Biarkan Mereka Lenyap Kata Nabi
Biarkan mereka yang enggan keluar dijalan Allah lenyap, pupus dan di malukan kata Nabi s.a.w. Bilamana musibah didatangkan oleh Allah kepada mereka , biarkan mereka dengan kesusahan itu , jangan ditolong sedikit pun. Syurga adalah hanya untuk mereka yang menyahut seruan 'keluar dijalan Allah' bila diseru.
Al-Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya bahwa Abu Hurayrah berkata yang Nabi s.a.w bersabda
«تَعِسَ عَبْدُالدِّينَارِ وَعَبْدُالدِّرْهَمِ وَعَبْدُالْخَمِيصَةِ، إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ، وَإِنْ لَمْ يُعْطَ سَخِطَ، تَعِسَ وَانْتَكَسَ، وَإِذَا شِيكَ فَلَا انْتَقَشَ، طُوبَى لِعَبْدٍ آخِذٍ بِعِنَانِ فَرَسِهِ فِي سَبِيلِ اللهِ، أَشْعَثَ رَأْسُهُ، مُغْبَرَّةٍ قَدَمَاهُ، إِنْ كَانَ فِي الْحِرَاسَةِ كَانَ فِي الْحِرَاسَةِ، وَإِنْ كَانَ فِي السَّاقَةِ كَانَ فِي السَّاقَةِ، إِنِ اسْتَأْذَنَ لَمْ يُؤْذَنْ لَهُ، وَإِنْ شَفَعَ لَمْ يُشَفَّع»
(Biarkan hamba kepada dinar, hamba kepada dirham dan hamba kepada khamisah (pakaian) lenyap, kerana dia hanya gembira jika benda-benda ini diberikan kepadanya, dan jika tiada, dia akan bersedih. Biar manusia saperti ini lenyap dan dimalukan, dan jika dia terucuk akan duri, semuga dia tidak akan berjumpa dengan penolong untuk mengeluarkannya darinya. Syurga hanyalah untuk mereka yang memegang tali pacu kudanya, keluar dijalan Allah, dengan rambutnya yang kusut dan kaki yang diselaputi debu: jika dia dipileh mengawal di barisan hadapan, dia akan senanghati untuk mengawal, jika dipileh mengawal di barisan belakang sekali , dia menerima dengan senang hati, jika dia meminta izin dia ditolak, dan jika dia memberi cadangan, cadangannya ditolak.)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home