Friday, April 15, 2005

Rupa Allah s.w.t

Nafi' bin al-Azraq, selepas perang Siffeen, sekali bertanya kpd Saydina Hussein r.a tentang rupa Tuhan yg disembahi.

'Wahai Nafi', kata Saydina Hussein, 'Barangsiapa menggunakan bayangan/simbol-simbol dalam perkara agama akan sentiasa berada dalam keadaan kekeliruan, tersesat asbab tersandong dari jalan kebenaran, kemana sahaja dia pergi akan terperangkap dlm kesesatan , tersasar dari jalan lurus, dan bercakap perkara yang buruk dan sia-sia.

Wahai anak Azraq! Aku boleh menceritakan tentang Tuhanku hanya dengan perkataan-perkataan yang Allah sendiri menerangkan tentang diriNya. Tidak dapat di kenalpasti melalui 5 pancaindera. Jangan membandingkan Nya dgn manusia. Sangat hampir tetapi tidaklah ketahap boleh disentuhi. Sangat jauh tapi tidak terlalu jauh hingga tak dapat dikesani. Dialah Yang Esa dan tiada sekutu. Dikenali melalui tanda-tanda kebesaran Nya. Diterangkan melalui sifat-sifat Nya. Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Besar, Maha Tinggi.'

(* Peringatan buat diriku yang ego:
Kpd rakan-rakan seusaha, janganlah pulak kita ter'over' bila bercerita kpd manusia tentang Allah s.w.t. Ikutlah panduan saperti yang diberi diatas. Bercakaplah ikut pesanan/nasihat ulama dan tahap ilmu yang ada pada kita. Renungilah kembali bayan-bayan yang diberi oleh mereka sebagai panduan. Jangan berbunga-bunga ikut sedaprasa kita sewaktu berkata-kata. Sekian )

1 Comments:

Blogger AainaA said...

;-) Allaahu Ahad

Sun Apr 17, 07:19:00 PM GMT+8  

Post a Comment

<< Home