkan kpd mereka, dan utk mereka azab yg pedih.

106 - Dan pada hari (kebangkitan) bilamana setengah wajah akan menjadi putih dan setengahnya hitam, dan mereka yg mukanya hitam (akan dikatakan): "Bukankah kamu tlh menolak keimanan selepas menerimanya. Kemudian rasakanlah siksaan (dlm neraka) kerana menolak keimanan.

107 - Dan kpd mereka yg berwajah putih, mereka kan berada dlm rahmat Allah (diSyurga), dan mereka kekal selamanya


Tafsir Ibnu Kathir berkaitan ayat diatas, ialah berkaitan perintah Allah utk mengajak manusia kpd Allah. Allah berfirman " Waltakumminkum ummatun "- Hendaklah ada sebhg kamu yg mengajak manusia, yakni mengajak kpd keseluruhan kebenaran (mengajak kpd makruf dan mencegah dari munkar) mengikut spt yg diperintahkan oleh Allah. "Wa ula ikahumul muflihun" - Dan hanyasanya merekalah org-org yg berjaya.

Ad-Dakhak berkata, "Mereka adalah kumpulan khusus para sahabat nabi dan kumpulan khusus manusia selepas mereka, yakni mereka yg berjihad dan ulama-ulama."

Abu Ja’far Al-Bakir Radhiallaahu anhu berkata: Rasulullah s.a.w membaca ayat itu kemudian beliau berkata: (Alkhoir) ialah yang mengikut Al-Qur’an dan sunnahku.

Manakala At Thabari berkata: (Al-khair)- ialah Islam dan syariatnya yang disyariatkan Allah pada hambaNya.

Al-Ma’ruf - ialah mengikut Nabi s.a.w dan keseluruhan Islam yang dibawanya.

Al-Munkar - ialah kufur pada Allah, mendustakan Nabi s.a.w dan apa-apa yang dibawanya.

Objectif ayat diatas adalah, seharusnyalah ada sekumpulan drpd umat Islam memenuhi takaza ini, walaubagaimanapun perlulahlah dijelaskan disini bahawa kerja agama (ajak kpd makruf dan cegah drpd mungkar)ini adalah kerja wajib bagi setiap org dlm umat ini, mengikut kemampuan masing-masing. Dan amar ma’ruf nahi mungkar itu wajib kita tegakkan bersama dimana kita berada.

Maksud sebahagian adalah bermakna bukan terus-berterusan sebahagian sahaja yang buat dan sebahagian yang lain terus-berterusan tak perlu buat langsung. Kalau berlaku spt ini maka golongan yg tak buat itu bukanlah dlm golongan "Wa ula ikahumul muflihun" - Dan hanya merekalah org-org yg berjaya., ini adalah kerana syarat utk mendapat kejayaan itu tidak ditepati.

Kumpulan-kumpulan ini haruslah bergilir-gilir keluar dijalan Allah utk menepati syarat itu dan Nabi s.a.w sendiri walupun beliau sangat-sangat di perlukan di Madinah sebagai pemimpin, Imam, tempat rujukan tetapi beliau sendiri bergilir dgn sahabat khuruj fisabillillah. Sehingga di-katakan bahawa nabi s.a.w telah keluar bersama para sahabat sebanyak 150 jemaah dijalan Allah sepanjang hayat baginda. Atas kelakuan Nabi s.a.w maka tiada alasan langsung bagi umat sekarang (khususnya para Ustaz dan Alim-ulama yang sibuk dgn pengajian) utk tidak keluar dijalan Allah. Dan ayat "Wa ula ikahumul muflihun" - Dan hanya merekalah org-org yg berjaya.- merujuk kpd org yang berada dlm golongan yakni mengajak kpd keseluruhan kebenaran (mengajak kpd makruf dan mencegah dari munkar) mengikut apa yg diperintahkan oleh Allah dgn hanya satu cara sahaja yakni spt yg ditunjukan oleh Nabi s.a.w.

Kisah Abdullah Ibn Mubarak Rah. seorg ulama besar dari Iraq yang masyhur tentang ketakutannya kpd Allah. Beliau adalah ulama besar dan setaraf Abu Hanifah dan lain-lain. Beliau menjalani kehidupan beliau dlm setahun dgn 6 bulan mengajar hadith dan 6 bulan lagi beliau khuruj fisabillillah. Sepanjang masa beliau keluar di jalan Allah beliau tlh mengumpulkan debu-debu yang melekat dianggota tubuh beliau utk dijadikan ketulan tanah dan berkata, Rasullullah s.a.w bersabda "anggota tubuh yg dilekati oleh debu-debu semasa dijalan Allah akan di haramkan walaupun asap api neraka sekalipun". Al Fasawi berkata, "Saya bersama Ibn Mubarak dijln Allah suatu malam yg sejuk dan berhujan dan melihat beliau menanggis. Saya berkata "Adakah tuan menanggis kerana kesusahan ini." Dia berkata, "Saya menanggis kerana sya tidak berpeluang mengecapi ganjaran kesusahan malam ini pada malam-malam yg lepas.

Sewaktu hampir matinya, beliau telah berwasiat supaya kayu-kayu penanya (yang digunakan utk menulis hadith) dibakar utk memanaskan air memandi jenazahnya dan ketulan tanah debu yg disimpan oleh beliau digunakan utk menutupi kuburan beliau.

Muslim melapurkan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah berkata, "Sesiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dgn tangannya. Jika dia tidak mampu, biarlah dia mencegah dgn lidahnya. Jika dia tidak mampu, biarlah dia mencegah dgn hatinya. Dan ini adalah selemah-lemah iman. Dlm riwayat yg lain Nabi s.a.w berkata " Tiada lagi iman selepas itu, tiada langsung walaupun sebesai biji sawi (mustard seed)."

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Hudhayfah Bin Al-Yaman berkata, Nabi s.a.w berkata "Demi Allah yg nyawaku berada dlm genggamanNya! Kamu mesti mengajak kpd makruf dan mencegah drpd kemungkaran, ataupun Allah akan menurunkan siksaan/hukuman dariNya kpd kamu. Dan selepas itu kamu akan berdoa kpdNya, tapi dia tidak akan menerima doa kamu." At-Tirmidhi juga mengumpulkan hadith ini dan berkata, 'Hasan'.

Manakala merujuk kpd ayat 106 pula, Ibn Abbas menerangkan bahawa pada hari kebangkitan kelak muka-muka yang bercahaya putih itu adalah golongan yang mengikut Sunnah Nabi s.a.w dan muka yang hitam itu adalah golongaan ahli bidaah dan kumpulan seumpananya. Hassan Basri mengatakan mereka adalah golongan munafiqqin. Dan azab untuk mereka di dlm neraka adalah sama spt azab yg dikenakan utk org yg tak beriman.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home