Tuesday, April 26, 2005

Gelegak Cinta Buat Mu Wahai Allah

Aku umpama Si Majnun di dalam hatiku yang lemah ini, tanpa jasad,
Kerana aku tak empunya kekuatan untuk menandingi cinta Tuhan.
Setiap hari dan malam aku meneruskan usahaku
untuk membebaskan diri ini dari ikatan rantaian cinta; satu rantai yang menyebabkan aku terpenjara.
Bila mimpi akan Yang Dikasehi bermula, diriku akan berdarah.
Kerana aku tidak sedar sepenuhnya, Aku takut aku akan melumuri Nya dengan darah hatiku
Sebenarnya, Kau, Wahai Kekasih, harus bertanya kepada sang pari-pari;
Mereka tahu bagaimana aku terbakar sepanjang malam.
Semua telah pergi tidur,
Tetapi aku,
Yang telah memberikan hatinya kepada Mu,
tidak tahu tidur saperti mereka.
Sepanjang malam, mataku memandang ke langit, menghitung bintang-bintang.
Cinta Nya yang mendalam telah mengambil tidurku
Yang mana aku tidak pasti ia akan kembali lagi.
****** Divan Al-Kabir- Rumi*******

0 Comments:

Post a Comment

<< Home