Tuesday, August 23, 2005

Erti Sebenar Cemerlang, Gemilang & Terbilang

Minggu lepas dalam usaha untuk mengeluarkan jemaah 3 hari sempurna, ana telah buat tasykil pada seorang sahabat.
Kata ana: ‘Sheikh jom kita keluar 3 hari minggu ini (20, 21, & 22/8/2005). Banyak fadhilatnya sheikh’
Jawab kawan ana : ‘Sabtu dan Ahad boleh ler, tapi Hari Isnin ana kena kerja tak boleh cuti’
Kata ana; ‘Kenapa?. ‘Apply’lah cuti, rugi kalau tak keluar penuh.’
Jawab dia: ‘ Boleh dapat cuti, tapi tahun ini nama ana dicalonkan untuk khidmat cemerlang, kena jagalah sikit. Nanti boss tengok asyik-asyik cuti ajer.’
Laa…..

Tiba tarikh itu, masa bayan hidayat dia tak muncul-muncul walaupun dah buat azam untuk keluar Sabtu dan Ahad.

Apakah erti sebenar 'Cemerlang' itu?. Hari ini bila kita dengar nama kita akan dicalonkan sebagai seorang yang berkhidmat cermerlang, kita merasa bangga, dan kita merasakan adalah menjadi tanggungjawab kita memelihara rekod perkhidmatan kita didepan boss supaya kita adalah seseorang yang benar-benar cemerlang.

Kita tak mau jadikan diri kita cemerlang disisi Allah. Kalau kita miss 1 hari atau 3 hari untuk keluar dijalan Allah pada bulan tu kita rasa biasa sahaja dan perasaan bersalah terhadap Allah, Rasul dan Agama tidak dirasakan. Cuba kita bayangkan, katakan yang kita ditakdirkan oleh Allah s.w.t lahir dizaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.a, maka dikumpulan manakah kedudukan kita pada ketika.

Dengan sikap acuh tak acuh kita terhadap urursan agama Allah, adakah mungkin kita boleh berganding bahu dan bersusah-payah bersama Nabi s.a.w dalam menegakkan syiar agama Allah sewaktu itu. Kemungkinan besar dgn sikap kita yg sebegini, kita akan bersekongkol dan sependapat dengan orang munafik dan musyrikin. Juga mungkin kita akan tinggal dibelakang dan melihat dari jauh sahaja akan gerombolan demi gerombolan jemaah muslimin keluar dijalan Allah bersama Nabi s.a.w.

Dizaman Nabi s.a.w, takkala jemaah sedang bersiap-sedia untuk keluar dijln Allah, di Tabuk, telah datang sekumpulan orang munafik dan berkata, ‘ Janganlah kamu keluar sekarang kerana cuaca tersangat panas.’ Allah menurunkan ayat Quran menjawab, ‘ Katakan yang api neraka itu lebih panas.’

Cerminkan diri kita dan ciri-ciri diri orang munafik yang hidup pada zaman Nabi s.a.w. Kita bersembahyang,tapi sembahyang yang bagaimana?. Bila ada masa kita solat dimasjid dgn berjemaah. Bila tiada masa kita sembahyang juga, tapi dirumah. Kita bersembahyang cara Nabi s.a.w ker atau sembahyang ikut nafsu dan cara kita? . Tahukah kita bahawa orang munafik juga bersembahyang, malahan mereka bersembahyang berjemaah di belakang Nabi s.a.w. Cuma bila sembahayang malam sahaja mereka tidak hadhir kerana gelap dan Nabi tidak lihat mereka. Yang tak solat pulak tu, punya banyaknya jgn di ceritalah.

Kita berzikir, Alhamadulillah. Tapi tahukah kita Ibnu Muljam, orang yang membunuh Saidina Ali, ialah ahli zikir. Takkala, hendak dihukum selepas di tangkap dia telah berkata, ‘Kalau kalian nak jalankan hukuman silakan, tetapi satu saja saya minta supaya jangan dipotong lidah saya, kerana saya mahu mati dalam keadaan berzikir kepada Allah. Pada hal Nabi s.a.w telah bersabda ‘Orang yang paling celaka dalam umatku ialah orang yang membunuh Saidina Ali.’

Kita mahukan supaya agama dan bangsa kita cemerlang, tetapi tak mahu mengikuti cara orang yang telah cemerlang yakni sahabat Nabi s.a.w. Kita mahu gemilang, tetapi kita tak mau susah-payah sedikitpun kerana Allah , Rasul dan Agamanya. Isteri tak boleh ditinggalkan walaupun untuk satu hari/ 3hari, harta tak boleh dikorban kerana nanti anak-isteri tak makan dan masa tak boleh dibazirkan walaupun sesaat bagi sebarang perkara yang dikaitkan dengan agama. Tapi kalau kerana kerana dunia boleh. Kita pergi belajar bertahun diluar negara dan tak mengapa kalau tinggalkan anak-isteri.

Kita habiskan duit membeli peralatan mahal, besarkan rumah, tukar kereta setiap tahun utk menunjukkan kehebatan, kekayaan dan terbilangnya kita, kita bazirkan masa berjam-jam di depan TV dan ditapak perayaan sambutan kemerdekaan, tahun baru, Berhala Malaysia (Malaysian Idol), SureHeboh TV3 dan segala bentuk hiburan yang melekakan untuk menunjukan gemilangnya negara kita. Kalau begini sifat dan pandangan kita, boleh kah bangsa dan agama kita menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Mustahil!

Sekiranya semua wawasan kita tidak disertai dan dikaitkan dengan agama Allah maka yang pasti akan jadi pada anak bangsa dan negara kita adalah Tembelang (Penagih dadah/HIV AIDS/Anak-haram), Jembalang (Penyangak kolar-putih/biru) dan Temberang (Pemimpin yang khianat/penting diri-sendiri). Cerah masa depan.

4 Comments:

Blogger Hafizbar said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Sun Sep 25, 02:16:00 PM GMT+8  
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum,
buleh saya tahu email saudara?

mohd hafiz
abdu0087@umn.edu

Sun Sep 25, 02:18:00 PM GMT+8  
Blogger nameless said...

please update your entry. i would love to read it all day..

Sun Oct 30, 08:04:00 AM GMT+8  
Blogger Aris said...

Kita telah dididik sejak zaman penjajah lagi untuk mementingkan diri sendiri. Memang perlu pengorbanan untuk mengembalikan orang kita kepada ajaran Islam yang sebenar.

Tue Jan 24, 12:31:00 PM GMT+8  

Post a Comment

<< Home