Thursday, March 17, 2005

Antara Babi, JAKIM Dan Islam Hadhari, Siapakah Yang Lebih Popular.

Sekarang nie org banyak bercerita hal babi, malahan dah lebih popular/banyak sebut 'babi' drpd sebut nama Allah Yg Maha Suci itu. kenapa ya?. Mungkin kakitangan pekerja babi lebih ramai dan kuat buat kerja promosi dan penjualan dari pada JAKIM yg hanya empunya 6 org kakitangan penguat kuasa. Apalah 6 org boleh buat berbanding dgn beribu pekerja babi seluruh negara. Mungkin kalau di jatuhkan hukuman mati mandatori ajer yg boleh kawal benda nie drpd berlaku. Tapi kalau hukuman denda setakat RM200 ke RM300, boleh... boleh... boleh... BOLEH BELAHLAAAAAH.

Pak Lah kena prihatinlah dlm hal ini. Jangan asyik Islam Hadhari.. Islam Hadhari tapi sebenarnya Islam dah lari. Patutlah doa aku la nie pelik..tak makbul. Rupanya tak terangkat kelangit, terangkat hanya kat bumbung kilang babi ajer. Cisssssss, ini sudah lebe.

Negara Kita punya cita-cita tinggi melangit, kononnya nak jadi pengeluar produk halal terbesar didunia... hah.. hah... nak tergelak aku, tapi ada 6 org yang pantau... hi .. hi.. hi. Bacalah Bajet Belanjawan 2005, bahagian Membangunkan Produk Halal.

Petikan Berita Harian.
"PUTRAJAYA: Ketika umat Islam menyuarakan kebimbangan berhubung penyalahgunaan logo halal, ramai mungkin tidak tahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) cuma mempunyai enam pegawai penguat kuasa bagi memantau pengeluaran dan penjualan produk berkenaan di seluruh negara. "

Petikan Harakah Daily.
"PPIM dalam satu kenyataannya ketika ditemui oleh Harakahdaily petang semalam menjelaskan bahawa enam jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah Gourmessa, Muller's Haus, Dew Fresh, Puteri, Miami Butcher House dan Maspac.

Menurut PPIM, kebanyakkan jenama-jenama ini (sosej) dibekalkan kepada hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Selangor serta di beberapa pasar raya besar di seluruh Malaysia.

Di antara pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang didapati menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah; Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa), German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh), Puteri Pan Pacific (Puteri), Miami Butcher House - Batu Feringgi (Miami Butcher House), Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh) dan Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac).

Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah Palace of Golden Horses, Coffee Bean Tea Leaf, Hotel Equatorial, Ikea Cafe, dan Muller Sousage.
Sementara itu, Noor Nirwandy berkata, pengguna-pengguna beragama Islam dinasihatkan berwaspada apabila membeli sosej dan diingatkan supaya mengenalpasti sosej yang dibeli tidak mengandungi usus babi.

Katanya, untuk mengenalpasti sosej itu mengandungi usus babi, terdapat sejenis sarung yang nipis yang membaluti sosej apabila sosej itu dipatahkan.

Malah katanya, sosej yang dicampur usus babi itu akan lebih rangup setlh digoreng."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home