Thursday, February 24, 2005

Ilmu Jinn - Penerangan Tentangnya

Perkataan Arab 'Jinn' dtg dari kata perbuatan yakni ' bersembunyi '. Allah berfirman yg dia menciptakan jinn dari api menyala (maarij min naar) [Surah 55:15]. Jin dibuat dari api dan manusia dibuat dari tanah. Adam a.s bapa sekelian manusia dan 'Jaan' adalah bapa kpd sekelian Jinn.

Terdapat 3 jenis jinn, 1. hidup dgn terbang diudara sepanjang masa 2. wujud berupakan spt ular-ular dan anjing-anjing. 3. Jenis melata dibumi yg mana menetap di sesuatu tempat atau berpindah-randah.[Tabari dan Hakim dlm Mishkaak al Masaabeeh vol 2 p 883]

Dikalangan jin yg terbang, terdapat mereka yg mencuri-dengar malaikat di langit. Jin ini akan menyampaikan maklumat yg didengari kpd tukang-telek. Kalau mereka meriwayatkan hanya yg didengari maka itu adalah betul tetapi biasanya jinn ini akan menokok-tambah dgn yang palsu. [Sahih Muslim vol 4 no 5538]

Dlm Surah 15:26-27, Allah berfirman, sesungguhnya Kami menciptakan manusia drpd tanahliat kering berwarna hitam dan mencipta jinn dari api yg dinyalakan oleh angin. Ibn Kathir menerangkan jinn, dari keturunan jaan, berada di muka-bumi 2,000 tahun sebelum terciptanya Adam a.s.[Tafseer al Quraan al Atheem, vol 1 p 108]

Jin juga akan mengalami kematian, generasi demi generasi spt mana manusia itu mati.[Surah 46: 18].

Jinn-jinn bebas utk merupa spt manusia dan merka terbahagi kpd 2 kumpulan utama, yakni Islam dan Kafir. Jinn kafir ini dirujukan dlm AlQuran sebagai shaitan. Dlm quran juga menerangkan yg manusia yg menentang kebaikan juga digelarkan sebagai shaitan.

Jinn juga ada jantan dan betina dan mereka beranak-pinak. Manakala malaikat tidak beranak kerana mereka tiada jantina. Dlm kontek seekor anjing hitam yg melintas dihadapan seorg yg sembahyang tanpa sutra (pengadang), maka itu adalah jinn

Terdapat sejenis jinn yg melata dibumi dipanggil 'qareen' (peneman). Jenis ini akan menemani setiap manusia dari lahir hingga ajalnya. Jinn in mengalakkan nafsu/ tabiat buruk dan sentiasa cuba utk membawanya keluar/jauh dari jalan petunjuk.[Muslim vol 4 no 6757]

Jinn kumpulan rendah pula digelar 'hinn'. Ini termasuk jinn yg lemah dan yg biasanya berbentuk sebagai anjing hitam.

Manakala jinn yg berbentuk menakutkan, dan kerap berubah rupa dihadapan manusia dipanggil 'ghool'( kata jamak 'gheelan'). Nabi bersabda 'jika kamu melihat akan gheelan (merupa dan berbentuk), lakukanlah azan.[Al Musnad vol 3 p 305]

Jinn makan dan minum [Muslim vol 3 no 5008]. Jinn boleh mempengaruhi fikiran seseorg yg taksedar contohnya mimpi. Jinn juga boleh mempengaruhi fikiran seseorg semasa sedarnya

Nabi s.a.w bersabda, 'Syaitan mencucuk jarinya kpd setiap anak adam yg baru lahir. Bayi ini menanggis hasil dari cucukan syaitan, kecuali Mariam dan Isa a.s.[Bukhari vol 4p 641]

Jinn juga menyebabkan kesakitan dlm seseorg. Dlm hal seorg wanita yg vaginalnya berdarah pada masa lain dari dtg bulan, Nabi s.a.w merujukan ini adalah tendangan dari syaitan.[Abu Dawood vol 1 no 267]

Masa sakratul maut jinn akan cuba utk menyesatkan org beriman. Nabi s.a.w bersabda , 'Wahai Allah, Aku berlindung dgn mu dari syaitan yg menyebabkan kekelamkabutan (fikiran dan percakapan) semasa menghadapi kematian'.[Nasai and Hakim in Mishkaak al Masaabeeh vol 1 p 256]

Jinn boleh bersama semasa bersetubuh dgn isteri sekiranya sisuami tidak menyebut nama Allah sebelum melakukanya.Rooh al Maanee vol 27 p 119]
Ibn Jawsee berkata jinn melakukan sex spt mana cara yg dilakukan oleh lelaki dan perempuan manusia. Ibn Taymeeyah berkata jinn boleh melakukan sex dgn manusia dan mempunyai anak hasil perhubungan itu dan ini kerap dilapurkan berlaku.[Majmoo al Fatawaa vol 19 p 39]

Tiada bukti dlm agama menunjukkan perkahwinan dgn jinn adalah haram. Sesetengah ulama memutuskan adalah makruh. Saad ibn Dawood melapurkan yang seseorg menulis surat kpd Imam Malik ibn Abbas utk berkahwin dgn jinn. Dia membalas surat itu, ' Aku tidak melihat sebarang halangan yg ada dlm agama, tetapi aku menganggapnya 'jijik'. Kerana jika wanita yg mengandung , bila ditanya siapa suaminya dan dia menjawab dia adalah seorg jinn, ini akan membawa kepada terlalu banyak kemudaratan kpd prinsip Islam.[ar-Razee]

Setengah ulama yg lain spt Sijistaanee berkata, 'Perkahwinan antara manusia dan jinn adalah dilarang disebab kpd berlainan spesis'.