Monday, July 18, 2005

Bagaimana Mengawal Nafsu Anda

Dibawah nie diberikan pendoman bagaimana utk mengawal nafsu oleh Maulana Ashraf Ali Thanwi - Bahishti Zewar.

Kaedah Mengawal Nafsu. -Lapangkan sedikit masa diwaktu pagi dan petang ataupun sebelum tidur. Diwaktu ini duduk bersendirian dan lapangkan fikiran anda.

Kemudian berkata kepada diri dan nafsu anda.

Wahai Nafsu! Fahamilah bahawa engkau umpama seorang pedagang didunia ini. Modal kau adalah kehidupan ini dan keuntungannya adalah kau akan dpt keselamatan di akhirat. Jika kau mendapat kekayaan ini, perniagaan kamu akn dikira untung. Jika kamu bazirkan hidup ini dan tak mendapat keselamatan diakhirat, kamu akan rugi besar yang mana modal kamu akan hilang dan juga tak untung. Modal ini sungguh penting setiap saat, juga setiap nafas, mempunyai nilai besar. Tiada harta selainnya yang boleh menyamai modal ini. Alasannya ialah jika seseorg kehilangan hartanya, dia boleh berusaha utk mendapatnya kembali. Tetapi kehidupan ini, walaupun bila terlepas seketikapun ia takkan kembali lagi. Tiada sapa pun boleh hidup balik. Alasan kedua adalah harta takdapt membeli kehidupan, mustahil. Atas maksud ini modal (hidup kamu) adalah sangat-sangat penting.

Wahai nafsu! Bersyukurlah kpd Allah kerana kematian belum dtg kpd kamu lagi kerana kamu pasti akan mati. Allah telah memberi peluang kpd kamu utk hidup sehari lagi. Jika kamu dimatikan sekarang, kamu akan merayu kpd Allah dgn jutaan kali jika Dia memberi kamu 1 hari lagi utk hidup kamu akan membuat taubat nasoha dari segala dosa yang kamu takkan lakukan ia lagi. Dan kamu akan habiskan seluruh hari itu berzikr dan taat kpdnya. Kemudian bayangkan saat kamu hampir nak mati. Oleh kerana kamu mohon Allah beri masa 1 hari lagi, dan Dia izinkan. Jadi kamu harus rancangkan bagaimana kamu nak menggunakan masa 1 hari ini. Dan ini adalah hari terakhir kamu. Bertaubat dari segala dosa, jgn lakukan dosa kecil dan besar. Habiskan seluruh hari dgn berzikr dan takut kpd Allah. Jangan tinggalkan satu pun perintah Allah. Kemudian bila seluruh hari ini dihabiskan dgn cara ini, dan hari esok menjelang, ingat yang ini kemungkinan hari terakhir anda.

Wahai nafsu! Mengapa kamu sangka yg Allah akan ampunkan dosa kamu dan tak azab dan hukum kamu? Bila dia mula mengazab kamu, apa yg kamu akan buat dan bayangkan betapa akan menyesal kamu . Katakanlah dia akan mengampunkan kamu, tetapi kamu takkan dpt ganjaran yang diberi utk org yang melakukan amal-amal kebaikan. Kemudian dgn mata kamu sendiri kamu akan lihat bagaimana org lain diberi hadiah dan kamu tak diberi, dan betapa menyesalnya kamu dan betapa sedihnya kamu? - Jika nafsu kamu bertanya:'Baiklah, apa yg harus aku lakukan?' Beritau padanya yg ia harus meninggalkan amalan dan tabiat itu yakni ia harus meninggalkan semua kesedapan dunia dan yg mungkar. Dan ia harus sekarang mengambil semua amalan yg akan membantunya yakni amalan yg menyukakan Allah. Ia harus menyibukkan diri dgn berzikr dan taat kpd Allah.

Wahai nafsu, dunia ini adalah tempat musafir. Bila bermusafir, semua keadaan tidak selesa. Oleh itu kita haruslah bermujahadah. Bila pengembara samapi dirumahnya barulah dia merasakan keselesaan dan berehat. Jika dia tak mahukan kesusahan dlm pengembaraan, dan ambil keputusan utk berhenti dan berehat, maka dia takkan sampai kedestinasi sepanjang hayatnya. Begitu juga jika kamu hidup didunia ini, kamu harus menanggung semua bentuk kesusahan. Banyakkan usaha dlm ibadah dan jauhi dosa. Akhirat adalah kampung kita. Bila sampai disana, semua kepayahan akan habis. Jika kamu mencari kesenangan disini maka kamu takkan dpt menikmati kesenangan disana. Kalaulah kau fahami jgn sekali inginkan kenikmatan didunia ini.

Dlm masa singkat, nafsu itu akan dikawal kejalan yang lurus jika dilakukan cara ini. Ia harus dilakukan cara ini setiap hari. Ingat, jika kamu tidak ingin perbaiki dirimu dgn cara ini, siapa yg akan bantu utk kebaikan kamu. Sekarang kami telah menerangkan ini kpd kamu, sekarang terpulanglah kepada kamu utk lakukan apa yg kamu sukai.

*Disamping melakukan amalan diatas (amalan menasihati nafsu) , maka satu lagi amalan yakni menyuci dan memperbaiki hati perlu juga dilakukan dengan istiqamah. Amalan ini akan dilampirkan dlm mukasurat akan datang.

Dari Hazrat Thanvi - Kitab Bahishti Zewar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home