Tuesday, February 22, 2005

Profile Iblis Laknatullah 'Alaihi

Iblis l.a (nama ketua shaitan), adalah dtg dari perkataan 'ablasa' bermakna 'dia yg berputus asa dari rahmat Allah'. Manakala perkataan 'Shaitan' dtg dari asal 'shatana' merujuk kpd 'dia pernah, atau dijauhkan atau di-asingkan dari kebenaran dan rahmat Allah'.

Hasan Al Basri berkata Iblis l.a berasal dari kaum Jin [Jaami al Bayaan vol 1 p 226] sebagaimana Adam a.s berasal dari kaum manusia. Katanya kpd Allah dlm AlQuran "Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah".

Dia pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan berjaya. Dia beribadat bersama-sama malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama.

Pada langit yang pertama, dikenali al-Abid
Pada langit yang keduanya disebut az-Zahid.
Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif.
Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali.
Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi.
Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin.
Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil
Di Lauh Mahfudz, tertulis namanya sebagai Iblis.

Datang firman Allah SWT kepada hamba sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka Iblis l.a membantah kerana tidak suka berkhalifah atau ada amer.

Seterusnya dia dilaknati kerana mengingkari perintah Allah supaya sujud kpd Adam a.s.

Dia berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki."

Lalu Allah mengusirnya dari syurga, dari langit, dari bumi dan ke beberapa kawasan.Dia cuma dibenarkan masuk ke bumi dengan cara bersembunyi. Allah s.w.t melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana kekafirannya. Sebelum ini iblis ini sangat indah rupanya, banyak ilmu, kuat beribadah serta menjadi kebanggaan penduduk bumi dan langit dan ketua para malaikat.Oleh kerana menuruti hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan dia melakukan sebesar-besar kejahatan

Sabda Nabi S.A.W.: Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Nabi Musa bin Imran a.s. dan berkata : Yaa NabiyuLLaah! Apabila Tuan Hamba bermunajat kepada Allah S.W.T di Bukit Tursina, hamba hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) hamba diterimanya?

Maka sukacitalah Nabi Musa a.s. mendengarkan iblis yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan iblis. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur Nabi Adam Maka Nabi Musa a.s. pun menyampaikan firman Allah S.W.T. kepada iblis. iblis mengeluh dan berkata Wahai Nabi Musa! Semasa Adam masih hidup pun hamba tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati Maka iblis pun beredar.

Akhirnya sejarah hidupnya tercela, dilaknat dan akhirnya akan dihumban kedalam neraka oleh Allah kerana ingkar hanya kepada satu sahaja perintah Allah yakni supaya sujud kpd Adam a.s. Seorg bertanya kepada seorg sheikh yg alim, "Jika iblis menyesati anak Adam a.s, maka siapakah pula yg menyesatinya?". Jawab Sheikh itu, "Nafsunya"

-Setengah dari diatas adalah petikan dari kitab karangan Imam al-Ghazali