Sri Petaling e-Newsletter 03/05 (Tambahan)
Tarikh : Rabu 23-03-05
Tajuk : Mesyuarat Rabu KL
Masa : Sebelum/Lepas Maghrib
Utk pengetahuan saudara, apa yg tercatit dalam nie, tulah ajer yg sempat saya catitkan.
Takaza org awam bersama students IPT
Student IPT dibawah nie akan cuti pd tarikh tertentu dibawah nie. Oleh itu org awam diperlukan keluar bersama utk memimpin mereka semasa keluar.
1. UPM - 23/3/05 2. UPSI - 21/3/05 3. UITM - 1/4/05 4. UTM - 27/3/05 5. UIA - 26/3/05
Takaza Jemaah Kuching
4 orang dah ada. Perlukan lagi hingga 10 org.
Takaza Jemaah Masturat
Jemaah Masturat Negara Jauh 2 Bulan. Diperlukan dan boleh taskil serta sediakan utk bawa tafakut.
Jemaah Foreign Bergerak
1. China 2. Jemaah Jordan 3. Bangladesh 4. Jemaah Syiria 5. India 6. Pakistan
Jemaah dari Syiria nie banyak buat usaha atas Ustaz-ustaz di beberapa kawasan.
( Kalau ada yg lain boleh hantar pd saya dlm comments)
KL Khidmat 1 hari di Markas pada 31/3/2005
Siapa sedia boleh beri nama.
Taghrib Brot. Pakistan (English)
Syura minta
Antara kata beliau " Saya sangat gembira datang ke Malaysia dgn melihat ramai rakan seusaha yg muda-muda. Saya telah buat usaha sejak 1947 lagi. Saya teringat sewaktu di Raiwind, semasa meletus peperangan pada tahun 1967 antara kita dgn orang hindu, bom, misil, dll telah dilepaskan jatuh ditempat kami dan kami melepaskan bom ketempat mereka. Salah seorang dari kami telah buat doa " Ya Allah kau hantarlah balik bom yg lepaskan kpd kami ini kembali kepada orang yang melepaskanya dan membunuh mereka". Orang ini telah ditegur Haji Abd Wahab Bai. Kata beliau, "ini bukan maksud kita. Kita dihantar kepada seluruh umat manusia utk bawa mereka semua, hindu atau Islam kepada Syurga Allah dan selamat dari neraka Allah".
Taghrib dari Jemaah China
Kemudian Syura minta jemaah China beri taghrib dan di terjemahkan oleh Abd Rahman Tiong.Antara kata beliau :
"... Kami jemaah dari China dtg untuk belajar usaha ini dari tuan-tuan di Malaysia. Kami telah pergi di 7 buah masjid antaranya di Serdang. Disini kami telah banyak belajar sifat ikram dan usaha agama dgn orang tempatan melapangkan masa dgn kami utk buat usaha. Kami dpt merasakan sifat ukhwah sesama Islam disini. Alhamdulillah baru-baru ini di 2 ke 3 masjid kami sibuk buat qususi, usuli, nusrah dll. Disini kami boleh belajar dgn banyak, ini kerana ditempat kami usaha tak boleh dibuat secara terbuka- kami masih sembunyi buat usaha. Insyaallah apa yg kami belajar disini akan kami bawa balik. Jemaah foreign pertama yg masuk/datang ke Negeri China telah pergi dikawasan Yunan, tempat kami. Lepas tu tiap-tiap tahun jemaah foreign 4 bulan, 40 hari telah datang. Jemaah telah dtg antaranya dari England, Arab dll. Tuan-tuan, negeri China nie adalah negara yg besar, ada mempunyai 100 juta lebih orang yang beragama Islam, lebeh banyak dari MAlaysia. Disana lapangannya besar, kalau kita buat usaha ramai orang boleh ikut dan usaha boleh cepat maju. Utk ini tuan-tuan kena datang kesana 4bulan, 40 hari dll. IsyaAllah tuan semua sedia... insyaAllah. Assalamualaikum. ( Nota Penulis : Tuan-tuan kena nusrah jemaah nie, jemaah nie banyak tokoh korporat, ahli jawatankuasa masjid, besar-besar belaka, ramai yg khawas. Gunakanlah kesempatan ini.)
Lapuran Kemajuan Rabu-Ke-Rabu
Dr Nasoha sab tanya lapuran kemajuan seminggu.
Kelang - 1 org keluar, Batang kali - 1 org keluar.., BNO - tambah 3 taklim rumah, Kajang -beberapa amal 4 masjid, taklim tambah 3, Subang-Kota Damansara - Taklim rumah 6, 2.5 tambah 4 org, Rantau Panjang - Taklim rumah 2, 8jam 2org. .. tak sempat catit semuanya. Dr Nasoha sab kata Rabu depan akan minta lapuran lagi.
Lapuran Markas Batu Pahat Bantu Kerja Markas KL Oleh Hj. Aziz Hasby
Seramai 40 rakan seusaha dari B. Pahat telah keluar selama 3 hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di kawasan KL. Pagi jumaat 10 ke 15 org lama dari KL tlh dpt dihimpunkan utk sama-sama dgn jemaah B. Pahat. Lepas bayan subuh, adab dan taghrib telah diberikan kpd mereka bagaimana utk buat usaha. Di KL ada 57 halqah, jemaah tlh dipecah kepada 6 jemaah. Tempat jemaah dihantar untk buat usuli dan usaha 1. Batangkali/Tg Malim/KK Baru/Kerling. 2. Sekincan 3. Sabak Bernam/Bagan Dato. 4. Kelang 5. Banting/Dengkil 6. Sri Petaling/ KL Bandar dan sekitarnya. Petang lepas asar ahad beri lapuran karguzari. Dalam Karguzari- bila jumpa, org yang buat azam jadi kuat. Beritau kpd mereka supaya jaga amal, taklim, 2.5 jam dll. Jemaah tunai cash tiada, tetapi paling awal hujung Mac dan awal April. Ada yang telah dibawa tafakut tunai. Taghrib tlh diberi dirumah dan masjid. Nama yang azam telah diberi kpd jemaah taskil- BBNJ, 4B dll. KL akan buat followup.
Taghrib Dr Nasoha
Tiada cara lain yang boleh betulkan umat nie melainkan kerja nabi s.a.w. Perlu risau dan bimbang bagaimana semua umat boleh dtg kpd kerja ini. Hidayat ditangan Allah- Allah beri dan tarik hidayat dari sesiapa yg dikehendaki. Allah beri ikut sangkaan kita. Allah beri hidayat bagi kita yg mau. Bila bangun dalam kerja ini, kita akan dpt hidayat. Siapa yg doa tanpa buat kerja, doa dia tak naik dan lemah. Umat kena bangun, beri masa tiap hari dlm kerja nabi. Kena hantar jemaah secara masjid ke Negeri jauh dll. Oleh itu kita kena usaha masjid macam masjid nabi s.a.w. Kena beri nyawa utk kerja nie. Sya akan korbankan nyawa saya utk kerja ini. Nyawa akan habis walau bagaimana pun , bagus kalau habis dlm kerja nabi, kalau lain sia-sia belaka. Di akhirat Allah akan tanya pada kita kenapa kamu muliakan benda(dunia)yang aku hiiiiiinakan. Elders kita bagi tau "Marna-marna karte, Karte-karte marna - Mati-matian buat kerja, Buat kerja hingga mati". Kena bentang kerja ini pada setiap umat.
***************Sekian buat kini******************
0 Comments:
Post a Comment
<< Home