Wednesday, March 02, 2005

Berjimak Dgn Isteri Sedang Haid Di larang

Tafsir Ibn Kathir.


[وَيَسْـَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُواْ النِّسَآءَ فِي الْمَحِيضِ وَلاَ تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ]

Surah Al- Baqarah


222. Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Anas r.a berkata org Yahudi menjauhi wanita mereka yg sedang haid, tidak makan atau bercampur dgn mereka didlm rumah. Para sahabat bertanya Nabi s.a.w tentang ini dan Allah menurunkan ayat diatas.

Nabi bersabda «اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا النِّكَاح» - 'Buatlah apa sahaja kecuali berjimak'

[Nota penulis: Sesiapa saja yg melakukan amalan menjauhi wanita mereka yg sedang haid, tidak makan atau bercampur dgn mereka didlm rumah maka sesungguhnya mereka telah meniru amalan org-org Yahudi. Sekian.]

Atas perkara ini ulama mengatakan dibenarkan berlazat dgn isteri, kecuali jimak semasa sedang haid. Ikramah menerangkan drpd salah seorg isteri nabi bahawa bila baginda ingin berlazat sewaktu haid, dia akan menutupi kemaluan isterinya dgn sesuatu.

Abu Ja`far bin Jarir meriwayatkan yg masruq bertanya kpd Aishah r.a tentang 'Apa yg boleh dinikmati oleh suami dari isteri yg sedang haid' dan dia menjawab, "Semuanya, kecuali kemaluan si-isteri itu'. Ini jugalah pendapat Ibn `Abbas, Mujahid, Al-Hasan dan `Ikrimah.

Seseorg dibenarkan tidor dan makan bersama isteri yg sedang haid. Aishah r.a berkata, 'Rasulullah s.a.w pernah menyuruh aku membasuh rambutnya sewaktu aku sedang haid. Dia akan tidur di ribaku dan membaca quran sewaktu aku berhaid. Dlm hadis yg sahih, Aishah r.a berkata, " Sewaktu sedang haid aku pernah makan dari sekeping daging dan memberikan kpd Nabi s.a.w yg mana beliau akan memakannya dari tempat yg sama dimana aku makan. Aku pernah menghirup air minuman dan kemudian memberikan cawan itu kpd Nabi s.a.w yg mana beliau akan meletakkan mulutnya ditempat aku meletakkan mulutku .'

Adalah juga diriwayatkan dari 2 sahih bahwa Maymunah bint Al-Harith Al-Hilaliyah berkata, ' Bila Nabi s.a.w ingin berlazat dgn isterinya yg sedang haid, baginda akan menyuruh nya memakai Izar ( yakni kain yg menutupi bahagian bawah badan).Abdullah bin Sa`d Al-Ansari bertanya Nabi s.a.w ,'Apa yang dibenarkan utk saya semasa isteri saya sedang haid', dia menjawab, ' Apa-apa yg dibhg atas izar itu'.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home