Monday, April 18, 2005

Kisah Musa A.S Dan Pengembala 'Majzoob'

Kisah ini adalah mengenai seorang pengembala di suatu pergunungan dimana setiap hari dia meraung dan menangis asbab cinta dan rindu yang amat sangat kepada Allah s.w.t.

Dalam tangisan dan raungannya dia berkata:

'Wahai Allah, Dimana Kau Akan Berjumpa Dgn Ku?
Jika Kau Menemui Ku, Aku Akan Menjadi HambaMu,
Memperbaiki PakaianMu, Menyikat RambutMu
Dan Jika Kau Jatuh Sakit, Aku Akan MerawatMu.
Jika Aku Menjumpai RumahMu,
Akan Ku Bawa Susu Dan Ghee KepadaMu Siang Dan Malam
Akan Ku Cium Tangan-tanganMu Dan Mengurut Kaki-kakiMu.
Bila Menjelang Masa TidurMu,
Akan Ku Bersihkan Tempat TidurMu.
Wahai Allah, Semua Kambing-kambing ini Ku Korbankan Untuk Mu.
Wahai Allah Apa sahaja Perkataan Yang Aku Ucapkan Tentang Kambing-kambing Ku
Sebenarnya Aku Berkata-kata Kerana Kesunyian Cinta TerhadapMu
Kambing Itu Hanyalah Alasan Sahaja'

Sewaktu si Pengembala ini menyuarakan hatinya Kpd Allah dengan ucapan-ucapan cinta ini, tiba-tiba secara kebetulan Nabi Musa a.s melalui kawasan tu dan terdengar ucapannya. Dia berkata:

Wahai Pengembala, Apakah Kau Fikir Allah Itu Saperti Seorang Hamba
Apakah Dia Empunya Kepala Untuk kau Sikati RambutNya
Apakah Dia Lapar Untuk Kau MemberiNya Susu Kambing Untuk Diminum
Wahai Si Jahil, Allah Itu Bebas Dari Sebarang Kecacatan Dan Keperluan
Bertaubatlah Segera, Ucapan Mu Adalah Ucapan Syirik
Sesungguhnya Allah Tidak Berkehendak Akan Sebarang Khidmatmu

Bila sipengembala mendengar ucapan Musa a.s, dia merasa teramat malu. Dlm ketakutan dan susah hati, dia mengoyakkan pakaiannya dan mula menanggis teresak-esak, berlari menuju kearah padang pasir.

Allah s.w.t menegur perbuatan Musa a.s dan berkata:

'Wahai Musa, Kenapa Kau Mengusir HambaKu Dari Ku?
Aku Mengutus Mu Untuk Membawa Mereka kepada Ku,
Bukan Menjauhkan Mereka Dari Ku'

*Mathnavi
Kenapa Kau Menjauhkan HambaKu dari Ku
Adab Yang Mulia Adalah Dari Sibijaksana
Tapi, Mana Mungkin Keluhan Dari Sipengembala Itu Menjadi Bijaksana
Dia Yang Bajunya Terkoyak Akibat Cinta Sejati
Pakaiannya Tidak Boleh Diperbaiki Dengan Kebenaran.
Arah Mana KekasihKu Pergi
Dimana KekasihKu Yang Gila Itu Hilang
Walaupun Cinta Itu Tiada Alasan Dan Malu
Dan Walaupun Ucapannya Nampak Celupar
Tapi Dari Lubuk Hatinya Adalah Suci
Walaupun Ucapannya Nampak Biadap
Tetapi Sebenarnya Ia Adalah Perkataan Kasih Dan Bersemangat
Dengan PerkataannyaYang Tersendiri, Dia Mabuk Menggila

Dia Yang Sedang Mencari Singahsana Kemuliaan

* 'Majzoob' dari segi bahasanya adalah seseorang yang fana'atau hilang kesedaran diri asbab cintanya yang amat sangat terhadap Allah s.w.t. Ini biasa terjadi pada ahli-ahli sufi dan tarikat asbab terlalu kusyuk berzikir hingga sampai keperingkat atau makam tertentu.

Nabi Musa a.s sebagai pembawa shariat, menegur sipengembala apa yang salah. Allah s.w.t pula menegur Musa a.s, bukan utk melarangnya menunjuki jalan yang benar tetapi mengajar Musa a.s cara yang betul apabila memberi nasihat kepada umatnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home