Monday, June 06, 2005

Siri Ketekunan Sahabat r.a Mencontohi Cara Hidup Nabi s.a.w

Siri Tekun 1 - Abdullah Ibnu Umar r.a

Abdullah Ibnu Umar adalah anak kpd Umar r.a dan salah seorang sahabat Nabi s.a.w. Semenjak usia mudanya dia tlh menunjukkan minatnya terhadap Nabi s.a.w dan sentiasa bersama baginda. Masuk Islam ketika berusia 10 tahun dan berhijrah bersama bapanya dan kakaknya, Hafsah r.a (isteri nabi s.a.w). Masa perang badr beliau dilarang berperang bersama, hinggalah masa perang khandak dia dibenarkan ketika berusia 15 tahun. Beliau dikenali dikalangan muslim sebagai ' Orang baik, Anak Orang Baik'. Tinggi ilmunya, pemurah, rendah-diri, tekun beribadah. Sangat tekun menjalani sunnah Nabi s.a.w , dgn teliti dan melihat akan amalan baginda dgn penuh ketaatan.

Contohnya,
1. jika beliau melihat Nabi s.a.w bersolat di sesuatu tempat, beliau kemudiannya akan bersolat ditempat yg sama.
2. jika lihat Nabi s.a.w berdoa semasa berdiri, beliau pun akan berdoa dgn berdiri.
3. jika lihat Nabi s.a.w berdoa semasa duduk, beliau pun akan berdoa dgn duduk.
4. dalam perjalanan , jika Nabi s.a.w turun dari untanya disuatu tempat dan bersolat 2 rakaat, dikala yang lain jika beliau melalui kembali dikawasan itu tanpa Nabi beliau akan turun bersolat ditempat yg sama Nabi lakukan.
5. di tempat tertentu di Mekah, beliau melihat unta Nabi s.a.w melakukan 2 pusingan lengkap sebelum Nabi turun dan sembahyang 2 rakaat, dikala yag lain beliau akan melakukan perkara yg sama dan bersembahyang tepat ditempat yg sama.

Aishah berkata beliau melihat ketaatan Abdullah kpd Nabi s.a.w dan berkata ' tiada seorang pun yang dapat mengikuti contoh nabi s.a.w spt yang dibuat oleh Abdullah, semuga Allah merahmatinya dan beri keselamatan padanya.

Walaupun beliau tekun mengikuti Nabi s.a.w tetapi beliau sangat takut utk meriwayatkan perkataan Nabi s.a.w. Dia hanya meriwayatkan perkara yg beliau sungguh pasti sahaja akan ucapan nabi s.a.w satu persatu. Tidak tambahan atau berbeda sedikit pun. Dan tida org setiliti beliau.

Beliau juga sgt berhati-hati dan berat-hati utk mengeluarkan fatwa. Satu ketika seseorg dtg bertanyanya tentang suatu perkara. Abdullah mengatakan, ' Aku tiada pengetahuan tentang pertanyaan kau itu'. Lelaki itu meninggalkanya dan Abdullah menepuk pehanya dan berkata dgn dirinya:' Anak siUmar telah ditanyakan tentang sesuatu yg dia tidak tahu dan di berkata: Saya tidak tau'. Kerana sifat inilah beliau menolak utk menjadi Qadhi yg di tawarkan oleh Khaliah Usman walaupun beliau berkelayakkan utknya.

Abdullah juga dikenali sebagai ' Saudara Kpd Malam.' Dia akan berjaga dimalam hari utk bersolat, menanggis, membaca quran dan memohon ampun kpd Allah. Satu ketika Nabi s.aw berkata kd Hafsah bahawa Abdullah adalah org yang dirahmati, tapi kalau ia bangun malam dia akan lebih dirahmati. Sejak hari itu dia tidak pernah tertinggal qiamulailnya samada dirumah maupun dlm perjalanan.

Saperti ayahnya, airmata beliau mudah sangat mengalir terutamanya ketika mendengar akan ayat suci al-quran.

Bila beliau hampir wafat dan anaknya mengingatkannya akan semua amalan baik yang dilakukan bersama Nabi s.a.w dan sahabat. Dia memberitahunya, 'Diam, Tidakkah kau tahu siapa yang Allah terima akan dia? Sesungguhnya Allah hanya menerima org yang bertakwa (Al-Muttaqun)"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home