Wednesday, April 01, 2009

Bayan Subuh Sri Petaling 28.03.09

Akal dan Naqal


Berikut sedikit sebanyak yang ana dapat catatkan dari bayan subuh di Sri Petaling pada 28 March oleh Maulana Ismail baru-baru ini. Beliau berkata:

'Banyak perintah Allah yang kita lihat adalah bertentangan dengan akal fikiran manusia tetapi tidak bila kita melihat dengan naqal (wahyu illahi). Sebagai contoh kisah Musa a.s, Kaumnya Bani Israel dan Firaun. Apabila Musa dan Bani Israel di kejar oleh Firaun dan tenteranya, sehinggalah di penghujung jalan di Laut Merah. Pada ketika itu akal hanya melihat pada kebinasaan. Kenapa tidak? Kiri-kanan di kelilingi oleh gunung-ganang, di depan laut luas dan di belakang Firaun dan tenteranya, tiada jalan keluar kata akal. Maka berkata kaum Musa (Bani Israel), '..binasalah kita, wahai Musa..' Maka di jawab oleh Musa a.s , '... tidak, sesungguhnya Allah bersama dengan aku'. Akal melihat kenapa Musa ketuk tongkatnya kelaut, ketuk tongkat ke kepala Firaun lagi menafaat..' Tetapi naqal melihat perintah Allah, bila ikut perintah Allah, maka kejayaan yang tak terfikir oleh akal akan pasti datang.

Bani Israel melihat dengan akal tetapi Musa melihat dengan naqal. Ulama mengatakan bahawa dua percakapan yang berbeza antara Musa dan Kaumnya , adalah pandangan naqal dan akal. Kenapa terjadi demikian? Ini adalah kerana 2 perbezaan tingkatan iman antara Nabi yang menjalankan kerja dakwah dan umatnya yang ahli abid sahaja.

Bila Allah mula mencipta bumi ini, pada mula seluruh berasal dari air. Dari air keluar buih, dari buih terbitnya dataran . Tetapi dataran tidak kukuh dna masih bergegar d diatas air . Maka Allah pasakkan bumi dgn gunung-ganang utk kukuhkan bumi. Bila malaikat melihat akan kejadian ini, mereka terpegun dan bertanya pada Allah adakah yg lebih hebat dari ciptaan bumi ini. Allah cakap ada, yakni besi. Lebih hebat dari besi ialah Api. Angin pula lebih hebat dari api. Yang yang lebih hebat dari angin adalah amalan sedekah ikhlas dari anak adam, yang mana tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu. Amalan ini lebih hebat dari bom atom, bom nuklear dan lain-lain. Inilah pandangan naqal dan tidak bagi akal. Amalan sedakah yang ikhlas begitu sekali hebat pada pandangan Allah, apatah lagi sekiranya anak adam itu menjalankan ibu bagi segala amal yakni dakwah, kerja nabi-nabi dan atas maksud semua nabi dihantar ke muka alam ini. Kekuatan yang ada di seluruh dunia in tak lebih dari kekuatan saperti sarang labah-labah (anakabut) pada pandangan naqal 'Allah' saperti diterangkan dalam Al Quran.

Laaa ilahaillallah Muhamadur Rosullullah... Tasykil dibuat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home