Thursday, March 10, 2005

Riwayat Hidup Hadratji Maulana In'aamul Hasan [1918 - 1995]

Amir Jemaah Tabligh Dunia dan telah memimpin jemaah ini dgn tekun dan ikhlas selama 31 tahun. Selepas kewafatan Maulana Yusuf pada Jumaat, 2 April 1965 di Lahore Pakistan, Hadrat Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria telah mengadakan perbincangan dgn yg lain utk melantik amir yg baru dan akhirnya keputusan dibuat melantik Maulana In'aamul Hasan.

Allah Ta'aala telah melantik seorg yg mulia dari keluarga Siddiqi dan diberkati dgn kelebihan pengetahuan agama dan salsilah keturunan beliau adalah terus daripada Hadrat Abu Bakar [radhiallaahu anhu].

Hadrat Maulana Sayyed Abul Hasan Nadwi (Alimia) (r.a) berkata berkaitan keluarga ini bukan sahaja lelaki malahan kaum wanita mereka adalah contoh keluarga yg warak. Mereka sentiasa sibuk dgn amalan solat, zikr, Tasbeeh dan tilawat siang dan malam dlm kehidupan mereka hinggakan tidak mengetahui apa yg berlaku sekeliling rumah mereka.

Hadrat Maulana In'aamul Hasan Saheb [ra] dilahirkan di bandar Kandhla, Daerah Muzaffar Nagar, U.P., India pada 18th Jumadul Oola 1336 A.H. i.e. 20th February, 1918. Beliau seorg Hafiz Quran.Bila Maulana Muhammad Ilyaas pergi menunaikan Haji tahun 1451 A.H., dia dan Maulana Yusuf memasuki Madressa Mazaahirul Uloom, Saharanpur. Dia mempelajari Hidaya dari Maulana Zakaria RA. dan Mebzi dari Maulana Jameel Ahmed Thanvi. Bila Maulana Ilyaas kembali dari haji, Maulana In'aamul Hasan balik ke Basti Hadrat Nizaamuddin dimana beliau belajar Mishkaat dari Maulana Ilyaas dan Jalaalain dari Moulana Ihtisaamul Hasan Kandhalwi [ra].

Hadrat In'aamul Hasan [ra] berkahwin dgn anak perempuan kedua Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria RA. dan Maulana Yusuf pula menikahi anak perempuan sulongnya.

Maulana In'aamul Hasan RA. pergi menunaikan haji bersama dgn Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas RA,Maulana Yusuf RA. dan Maulana Ihtisaamul Hasan utk haji pertama kali ke Mekah pd tahun 1356 Hijri. Mereka pergi menaiki kapal dan dlm perjalanan mereka menjalankan usahah tabligh. Org-org Arab memuji usaha mereka dan berjanji akan menolong. Dia juga menerima beberapa berita gembira (Bashaarat) tentang usaha tabligh dlm safar ini. Selepas pulang kerumah, Maulana In'aamul Hasan utk jangka masa agak lama telah jatuh sakit dan tinggal di Kandhla pasa masa ini.

Hadrat Maulana Ilyas r.a meninggal dunia pada 21st Rajab 1363 A.H. yakni Khamis, 23rd July, 1944. 2 hari sebelum wafat dia tlh menamakan 6 calon dari org khusus sebagai pengganti dan hadrat Maulana In'aamul Hasan adalah salah seorg drpdnya.Selepas wafat Maulana Muhammad Ilyas elders tlh bermesyuarat dgn Maulana Shah Abdul Qadir Raipuri, Maulana Fakhruddin Saheb and Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria dan keputusannya Maulana Yusuf sebagai pengganti. Maulana In'aamul Hasan adalah dikenali sebagai org kanan Maulana Yusuf.

Maulana In'aamul Hasan Saheb mempunyai sifat semulajadi suka menyendiri. Beliau mengelak bercakap bila tidak perlu. Sibuk dgn halnya, tidak akan berjumpa kecuali bila perlu sangat. Sentiasa berpakaian kemas dan bersih. Memakan hanya bila perlu.

Pada jam 10.00 pm malam 9th June 1995 dia jatuh sakit dan dibawa ke hospital menggunakan kerusi roda dgn kereta. Selepas bermacam ikhtiar dibuat, akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 70 tahun jam 1.25 p.m, Sabtu 10th Muharram, 1416 Hijra, 10th June, 1995. Innaalillaah. Meninggalkan seorg anak lelaki ,Maulana Zubairul Hasan, dan seorg anak perempuan. Berita sedih kematiannya tersebar keseluruh dunia sepantas kilat. Sembahyang jenazah di dirikan di Basti Nizamuddin jam 6.00 p.m. Ramai yg menghadiri hinggakan jln besar menuju ke Basti Nizamuddin ditutup utk laluan. Majlis pengkebumiannya di hadiri 500,000 org dgn keadaan berdisiplin dan teratur. Selepas solat maghrib beliau dibaringkan utk berehat di sisi Hadrat Maulana Yusuf.

Semuga Allah menempatkan beliau ditempat yg terbaik sekali bersama Nabi s.a.w dan Sahabat r.a

0 Comments:

Post a Comment

<< Home