Friday, April 08, 2005

Dzikir Qalbu Oleh Imam Ghazzali

Imam Ghazalli menulis dlm Ihya Ulumuddin (3:19-20)Kitab Tentang Keajaiban Hati, Tajuk tentang "Perbezaan antara ilham dan pembelajaran," menerangkan tentang zikir:

"Dia mengasingkan diri, melakukan hanya ibadat wajib (fardu) dan sunat (rawatib). Fikirannya (sewaktu berzikir) tidak terkesan ketika membaca quran, tafser, hadith dan perkara lain. Walaupun melakukan perkara tersebut dia sentiasa berusaha supaya ingatannya tetap kpd Allah.

.. Sewaktu duduk (mengasingkan diri) berzikir, dia tetap terus mengucapkan dgn lidah "Allah, Allah" berserta dgn kehadiran hati sehinggalah kepada keadaan dimana bila lidahnya berhenti bergerak, (dia menyemak samada) perkataan masih lagi bergerak atas lidahnya. Kemudian dia terus istiqamah dgn itu hinggalah kesannya hilang dari lidah dan menuju kehati pula. Hatinya pula berzikir.

"Bila hati pula mula berzikir, tetap terus berzikir hinggalah ia hilang dari hati dan imej perkataan 'Allah' pula , hurufnya, dan bentuk hurufnya, manakala maksud perkataannya sahaja ada dlm hati, wujud, saperti tertancap dlm hati dan tidak meninggalkan hati itu.

".. Dia berupaya utk sampai keperingkat ini dan juga berkeupayaan utk beristiqamah dlm keadaan ini dgn cara mengusir jauh 'was-was' (dan ingatan-ingatan lain). Tetapi dia tak berupaya utk mendapat rahmat/kasih-sayang kerana itu hak mutlak Allah, terpulang pada Allah sahaja utk memberi kpd nya: kemudian dia menjadi, hasil dari apa yang dilakukan, terdedah kpd angin rahmat dari kasih sayang Allah. Jadi selepas itu dia perlu menanti hingga kerahiman Allah mungkin terbuka, sebagaimana apa yang telah diberikan olehnya kepada Nabi-nabi dan Auliya.

'.. Kemudian, jika niatnya adalah baik dan tulus, dan jika dia beristiqamah, yakni keinginan/nafsunya tidak mempengaruhinya atau mengikatnya kepada kebendaan, maka ilmu laduni ( brilliances of truth ) akan bersinar dihatinya.

'.. Permulaannya ia dtg dlm keadaan tidak tetap, spt percikan kilat. Kemudia ia akan dtg kembali, dan mungkin lambat. Bila ia dtg, ia mungkin berterusan atau mungkin sekejap. Jika berterusan, mungkin berterusan lama atau berterusan sekejap. Sama juga tetapi dlm keadaan yang lain, mungkin dlm hanya satu bentuk, dan peringkat-peringkatnya Auliya Allah itu adalah tak terkira banyaknya sapertimana sifat asal dan kebaikan makhluk yang tak terkira banyaknya.

" Dgn itu maksud asal kaedah ini adalah -yakni utk tujuan penyucian, pembersihan dan pengilapan diri, - hanya dpt dilakukan oleh org yang bersedia bermujahadah dgn sabar.

[Zikir ini adalah Zikir Qalbu yang di amalkan oleh Tariqat Naqshbandi. ]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home