Maulana Umar Palanpuri R.A. [1932-1997] Dlm Kenangan
Bagi mereka yng dah lama dlm juhud da'wah tabligh, bila disebut nama Maulana Umar (R.A) pasti akan terbayang-bayang akan wajah beliau yg sgt bercahaya, sejuk pandangan mata, dan terngiang-ngiang di pendengaran akan suara emas beliau semasa sedang memberi bayan (golden voice of da’wah work). Maulana Muhammad Umar Palanpuri (rah.a) telah meninggal dunia pada 21 May 1997 jam 1.30pm di Nizamuddin, Delhi. Hari sebelumnya beliau tlh pergi bersama elders yg lain utk menghadiri Ijtimak di Agra, India, sejauh lima jam perjalanan dgn menaiki kereta. Beliau tlh jatuh sakit dan di re-route balik ke Delhi dan dimasukkan ke hospital. Dia dibenarkan pulang pada hari Rabu pagi selepas berasa sembuh. Kemudiannya pada hari itu dia diserang sakit jantung dan meninggal dunia.
Maulana ialah seorg anak yatim sejak kecil dan dijaga oleh ibunya yg sangat warak. Dia tlh menunjukkan tanda-tanda seorg yg sgt bijak berbanding dgn usianya. Ini menyebabkan pakciknya ingin membantu memasukannya belajar disekolah sekular. Tetapi ibunya mempunyai rancangan utk menghantar beliau mempelajari agama. Takdir Allah, ini tlh berjalan dgn baiknya.
Maulana telah belajar di Darul Ulum Deoband, dimana beliau telah lulus dgn markah tertinggi. Utk tujuan tazkia (pembersihan jiwa), dia tlh berjumpa dgn Shaikhul Hadîth Moulana Zakariyya Kandalvi (RA) yg mana pada masa itu digelar Maulana Khilafat.
Maulana berusia sehingga 65 tahun. Dia tlh menghafal quran diusia tuanya. Beribu-ribu insan tlh mendapat menafaat daripada usaha hayat dan kewarakan beliau. Mempunyai sifat takutkan Allah hinggakan terkadang jelas kelihatan sewaktu beliau menyampaikan bayan. Sewaktu bayan mengenai syurga wajahnya begitu bercahaya dan ceria, menunjukkan seolah-olah beliau terlihat akan syurga itu dan melonjak berkeinginan kpdnya. Dan sewaktu bercerita tentang neraka, ketakutan jelas kelihatan diwajahnya, suaranya melambangkan ketakutan dgn terketar-ketar serta menangis- seolah-oleh beliau tlh melihat akan azab yg ada didlm neraka.
Beliau telah bercerita, kali pertama beliau ingin keluar 4 bulan dijalan Allah selepas tamat belajar Alim, di setesen keretapi, satu kampung beliau tlh dtg utk memujuk beliau supaya jgn keluar kerana tanggung-jawab beliau sebagai seorg alim sgt diperlukan disana. Mereka telah memujuk beliau lagi dan lagi supaya beliau membatalkan hasrat utk keluar dijalan Allah sehinggalah sampainya keretapi. Tiba-tiba, dtg seorg hamba Allah (beliau tidak sebut namanya) telah menolak beliau masuk kedlm keretapi sewaktu keretapi mula bergerak. Dan kata beliau, "Sejak itu tak pernah ada Bayan Wapsi (Bayan Tangguh) dlm kehidupan saya". Beliau telah memberi seluruh hayatnya utk usaha agama dan tata-cara kehidupan beliau di mesyuarat.
Didalam bayan, beliau kerap membaca ayat Al-Quran dibawah ini sambil menanggis.
hingga akhir ayat .....إِنَّ الَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَـمُواْ
30. Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap beristiqamah, akan turunlah malaikat kepada mereka (sewaktu mati dan berkata): Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. - Fussilat
Seorg Sheikh terkenal dari Mekah, Imam Masjidil Haram, Qari dan suaranya biasa kedengaran dlm alunan kaset-kaset quran dan mempunyai suara yg sgt merdu, ditanyakan bagaimana beliau mula menceburi dlm usaha dakwah dan tabligh ini. Beliau berkata, pada suatu malam beliau bermimpi berjumpa dgn Rasullullah s.a.w bersama 3 org yang lain. Dan kata beliau, saya mengenali 2 org yg lain (kerana kerap berjumpa dlm mimpi) yakni Abu Bakar r.a dan Umar r.a. Tetapi satu org lagi saya tidak mengenalinya." Maka beliau telah bertanya siapakah org itu. Rasulullah s.a.w menjawab " Inilah Umar, seorg Ulama dari Hind." Kesokan harinya beliau telah mendengar berita yang seorg ulama terkenal di benua India telah meninggal pada malam tadi.
Beliau wafat selang 2 tahun selepas kewafatan Maulana Izhar (R.A) dan Hadraji Maulana Innamul Hasan (R.A).
Semuga Allah merahmati beliau, memberikan syurga, dan menempatkan beliau bersama hamba-hamba Nya yg terpilih dan terbaik. Amin.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home