Thursday, June 02, 2005

Sri Petaling E-Newsletter 05/05

Rabu 01/06/2005.

Sebelum maghrib:

Karguzari jemaah bergerak.
1. Jemaah Zambia: Keramat sedia ambil selama 14 hari
2. Jemaah Yaman: Sekarang berada di Surau Banda Baru Bangi
3. Jemaah Bangladesh : Sekarang berada di Taman Chahaya, Kg Pandan
4. Jemaah Pakistan : Berada di Sek8 Shah Alam, akan pergi ke Batang Kali

Lepas maghrib:

Takaza negara jauh, sekarang ada 6 org sedia. KL azam bulan Mei seramai 30 orang dan June 30 org. Sungguh dhaif usaha sekarang.

Taghrib Hj Aziz Hasbi:

Bapak saudara mulia.
Sekarang ini manusia yakin kpd ghairullah dan ini matlamat mereka. Dgn matlamat ini mereka sedang menuju kpd kemusnahan. Org Islam telah tinggalkan kerja ini. Mereka tak sedar bahwa mereka adalah khalifah Allah, dai Allah. Mereka akan rugi besar. Kita perlu jumpa dan ingatkan mereka. Bahawa mereka bukan dihantar sebagai jurutera, doktor, peniaga dan petani. Tetapi mereka dihantar sebagai dai Allah. Kita kena menanggis utk mereka dan doa pd Allah. Setiap kita kena pergi keseluruh alam utk ingatkan org Islam bahwa dakwah inilah tugas asal mereka. Beritahu Allah maha kuasa , makhluk takder kuasa. Allah pencipta segalanya, Allah wujudkan peperangan, tiada siapa boleh halang perperangan melainkan Allah. Mau pergi seluruh dunia beritahu Allah maha kuasa. Amerika takder kuasa. Kita bukan benci pd Amerika tapi kesian sama mereka. Pergi seluruh alam beritau duit, tentera, roket, harta, kuasa tak boleh buat apa-apa , yang buat semuanya Allah. Hari-hari mau doa, zikir, ibadat, dakwah dll. Dari masjid kita mau hantar jemaah seluruh alam. Fikir masjid nabawi mau ada di masjid kita. Kita kena sambut takaza pergi seluruh alam.

Maulana Yusof sab kata, kalau kita mau lihat masjid yang buat kerja dgn betul ialah dari masjid itu jemaah dihantar keseluruh alam dan jemaah seluruh alam dtg ke masjid dia. Siapa sedia tuan-tuan?. Org yg duduk mesyuarat ini mau azam sedia beri nyawa utk agama, baru mesyuarat kita mantap. Usaha ini macam anak tangga, kalau org lama tak korban dia akan duduk atas anak tangga, akibatnya ini akan menghalang orang baru dari naik tangga. Begitu juga macam campak batu keatas. Kalau tak naik atas dia akan jatuh kebawah. Itulah org lama.

Tanggung-jawab kita bukan hanya utk beri keluarga kita makan saja. Kita ada tanggung-jawab agama. Kalaulah beri makan ini penting nescaya nabi buat spt ini tapi rumah nabi ada ketikanya hingga 3 purnama dapur tak berasap, tiada makanan dirumah. Hj ABdul Wahab kata anjing dan binatangpun beri keluarga mereka makan. Kita ada tanggung-jawab agama seluruh alam. Katanya lagi dalam tafakut, syura jgn tanya berapa banyak duit dlm poket. Kita kena keluarkan yakin pd ghairullah. Kita tanya berapa banyak awak dakwah org tiap-tiap hari. Kalau 1 halqah di KL nie sedia beri nama utk keluar negara jauh nescaya akan ada 57 nama dari 57 halqah. Kalau setiap masjid beri 1 nama akan ada beribu nama.

Kita kena sediakan diri dan harta kita sekali tuan. Saidina Abu Bakar beri seluruh harta utk agama, bahkan dia pun bersama keluar ke Tabuk. Pakai baju guni berbutangkan duri, malaikat pun ikut berpakaian spt beliau. Nabi tak beri bajunya sebagai ganti tetapi beri panji/bendera Islam kpd Abu Bakr, mudahan beliau akan beri nyawa dan syahid di Tabuk.

Jangan tengok cuti, tapi tengok Allah. Yg bolak-balik hati majikan kita adalah Allah. Dlm hati kita terlalu banyak ghairullah kerana terlalu banyak usaha dibuat atas itu. Dalam hati yg ada ghairullah umpama najis, malahan baunya lebih busuk lagi dari najis yg diluar. Mau hari-hari buat dakwah. Baru iman akan terbina dan sanggup beri nyawa utk agama. Hati kita penuh dgn debu ghairullah. Mau bangun tuan. Hidup secara sederhana baru boleh pergi seluruh alam. Saidina Osman kaya, tapi hidup sederhana. Org yg belum keluar negara jauh mau nanggis dan malu dgn Allah. Mau kata, 'Ya Allah apa dosa saya yg kau sisihkan saya dari keluar negara jauh. Kau tak pileh saya, kau pileh org lain. Mereka kerja kerajaan , saya pun kerja kerajaan, tapi kau tak pileh saya.'

Org buat usaha ini mau maju. Sapa lagi sedia tuan-tuan? Kalau kita tak keluar juga, satu hari kita akan keluar dari rumah kita tak balik-balik. Mau niat syahid. Allah akan bina mahligai yg besarnya dari KL ketempat kita syahid dari sebutir mutiara. Org yg selalu beri masa utk kerja agama, diakhirat mereka akan masuk syurga sebelum hisab dijalankan. Tidur dlm kubur tuan-tuan. Sarapan pagi di masyar, minum dari tangan nabi ditelaga al-kauthar dan makan tengah hari di syurga.

Masa malaikat nak mulakan penghisaban, sekumpulan manusia akan marah dan tegur malaikat, apa kamu sibuk-sibuk nak hisab-hisab kami nie!!! Kami didunia dulu keperluan sendiri pun tak sempat nak disempurnakan. Apa kamu sibuk-sibuk nie!!! Malaikat pun pergi mengadu dgn Allah. Dan kata, ' Ya Allah ada sekumpulan manusia sibuk-sibuk nak masuk syurga sebelum hisab di mulakan.' Kata Allah, 'Biarkan mereka, didunia dulu mereka malukan diri mereka dan sibuk dgn usaha agama kerana Aku, kini aku malu nak hisab mereka. Bukakan pintu syurga utk mereka.'

Muti Zainal Abidin kata, masaalah sekarang bukan duit , cuti dan masa. Tapi masaalah dlm hati. Kalau malaikat maut dtg jumpa kamu dan kata, hah sekarang kamu nak keluar 4 bulan ker atau ikut aku? Apa kita akan buat?

Seorg sahabat yang mukanya hodoh dtg jumpa nabi nak kahwin. Nabi suruh jumpa satu rumah. Bapak perempuan tak sedia beri. Perempuan itu kata pd bapanya kena sedia pasal nabi yg suruh. Setuju nak kawin. Lelaki tu balik nak buat persiapan kawin , pergi kepasar. Tiba-tiba terdengar panggilan, ' Haiya Alal Jihad'. Dari nak beli kelengkapan kawin tukar beli kelengkapan jihad. Pergi berjuang tutup muka dan syahid. Nabi sendiri kuburkan beliau dgn tangan baginda. Nabi berjingkit nak masuk kubur kerana banyak bidadari berebut menyambut mayatnya. Tiba-tiba salah satu bidadari yang sedang berebut tu tersingkat kainnya dan ternampak pahanya. Nabi paling muka dan kata ini hak sahabat tu. Sahabat lain cemburu.

Nota: Utk tafakut Negara Jauh petang nie dtg kemarkaz lepas maghrib utk tafakut KL, dan sabtu utk tafakut Malaysia . Sediakan diri tuan!

Tambahan lepas taghrib:
Rumah utk bayan hidayat masturat 4/6 : Rumah Hj Ghazi
Pembayan masturat: Hj Ghazi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home