Wahai Abid Haramayn (Yaa `Aabid al-Haramayn)
Puisi dari Abdullah Ibn Mubarak, ditujukan kepada Al-Fudhayl Ibn Iyaadh, dimana beliau menegurnya asyik duduk beribadat sahaja di Mekah dan meninggalkan keluar berjihad di jalan Allah.
Untuk dengar sila download [Yaa `Aabid al-Haramayn] : Right click mouse and save target as.
Wahai Abid al-Haramayn (Yaa `Aabid al-Haramayn)
Wahai abid dua masjid suci, Kalaulah kau dapat melihat kami
Kau akan tahu bahawa sebenarnya kau sedang bermain-main dgn ibadahmu
Dikau yang pipinya dibasahi dengan airmata,
Ketahuilah bahawa leher-leher kami dibasahi dengan darah.
Dikau yang menunggang kudanya tanpa tujuan,
Sedangkini kuda-kuda kami sedang kelesuan dlm peperangan.
Bau haruman atar adalah utkmu, walhal bagi kami, atarnya
Adalah kilauan pedang dan bauan debu-debu (dlm peperangan).
Telah datang Dari Nabi kami,
Ucapan sahih yang tidak pernah dinafikan
Bahawa debuan dari kuda-kuda Allah yang memasuki hidung seorang lelaki,
Takkan bersatu dengan asap api yang menjulang (neraka).
Benarlah ucapan kitabullah didepan kita ini,
Para syuhada tidak mati, Dan ini tidak boleh dinafikan.
Dari tafsir Ibn Kathir.- Nota akhir tafsir Surah Al-Imran
Daripada Muhammad bin Ibrahim bin Abi Sakinah berkata,
“Semasa di kawasan Tarsus (Turkey), Abdullah Ibn Mubarak telah mengalunkan puisi ini (dan saya mencatitnya) semasa saya mengucap salam perpisahan. Dia menghantarkan puisi ini melaluiku utk Al-Fudayl Ibn Iyaad pada tahun 170 Hijrah. Aku telah berjumpa Al-Fudayl Ibn Iyaad di Masjidil Haram dan memberikannya surat ini. Bila dia membacanya, airmata berlinangan dari kelopak matanya dan dia berkata, ' Abu Abdur-Rahman (Abdullah Ibn Mubarak) telah berkata benar dan telah memberikan nasihat ikhlas kepada ku.’ Dia kemudiannya bertanya kepadaku, ‘ Adakah kau menulis hadith?’ Saya berkata,”Ya.’ Dia berkata, ‘Tuliskan hadith ini sebagai ganjaran penghantaran surat Abu Abdul-Rahman.’
Dia (Muhammad bin Ibrahim bin Abi Sakinah) kemudian menulisnya.
***Tarsus adalah "Tarsoos" dlm bahasa Arab. Dahulunya ia adalah Byzantine Anatolia, atau Greece, dimana orang Islam memanggilnya "ar-Room". Hari ini ia adalah negara Turki.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home