Monday, June 06, 2005

Wanita - Pencetus Kemuliaan Ummah

Nahmaduhu wa nusalli a'la rosullihilkarim

Tuan-tuan/ puan-puan yang dimuliakan oleh Allah Ta'ala.

Banyak penciptaan Allah adalah berpasangan.
Langit pasangannya bumi, syurga neraka, siang malam, senang susah, sihat sakit. Allah juga menciptakan manusia yakni Allah ciptakan lelaki dan pasangannya wanita.

Tiada wanita tiada lelaki, kecuali Adam a.s tanpa ibu. Itupun Adam a.s, Allah jadikan pasangannya adalah Hawa, ibu kpd seluruh manusia.

Hadrat Muhammad Mustafa s.a.w dihantar oleh Allah kepada manusia bukan hanya kpd lelaki bahkan kepada wanita jua. Dia, penutup dan penghulu Nabi dihantar utk mengajar kpd lelaki dan juga dihantar kpd wanita.

Begitu juga ummatnya, sebagaimana sahabat dihantar membawa manusia kpd Allah, Sahabiah juga tidak kurang drpd itu, mereka mendakwahkan manusia kpd Allah. Hadrat Umar mendapat hidayat drpd adik perempuannya yg bernama Fatimah, Hadrat Uthman r.a dari pada ibu saudaranya bernama Sa'adah. kata Uthman 'bila aku pulang kerumah kulihat ibuku Sa'adah sedang duduk-duduk dan bila ia melihat akan aku, dia pun mendakwahkan aku kpd Islam, kemudian aku berjumpa dengan Abu Bakr dan Abu Bakr kata apa yg diberitahu oleh makcikku ibu benar dan aku memeluk islam ditangan Nabi s.a.w'

Ikramah anak Abu Jahal masuk islam dari isterinya Hendon. Amr bin Al As melalui dakwah makciknya. Ummu Sharif pula yakni wanita yg meminum air dari timba yg turun dari langit, Mekah jadi kelam kabut kerana mereka lihat ramai wanita quraish masuk Islam, bila disiasat ini gara-gara beliau menjalankan dakwah dan dia ditangkap. Sumaiyah wanita pertama syahid. Khatijah isteri Nabi, pembantu setia Nabi s.a.w dlm kerja dakwah, dia jatuh miskin hingga harta semuanya habis dibelanjakan utk kerja dakwah. Masa mati hanya sehelai kain dibadan, sampai Jibril bertanya kpd Nabi s.a.w , 'Siapa wanita ini , Ya Muhammad?', (padahal dia tau tapi semata nak muliakan, dia bertanya lagi). Kenapa dia jadi begini? Kata Nabi , 'Ini Khatijah, isteri aku, dia jadi begini kerana kerja dakwah.' Jibril beri tau Allah kirim salam kpdnya dan sebut namanya. Menanggis Khatijah mendengar berita ini.

Semasa Nabi hijrah semua puteri Baginda turut hijrah dan ini termasuk Zainab dan beliau wafat asbab kena tombak sewaktu berhijrah. Apabila Nabi s.a.w menderita kelaparan semua isteri, anak , menantu dan cucu Baginda juga menderita kelaparan asbab kerja ini

Jadi ibu-ibu, kita dah dengar cerita ini. Nabi dah tunjuk bagaimana caranya org lelaki buat usaha dakwah dan Nabi juga telah tunjukkan bagaimana org wanita buat kerja dakwah. Kerana itulah kita keluar jalan Allah dalam jemaah masturat ini utk belajar cara utk menjalankan kerja dakwah yang betul dan kita amalkannya bila balik nanti di tempatan dan rumah kita.

Semua ummat nabi kena libatkan diri dlm kerja ini. Sapa yang ambil kerja nie dia akan dimuliakan. Termasuk lelaki dan wanita. Kata Nabi, 'Wanita yg soleh lebih baik dari 70 lelaki soleh, dan wanita jahat lebih jahat dari 1000 lelaki jahat. '

Utk naikkan iman lelaki kena buat dakwah, begitu juga bagi wanita, tertib yg sama, mereka juga perlu buat dakwah. Tiap-tiap hari mau tingkatkan keimanan dgn cara dakwah. 25 org setiap hari. Wanita berdakwah dlm suasana rumah. Suasana rumah dibentuk oleh wanita , baik wanita itu baiklah suasana rumah. Wanita dan anak-anak sentiasa ada dirumah, dan anak-anak lebih dekat dengan ibu mereka. Sifat ibu biasanya lembut dan sifat bapa pula tegas. Tetapi dgn ini suasana rumah terbentuk bila keduanya ada agama. Kalau keduanya lembut takjadi, begitu juga kalau keduanya keras tak jugak jadi.

Sibapa biasa cakap apa pasal tak buat itu, tak buat ini. Ibu pula lembut beri makan, pakaikan baju dan mandikan anak-anak. Tapi kalau takder agama dlm kelembutan dia akan beri tau anknya, 'Ayah kamu nie asyik-asyik keluar ajer, bukan nak jaga anak isteri, tak bawak makan angin. Jika, bila anak sentiasa dengar ini maka anak mula benci pada bapa mereka dan membesar dgn cara itu. Kesanya anak akan benci dgn usaha agama. Sebaliknya jika ibu menyokong kerja agama, dgn berkata, 'ayah kamu keluar membantu agama Allah, ayah kamu tu baik kerana beri masa utk agama Allah', maka rumah tangga akan harmoni. Mereka membesar dgn menghormati dan menyayangi bapa mereka, bila mereka dewasa, mereka akan buat usaha agama dan cinta dgn usaha ini.

Kerja utama wanita umat ini adalah mewujudkan suasana iman dlm rumah. Utk wujudkan ini tak perlu jadi alimah atau jadi lulusan Universiti Al-Azhar. Setiap wanita boleh wujudkan suasana iman ini.

Bagaimana nak wujudkan suasan iman ini, hah inilah kita keluar 3 hari ini utk belajar. Bagaimana? Sentiasalah berkata-kata pasal iman dlm rumah dlm bahasa yg paling mudah difahami, Bercakaplah ikut tahap yg difahami oleh anak-anak kita ikut usia mereka. Kita boleh bercakap tentang 3 perkara.
1. Apa saja yg dilihat oleh anak-anak, kena beritahu mereka ini ciptaan Allah. Gunung -ganang, lautan, langit, Kapal-terbang yg terbang diudara, logamnya dibuat oleh Allah. Juruterbangnya dibuat oleh Allah. Asuh lidah mereka utk biasakan bercakap kebesaran Allah.

2. Beritau rumah , kediaman ini semuanya adalah pemberian Allah, apa saja dlm rumah itu adalah bukan pemberian ayah, tapi Allah. Bila ayah bawa balik gula-gula, siibu kena tanya kpd anak-anak sapa yg beri gula-gula, maka anak akan jawab ayah yg beri. Ibu kena beritahu perkara sebenarnya bahawa bukan ayah yg beri tapi Allah. Anak mungkin akan cakap lagi ayah yang beri, ibu kena cakap lagi bukan ayah yg beri tapi Allah, sehinggalah melekat dlm hati anak.

Lepas makan ajar anak baca doa utk mensyukuri nikamt makan yg diberikan Allah. Bukan mak dan yah yg beri makan tapi Allah yg beri. Begitu juga bila bangun tidur dan tidur, kena ajar doa pada anak dan beri tau bukan ibu yg tidur dan bangunkan tapi Allah. Dlm segala hal kita cakap Allah. Fikiran dan hati anak-anak kena disemai spt ini. Bahawa Allah Maha Pemberi dan Pemelihara.

3. Bila anak nak sesuatu mereka minta dgn ibu mereka. Ibu kena ajar mereka, ' Mintalah dengan Allah.' Bila anak dtg beri tau mak saya nak kasut baru. Beri tau dia Allah yang beri kasut lama, Allah juga yg beri kasut baru. Beri tau dia, 'Sayang sekarang pergi ambil wuduk, solat hajat 2 rakaat minta dgn Allah.' Kena ajar mereka hingga ini jadi kebiasaan.

Begitu juga,bila anak demam. Apa kita buat? Kalau kita terus pergi klinik, iman anak akan terkesan. Anak akan fikir bila saya sakit ayah akan bawa saya jumpa doktor. Minta tolong dgn doktor. Buat spt diatas beritau anak ambil wudu dan solat dan doa, mak dan ayah pun akan bersolat dan doa supaya Allah sembuhkan. Inilah contoh yg baik. Bila beri sedekah Allah akan hilangkan kesusahan kita. Boleh ambil duit, tapi sedekahkan kpd fakir miskin. Kalau boleh suruh anak kita yang sedekahkan Kemudian barulah jumpa doktor dan minta ubat utk adik. Bukan ubat menyembuhkan tapi Allah.

Suasan iman akan menerbitkan suasana utk bersolat. Masuk 7 tahun anak-anak dah patut solat. Ini apa yg berlaku masa tu, kita suruh dia main-main bila dah 11 atau 12 tahun baru nak suruh, payahlah. Ketika 7 tahun patut diajar bersolat spt yg ditunjuk Nabi. Disamping tu amal lain pun perlu diasuh cara solat yg betul , berwuduk, berzikir, membaca quran. Dan juga berpuasa.

Ibu-ibu perlu solat diawal-waktu. Walaupun kita berkeadaan sibuk, usaha utk sembahyang diawal waktu. Tajamkan doa dengan perbanyakkannya. Bangun tengah-malam utk buat doa khusus. 'Ya Allah, berilah sipolan hidayat, pilehlah saya keluar dijalan Allah, Kuatkanlah masjid kami, keluarkanlah jemaah sempurna dari masjid kami utk dihantar keseluruh alam. Ya Allah perkuatkanlah usaha masturat ditempat kami dan seluruh alam.' Hari-hari mau doa dan harap dgn Allah. Istiqamah dlm solat tahajud, ini wajib bagi dai Allah. Cahaya dlm kubur. Kalau tidak kubur kita gelap nanti.

Begitu juga zikir, tasbihat 300 x pagi dan petang juga perlu utk wujudkan suasan iman dlm rumah.Setiap wanita kena kerjakan setiap hari duduk mengadap qiblat. Perlu tilawah quran hari-hari 1 juzuk Ajarkan juga anak-anak spt itu. Ajar anak-anak membaca quran dgn bertajwid. Atau hantar kpd guru yg pandai. Galakan mereka mentilawah quran dan jadi hafiz. Kalau tak boleh, ajarkan surah lazim yg dibaca dlm solat. Ini tanggung-jawab ibubapa.

Begitu juga sebelum dan selepas suatu kerja ibu perlu amalkan doa masnon dan ajar kpd anak-anak. Tangan sibuk berkerja tapi lidah basah dgn zikir. Suami pergi kerja, anak pergi sekolah, maka ibu boleh mulakan zikr dgn Allah. Masa kosong terluang perlu diisi dgn zikir.

Halqah taklim perlu dibuat setiap hari. Dgn ini seolah Nabi masuk rumah kita dan rahmat akan mencurah masuk. Malaikat akan bertindan sampai kearash Allah mendengar taklim dlm rumah yg ada taklim. Bila rumah ada suasana iman dan takwa maka syaitan akan lari dan malaikat akan masuk. Anak akan mudah dibentuk dgn sifat takwa malaikat. Sgt mustahak hidupkan halqah taklim dirumah. Sekurang-kurangnya 30 minit sempurna termasuk muzakarah 6 sifat. 15 ke 20 minit baca kitab dan 6 sifat, cukupkan 10 minit . Jika ada nenek duduk dirumah, nenek pun perlu muzakarah 6 sifat. Semua ahli rumah kena ada fikir bahawa menyampaikan agama kpd seluruh manusia adalah tanggung-jawab saya.

Taklim dibuat dgn sempurna, pakaian sempurna, masa sempurna. Anak-anak akan tengok contoh kita. Kalau anak tengok ayah baring tak berbaju dan berkufiyah, bila waktu taklim anak lihat ayah bangun pakai baju,kufiyah dan ambil wuduk berjalan kemajlis taklim maka anak-anak akan terkesan . Selepas beberapa hari mereka akan ikut. Bila cakap tentang 6 sifat, ini akan terpahat pada diri anak-anak. Tanamkan sifat pengorbanan dlm diri ahli keluarga.

Halqah taklim kena dibuat dgn istiqamah dirumah utk wujudkan suasana ghairah kpd amal agama. Buat dgn istiqamah, walaupun bila kita balik kampong atau ketempat lain, taklim kena dilakukan, hari-hari. Dgn ini iman akan jadi mantap . Bila iman dah terpahat dlm hati maka ibu-ibu dan anak akan mula menanya kpd bapa tentang agama itu dan ini. Jika usaha atas iman wujud dlm rumah maka keinginan utk melaksanakan perintah Allah akan ada.

Dirumah wanita kena buat dakwah. Dakwah anak, saudara perempuan, adik lelaki dan wanita, semua mahram mereka boleh dakwah. Sediakan lelaki dan wanita buat kerja dakwah. Hari-hari buat dakwah dlm suasana rumah, 25 orang sehari. Tak perlu keluar rumah utk berdakwah. Hanya lelaki sahaja keluar rumah. Masa keluar masturat jadikan dakwah kerja hari-hari, ramai masturat akan dtg maka boleh buat dakwah sampai 25 org sehari. Baru iman meningkat. Lagi lama masa kita keluar 40 hari , 2 bulan ,maka lebih kuat iman kita kerana hari-hari boleh dakwah.

Bila tak keluar, nusrah jemaah yg keluar di tempat berhampiran. Hadhir dgn istiqamah dalam taklim mingguan. Kalau mampu ambil jemaah masuk rumah kita, jadikan rumah masturat keluar 3 hari. Sekarang nie jemaah masturat banyak tapi rumah yg sedia kurang, sediakan diri sendiri dulu baru org lain akan ikut. Ikuti perkembangan usaha masturat. Ziarah ahliah yg ditinggalkan oelh suami yg keluar, bawa buah-tangan. Dengar dgn teliti masaalah mereka dan taghrib, sekira boleh bantu kita bantu.

Jaga kehormatan diri, suami dan rumah-tangga. Taat perintah suami. Elakkan dari bercakap sia-sia. Penuhi masa dgn dakwah. Jangan membazir. Bawa 12 usul yang dipelajari balik dirumah kita. Hari ghast pertama, walaupun hanya suami saja yg buat, tetapi hakikatnya ibu-ibu pun terlibat sama dlm ghast, hidupkan amalan rumah masa itu, zikir, quran, doa , sibukkan diri kita masa itu.

Hidup dengan sederhana, Saidina Uthman kaya, tapi beliau hidup sederhana. Baru boleh beri pengorbanan utk agama lebih. Diri, harta dan masa bukan milek kita tapi milek Allah. Satu ketika seorg jumpa nabi, nak bantuan, nabi kata jumpa Uthman, org itu pergi, sampai dekat rumah dia dengar Uthman sedang memarahi Isterinya kerana membesarkan cahaya lampu rumah. Bila besar cahaya , lebih minyak digunakan. Dia kata macam ini, bagaimana nak beri bantuan, kembali jumpa nabi. Nabi cakap pergi sekali lagi, dia jumpa dan hasilnya, tanpa ragu-ragu dan banyak soal Uthman berinya wang. Contohilah kehidupan spt ini. Sahabat hidup sendiri disederhanakan asalkan hak umat dapat disempurnakan.

Galakkan suami dan anak-anak dewasa keluar dijalan Allah bergilir-gilir. Setiap 3 bulan kena keluar masturat 3hari. Ini dah jadi nisab bagi wanita. Selepas itu azam utk keluar 10 ke 15 hari dan kemudian 40 hari. Beri nama utk pergi negara jauh sikit selama 2 bulan. Keluar 40 hari India, Pakistan atau Bangladesh utk belajar kerja ini secepat mungkin. Wanita yang beri suami keluar jalan Allah, akan dibangkitkan bersama isteri Anbia, Sidiqin, aSyuhada dan Salihin. Wanita yang sediakan bedding utk suami keluar jln Allah akan masuk syurga 500 tahun dahulu daripada suami mereka yg keluar.

Sekian

1 Comments:

Anonymous Ahliahnizam said...

Assalammualaikum wrt wbt ...

Sama2 lah kita berdoa, dapat tiru seperti sahabiah r.anha. Sanggup korban diri untuk agama, Insya-Allah.

Fri May 22, 09:38:00 PM GMT+8  

Post a Comment

<< Home