Wednesday, May 17, 2006

Dlm Perintah Allah Ada Kejayaan

Kejayaan terletak dlm perintah Allah mengikut cara yang dibuat oleh Nabi-nabinya. Kalau hidup dizaman Nabi Nuh, kejayaan ikut cara Nabi Nuh a.s dan begitu juga dizaman Ibrahim, Musa a.s kejayaan akan bersama kalau ikut cara mereka. Walaupun Nabi-demi Nabi bertukar, tetapi yang menentukan kejayaan adalah dlm perintah Nya ikut cara Nabi tersebut.

Kata Nabi s.a.w apabila melihat sahabat membaca Taurat yang diterjemahkan ke bahasa Arab, 'Sekiranya Musa a.s hidup dizaman aku, nescaya dia pun kena ikut syariat yg dibawa oleh aku dan kena meninggalkan syariat yg dibawa olehnya'.


Semua Nabi-nabi dihantar atas satu maksud, yaitu utk membawa manusia mentauhid dan mengesakan Allah. Erti 'esa' sebenarnya bukan hanya dlm ibadat sahaja, tapi dlam segala segi kehidupan kita harus mentauhidkannya sahaja. Yakin sebenar-benar yakin bahawa Allah menghidupkan, mematikan, memberi menafaat, mudarat dan segalanya. Lihat ular dan tali, dlm hati berkata benda nie tak dpt memberi mudarat dan menafaat kecuali dgn izin Allah. Inilah maksud iman.

Kita hari ini dilatih dari segi jamani, rohani dan akal fikiran dgn cara orang kafir yang tak mempunyai keimanan. Kenapa saya berkata begitu? Tempias penyakit spt ini bukan terkena pd orang awam sahaja malahan juga kpd org yg berilmu spt ustaz-ustaz. Mereka kerap kali yakin dgn usaha mereka benda berubah. Pada hal benda takkan berubah tanpa izin Allah. Atas asbab itulah mereka mengubah-ngubah peraturan Allah mengikut kesesuaian atas slogan utk medapat kejayaan kononnya.

Contohnya Ustazah-ustazah popular diayak duduk diatas pentas utk tontonan umum atas dasar berceramah agama. Bukan ribuan malahan jutaan penduduk dapat melihat betapa merahnya bibir dan betapa halusnya pipinya, betapa turun-naiknya lubang-hidung , betapa lonjongnya jemari ustazah itu sewaktu berceramah agama. Bagi org yang mengkaji rupabentuk badan dpt membayangkan bahagian sulit ustazah itu. Ustaz-ustaz yg terkenal pun membisu seribu bahasa duduk bersebelahan hinggakan mereka dpt menghidu bau tubuh badan ustazah bercampur peluh dan wangian disebabkan suluhan lampu voltan tinggi kamera tv. Semuanya diharuskan atas slogan ' Berceramah Agama'.

Cuba kita tanya balik pada ustazah popular itu, siapa yg lebih arif tentang agama, mereka atau Ummul mukminin Aishah? Pastilah Aishah. Sekiranya orang kata, 'Itu Aisha, mana nak sama dengan kita.' Katakan pada mereka jadi jgn pulak nak bercerita pasal agama sekira kamu tak mampu nak amalkan. Kenapa perlu diubahkan peraturan ditetapkan oleh syarak dimana tempat atau kedudukan wanita. Kenapa tidak diikuti apa yang diamalkan oleh Aishah. Nabi wafat ketika Aisha berusia 17/19 tahun dan Aisha wafat ketika usia 63 tahun. Apakah amalan Aisha ketika hayatnya, apakah beliau juga diayak keseluruh dunia saperti apa yang diperbuat oleh ustazah popular itu? Kajilah sejarah beliau, jangan jadi pak turut bila lihat org lakukan maka kita lakukan. Khususnya jika yg memperlakukan itu adalah ustazah

Tuan-tuan renunglah kata saya benar ke tidak. Saya tunggu jawapan org yg prihatin. Sekian.


1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

apabila diri kita sudah buat 99 kebaikan dan 1 keburukan, pandang tajam pada 1 keburukan yang masih kita miliki. tapi pabila orang lain sudah buat 99 keburukan dan ada tersedik 1 kebaikan , pandang tajam hanya pada kebaikan yang ia miliki

Mon Dec 18, 09:56:00 AM GMT+8  

Post a Comment

<< Home