Tuesday, June 07, 2005

Puisi Terbuka Buat Mu

Puisi 1: Pintu Langit

Dimanakah Dikau Wahai Kekasih
Tunjukilah aku dalam pencarian ini
Tunjukilah aku akan Dikau

Aku tahu
Saban malam kau turun di pintu bertanya
Adakah sesiapa yg meminta utk Kau tunaikan hajatnya

Salah aku Wahai Kekasih
Kerana sibuk didalam hajat-hajat dan sujud
Kehadiran Mu tidak ku sedari

Maafkan aku Wahai Kekasih
Aku tahu pintu itu ada dan sentiasa terbuka
Dan Kau muncul di depannya setiap malam

Terkadang terlena aku menanti Mu
Terkadang terlambat aku menghadirkan diri
Hingga laungan azan subuh kedengaran

Dan Kau kembali
Tinggalkan aku kerinduan
Menanti esok malam

Hatiku hangus kerinduan
Membakar tidurku
Tak sabar aku dalam penantian ini

Wahai siang
Jangan kau muncul
Supaya Kekasihku sentiasa dipintu itu

Mungkin malam ini kita kan bertemu
Akan ku sibuk merenung pintu itu
Hajatku satu, bertemu denganmu

Dimanakah Dikau Wahai Kekasih

0 Comments:

Post a Comment

<< Home