Thursday, June 30, 2005

Qasidah Maulana Jamee Rah.

Maulana Zakaria rah. menerangkan mengenai kisah ini dlm Fadhilat Selawat:

Bila Maulana Jamee pergi menunaikan haji, dia telah bercadang utk membaca qasidah (syair) ini di kuboran Nabi s.a.w bagi meluahkan rasa cintanya kpd Nabi s.a.w.

Kuburan Suci Nabi s.a.w

(1. Nabi s.a.w 2. Abu Bakar r.a 3. Umar r.a)

***************************

Wahai bunga yang indah! Gembirakan kami dengan harumanmu,

Bangunlah dari mimpi indah mu dan cahayakan hati kami.

Wahai Nabi Allah! Keluarlah dari kubah hijau menuju ke lapangan dan berjalanlah dengan kaki mu diatas kepala kami.

Wahai Nabi Allah! Tolongilah kami yang hina dan tak berdaya dan tenteramkan hati kekasih mu ini.

Alangkah bertuahnya kami dapat menziarahi mu dan gunakan debuan di jalan-jalan mu sebagai serbuk celak mata.

Alangkah bertuahnya kami berpusing-pusing di kuburan suci dan kubah hijau saperti orang gila, dan untuk menanggis pilu.

Walaupun debuan dan tanah itu adalah memudaratkan mata tetapi hajat kami menjadikannya sebagai celak untuk mata.

Aku keletihan dengan nafsu yang tak pernah puas.

Wahai Nabi Allah! Kasih dan sayanglah atas hamba yg hina ini.

Jika kau tak peduli akan hamba yang lemah dan hina ini, maka rugilah kami

************************

Dalam perjalanan, pemimpin Mekah bermimpi Nabi s.a.w berkata kpdnya, " Jangan biarkan dia pergi ke Madinah." Maka arahan dikeluarkan melarang beliau masuk ke Madinah. Bagaimana pun beliau meneruskan perjalanan ke Madinah secara rahsia. Pemimpin Mekah bermimpi sekali lagi, yang mana Nabi s.a.w berkata, ' Dia telah berangkat menuju Madinah, jangan biarkan dia masuk.' Atas ini maka Maulana Jamee di bawa balik ke Mekah dan dipenjara.
Nabi s.a.w datang lagi dalam mimpi pemimipin Mekah itu dan berkata, 'Dia tak bersalah. Dia telah menggubah beberapa syair utk ku dan bercadang mengalunkannya di kuburan ku. Jika dia membacanya disana, aku akan mengeluarkan tanganku untuk bersalaman dengannya dan ini akan menyebabkan kejadian pelik dikhalayak ramai.'
Untuk dengar click di sini - 'Qasidah Burdah'.
Qasidah Burdah (Poem of The Scarf) yang indah penuh dengan pujian atas Nabi s.a.w. Qasidah ini ditulis oleh Allama Busairy utk meluahkan cintanya kpd Nabi s.a.w.

Thursday, June 23, 2005

Sri Petaling E-Newsletter 06/05

Rabu 22/06/05

Sebelum maghrib

* Usaha atas org bisu. Setiap mohalla balik utk fikir atas ini. 2 perkara diberi perhatian
1. Usaha atas org bisu 2. usaha utk mencari penterjemah org bisu
* Penterjemah bahasa malam sabguzari. Beberapa org tlh dilantik utk terjemah bahasa Urdu, Inggeris, Arab.
* Route jemaah 40H di Kuala Selangor diputuskan
* Pengambil karguzari jemaah masturat 3H (5 jemaah) yg keluar minggu 18,19,20/6 diputuskan - Cikgu Idris dan Hj Ghazi. Waktu lepas Isyak 22/6.

Lepas maghrib

* Jor fikirman IPT.
Tempat Jor: Madrasah Tahfiz, Janda Baik Bentong
Tarikh: 30/7 - 31/7 (Zohor ke Zohor)
Maksud jor :
1. Fikirman pelajar dpt buat usaha dgn gigih dan istiqamah .2. Jadi penggerak dan pemimpin. Markaz minta nama fikirman pelajar utk jemputan. Khamis depan utk bincang nama dan usaha.

* Nama-nama azam yang diberi oleh halqah utk mereka yg akan keluar.
Usaha akan dibuat utk usuli. Semua senerai nama yg dicadangkan akan dibawa pada Ahad ini di markaz utk bincang kaedah usaha/tasykil. Waktu usaha 9.00 pagi (hidayat) hingga 9.00 malam. HAlqah diminta sediakan org dan route akan diputuskan. Karguzari kerja Rabu depan.
* Jemaah London akan pulang awal Julai. Route sebelum pulang mulai 21/6- Serdang 3Hari, Bandar baru Bangi 3hari, Surau Watson Kg BAru 3hari. 30/6 bersamaan Khamis lepas maghrib Jor X UK akan dibuat di SP. Semua X UK digalakan dtg.
* Jemaah 3 Hari masturat bulan Julai- Tarikh keluar 2/3/4. Org tanggungjawab masturat bulan Julai Hj Jamaluddin dan Abd Rahman Mensen. Apa yg berkaitan contact org ini. Setiap halqah diminta sediakan 2 route utk minggu 1 dan 2 , route jemaah masturat. Bai Khalid kata oleh kerana mulai bulan Julai, cuti sabtu ahad, kemungkinan tiap-tiap minggu jemaaah masturat akan keluar. Bincang tentang ini Rabu depan.
* Khidmat Parking, Jornawala, Keselamatan dan Kebersihan di putuskan
* Jemaah pedal Pakistan 1 tahun , minta route. Lepas Isyak mesyuaratkan

Tuesday, June 14, 2005

Wasiat Nabi Sebelum Wafat, "Usirkan Orang-orang Kafir Dari Tanah Arab"

Abu Hurairah berkata: Semasa kami di masjid, Nabi s.a.w telah keluar dan berkata, "Ikut aku menemui orang Yahudi," Jadi kami telah keluar bersamanya dan sampai kesebuah rumah dimana mereka sedang membaca kitab mereka, dan Nabi s.a.w berkata semasa berdiri, "Jika kamu orang-orang Yahudi menerima Islam, kamu akan selamat. Ketahuilah bahawa tanah ini milek Allah dan Rasulnya s.a.w, dan aku bercadang utk memindahkan kamu dari tanah ini; jadi sesiapa yang ada harta (yg dia tak boleh bawa pergi) mesti menjualnya." Sahih Bukhari (P449, Vol 1).Sahih Muslim, (P94, Vol.2). Mishkat, (P865).

Ibn Abbas berkata Nabi s.a.w telah memberi 3 arahan sebelum baginda wafat, mengatakan, "Usirkan orang-orang kafir dari Tanah Arab; beri pampasan saperti mana saya telah lakukan." Ibn Abbas berkata samada baginda tidak sebut perintah ke3 itu ataupun saya lupa.Saheeh Bukhari, (p449, Vol.1.). Mishkat, (p865). Saheeh Muslim.

Jabir Bin Abdullah berkata dia di beritahu oleh Umar Al khattab r.a bahawa dia mendengar Nabi s.a.w berkata, "Aku sudah pasti akan mengusir orang-orang Yahudi dan Kristian dari Tanah Arab supaya yang tinggal hanya orang Islam sahaja di dalamnya."

Muslim menyampaikan, Satu riwayat lain bahawa, "Jika aku hidup, dgn izin Allah, Aku sudah pasti akan mengusir orang-orang Yahudi dan Kristian dari Tanah Arab." Saheeh Muslim, (p24, Vol.2). Mishkat, (p866).

Ibn Umar berkata bahawa, 'Umar Al Khattab memindahkan orang-orang Yahudi dan Kristian dari Tanah Hijaz dan bila Nabi s.a.w mencapai kemenangan di Khybar dia bercadang mengusir Yahudi daripadanya, kerana bila tanah itu ditawan ia milek Allah, Nabi s.a.w dan orang Islam. Tetapi orang Yahudi telah memohon kpd Nabi s.a.w supaya membiarkan mereka dengan syarat mereka akan melakukan semua penanaman dan ambil sebhg dari hasilnya, dan dia berkata, "Kami akan memutuskan kamu mengikut syarat kami selagi mana kami kehendaki." Jadi mereka berada disitu sehinggalah Umar memindahkan mereka semasa pemerintahannya dari Taima ke Jericho. Bukhari and Muslim. Mishkat, (p866).

Ibn Umar menerangkan ' Umar telah berdiri utk berucap dan berkata, "Pesuruh Allah s.a.w menggajikan orang Yahudi Khaybar untk mengerjakan harta mereka dan memberitahu bahawa dia akan tentukan kedudukan mereka selagi mana Allah kehendaki; dan saya sekarang saya nampak masa yang sesuai untuk memindahkan mereka." Bila Umar membuat keputusan itu, seorg dari Bani Abul Huqaiq tlh dtg menemui beliau dan berkata, "Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau mengusir kami padahal Muhammad s.a.w telah menetapkan kami atas harta ini dan menggajikan kami utk mengerjakannya?" Umar menjawab, " Adakah kamu fikir aku telah lupa apa yg Nabi s.a.w telah katakan bila dia bertanya bagaimana rasanya bilamana kamu diusir dari Khybar, unta kamu berlarian disamping kamu malam demi malam?". Yahudi berkata," Ini hanyalah satu gurauan dari Abul Qasim (nama timangan Nabi s.a.w), kemudiannya, Umar membalas,"Kamu penipu, wahai musuh Allah." Dia kemudian memindahkan mereka, dengan memberi nilaian buahan yg mereka punyai dlm bentuk duit, unta-unta dan barangan saperti pelana, tali dll. Bukhari . Mishkat, (p865).

Monday, June 13, 2005

Susahnya Bekerja Sebagai Malaikat Maut

Semua org tahu siapa itu Malaikat Maut. Beliau adalah malaikat yang ditugaskan utk mencabut nyawa. Bila dengar nama beliau, tiada seorang manusia pun yang takut, macam takder apa-apa. Baik bila dengar masa majlis ilmu ataupun dlm bayan, biasak ajer. Tapi bila berjumpa, masa tu time nak kena halau dari dunia nie, baru depa tau.

Yg kita tau beliaulah, penyebab manusia menanggis. Tapi tahukah kita betapa susahnya profession beliau? Kerja beliau mencabut nyawa bukan mudah terutamanya org V.I.P.

1. Peristiwa Malaikat Maut ditampar oleh Musa a.s

Cerita beliau ditampar sewaktu menjalankan tugas.

Abu Huraira meriwayatkan dalam Sahih Bukhari:

Malaikat maut dihantar berjumpa Musa a.s. Bila dia pergi kpdnya Musa telah menamparnya hingga parah, yg mana telah merosakkan salah satu dari matanya(Satu riwayat lagi mengatakan sangat parah hingga terkeluar biji matanya akibat pukulan dari Musa a.s). Dia kembali berjumpa Allah dan berkata, "Kau hantar aku kepada hamba yang tak mau mati." Allah memulihkan matanya dan berkata, " Pergi balik dan beri tahu pada dia supaya letakkan tangannya diatas belakang seekor seladang (Ox), dan dia dibenarkan hidup utk bilangan tahun yang sama dengan bilangan bulu yang melekat pada di tangannya." Jadi malaikat maut itupun pergi kpd Musa memberi tahu akan keputusan Allah.

Kemudian Musa bertanya, " Wahai Tuhanku, Apa akan jadi selepas itu?" Allah berkata, "Kematianmu." Musa berkata,"(Kalau begitu biarlah ia berlaku) Sekarang." Dia bermohon kpd Allah supaya membawa dirinya berhampiran keTanah Haram sejarak balingan satu batu. Nabi s.a.w berkata, "Sekiranya aku disana, akan ku tunjukkan kpdmu jalan kekubur Musa a.s dekat bukit pasir merah." Sahih Bukhari, Volume 2, Book 23, Number 423:

Tuesday, June 07, 2005

Puisi Terbuka Buat Mu

Puisi 1: Pintu Langit

Dimanakah Dikau Wahai Kekasih
Tunjukilah aku dalam pencarian ini
Tunjukilah aku akan Dikau

Aku tahu
Saban malam kau turun di pintu bertanya
Adakah sesiapa yg meminta utk Kau tunaikan hajatnya

Salah aku Wahai Kekasih
Kerana sibuk didalam hajat-hajat dan sujud
Kehadiran Mu tidak ku sedari

Maafkan aku Wahai Kekasih
Aku tahu pintu itu ada dan sentiasa terbuka
Dan Kau muncul di depannya setiap malam

Terkadang terlena aku menanti Mu
Terkadang terlambat aku menghadirkan diri
Hingga laungan azan subuh kedengaran

Dan Kau kembali
Tinggalkan aku kerinduan
Menanti esok malam

Hatiku hangus kerinduan
Membakar tidurku
Tak sabar aku dalam penantian ini

Wahai siang
Jangan kau muncul
Supaya Kekasihku sentiasa dipintu itu

Mungkin malam ini kita kan bertemu
Akan ku sibuk merenung pintu itu
Hajatku satu, bertemu denganmu

Dimanakah Dikau Wahai Kekasih

Monday, June 06, 2005

Wanita - Pencetus Kemuliaan Ummah

Nahmaduhu wa nusalli a'la rosullihilkarim

Tuan-tuan/ puan-puan yang dimuliakan oleh Allah Ta'ala.

Banyak penciptaan Allah adalah berpasangan.
Langit pasangannya bumi, syurga neraka, siang malam, senang susah, sihat sakit. Allah juga menciptakan manusia yakni Allah ciptakan lelaki dan pasangannya wanita.

Tiada wanita tiada lelaki, kecuali Adam a.s tanpa ibu. Itupun Adam a.s, Allah jadikan pasangannya adalah Hawa, ibu kpd seluruh manusia.

Hadrat Muhammad Mustafa s.a.w dihantar oleh Allah kepada manusia bukan hanya kpd lelaki bahkan kepada wanita jua. Dia, penutup dan penghulu Nabi dihantar utk mengajar kpd lelaki dan juga dihantar kpd wanita.

Begitu juga ummatnya, sebagaimana sahabat dihantar membawa manusia kpd Allah, Sahabiah juga tidak kurang drpd itu, mereka mendakwahkan manusia kpd Allah. Hadrat Umar mendapat hidayat drpd adik perempuannya yg bernama Fatimah, Hadrat Uthman r.a dari pada ibu saudaranya bernama Sa'adah. kata Uthman 'bila aku pulang kerumah kulihat ibuku Sa'adah sedang duduk-duduk dan bila ia melihat akan aku, dia pun mendakwahkan aku kpd Islam, kemudian aku berjumpa dengan Abu Bakr dan Abu Bakr kata apa yg diberitahu oleh makcikku ibu benar dan aku memeluk islam ditangan Nabi s.a.w'

Ikramah anak Abu Jahal masuk islam dari isterinya Hendon. Amr bin Al As melalui dakwah makciknya. Ummu Sharif pula yakni wanita yg meminum air dari timba yg turun dari langit, Mekah jadi kelam kabut kerana mereka lihat ramai wanita quraish masuk Islam, bila disiasat ini gara-gara beliau menjalankan dakwah dan dia ditangkap. Sumaiyah wanita pertama syahid. Khatijah isteri Nabi, pembantu setia Nabi s.a.w dlm kerja dakwah, dia jatuh miskin hingga harta semuanya habis dibelanjakan utk kerja dakwah. Masa mati hanya sehelai kain dibadan, sampai Jibril bertanya kpd Nabi s.a.w , 'Siapa wanita ini , Ya Muhammad?', (padahal dia tau tapi semata nak muliakan, dia bertanya lagi). Kenapa dia jadi begini? Kata Nabi , 'Ini Khatijah, isteri aku, dia jadi begini kerana kerja dakwah.' Jibril beri tau Allah kirim salam kpdnya dan sebut namanya. Menanggis Khatijah mendengar berita ini.

Semasa Nabi hijrah semua puteri Baginda turut hijrah dan ini termasuk Zainab dan beliau wafat asbab kena tombak sewaktu berhijrah. Apabila Nabi s.a.w menderita kelaparan semua isteri, anak , menantu dan cucu Baginda juga menderita kelaparan asbab kerja ini

Jadi ibu-ibu, kita dah dengar cerita ini. Nabi dah tunjuk bagaimana caranya org lelaki buat usaha dakwah dan Nabi juga telah tunjukkan bagaimana org wanita buat kerja dakwah. Kerana itulah kita keluar jalan Allah dalam jemaah masturat ini utk belajar cara utk menjalankan kerja dakwah yang betul dan kita amalkannya bila balik nanti di tempatan dan rumah kita.

Semua ummat nabi kena libatkan diri dlm kerja ini. Sapa yang ambil kerja nie dia akan dimuliakan. Termasuk lelaki dan wanita. Kata Nabi, 'Wanita yg soleh lebih baik dari 70 lelaki soleh, dan wanita jahat lebih jahat dari 1000 lelaki jahat. '

Utk naikkan iman lelaki kena buat dakwah, begitu juga bagi wanita, tertib yg sama, mereka juga perlu buat dakwah. Tiap-tiap hari mau tingkatkan keimanan dgn cara dakwah. 25 org setiap hari. Wanita berdakwah dlm suasana rumah. Suasana rumah dibentuk oleh wanita , baik wanita itu baiklah suasana rumah. Wanita dan anak-anak sentiasa ada dirumah, dan anak-anak lebih dekat dengan ibu mereka. Sifat ibu biasanya lembut dan sifat bapa pula tegas. Tetapi dgn ini suasana rumah terbentuk bila keduanya ada agama. Kalau keduanya lembut takjadi, begitu juga kalau keduanya keras tak jugak jadi.

Sibapa biasa cakap apa pasal tak buat itu, tak buat ini. Ibu pula lembut beri makan, pakaikan baju dan mandikan anak-anak. Tapi kalau takder agama dlm kelembutan dia akan beri tau anknya, 'Ayah kamu nie asyik-asyik keluar ajer, bukan nak jaga anak isteri, tak bawak makan angin. Jika, bila anak sentiasa dengar ini maka anak mula benci pada bapa mereka dan membesar dgn cara itu. Kesanya anak akan benci dgn usaha agama. Sebaliknya jika ibu menyokong kerja agama, dgn berkata, 'ayah kamu keluar membantu agama Allah, ayah kamu tu baik kerana beri masa utk agama Allah', maka rumah tangga akan harmoni. Mereka membesar dgn menghormati dan menyayangi bapa mereka, bila mereka dewasa, mereka akan buat usaha agama dan cinta dgn usaha ini.

Kerja utama wanita umat ini adalah mewujudkan suasana iman dlm rumah. Utk wujudkan ini tak perlu jadi alimah atau jadi lulusan Universiti Al-Azhar. Setiap wanita boleh wujudkan suasana iman ini.

Bagaimana nak wujudkan suasan iman ini, hah inilah kita keluar 3 hari ini utk belajar. Bagaimana? Sentiasalah berkata-kata pasal iman dlm rumah dlm bahasa yg paling mudah difahami, Bercakaplah ikut tahap yg difahami oleh anak-anak kita ikut usia mereka. Kita boleh bercakap tentang 3 perkara.
1. Apa saja yg dilihat oleh anak-anak, kena beritahu mereka ini ciptaan Allah. Gunung -ganang, lautan, langit, Kapal-terbang yg terbang diudara, logamnya dibuat oleh Allah. Juruterbangnya dibuat oleh Allah. Asuh lidah mereka utk biasakan bercakap kebesaran Allah.

2. Beritau rumah , kediaman ini semuanya adalah pemberian Allah, apa saja dlm rumah itu adalah bukan pemberian ayah, tapi Allah. Bila ayah bawa balik gula-gula, siibu kena tanya kpd anak-anak sapa yg beri gula-gula, maka anak akan jawab ayah yg beri. Ibu kena beritahu perkara sebenarnya bahawa bukan ayah yg beri tapi Allah. Anak mungkin akan cakap lagi ayah yang beri, ibu kena cakap lagi bukan ayah yg beri tapi Allah, sehinggalah melekat dlm hati anak.

Lepas makan ajar anak baca doa utk mensyukuri nikamt makan yg diberikan Allah. Bukan mak dan yah yg beri makan tapi Allah yg beri. Begitu juga bila bangun tidur dan tidur, kena ajar doa pada anak dan beri tau bukan ibu yg tidur dan bangunkan tapi Allah. Dlm segala hal kita cakap Allah. Fikiran dan hati anak-anak kena disemai spt ini. Bahawa Allah Maha Pemberi dan Pemelihara.

3. Bila anak nak sesuatu mereka minta dgn ibu mereka. Ibu kena ajar mereka, ' Mintalah dengan Allah.' Bila anak dtg beri tau mak saya nak kasut baru. Beri tau dia Allah yang beri kasut lama, Allah juga yg beri kasut baru. Beri tau dia, 'Sayang sekarang pergi ambil wuduk, solat hajat 2 rakaat minta dgn Allah.' Kena ajar mereka hingga ini jadi kebiasaan.

Begitu juga,bila anak demam. Apa kita buat? Kalau kita terus pergi klinik, iman anak akan terkesan. Anak akan fikir bila saya sakit ayah akan bawa saya jumpa doktor. Minta tolong dgn doktor. Buat spt diatas beritau anak ambil wudu dan solat dan doa, mak dan ayah pun akan bersolat dan doa supaya Allah sembuhkan. Inilah contoh yg baik. Bila beri sedekah Allah akan hilangkan kesusahan kita. Boleh ambil duit, tapi sedekahkan kpd fakir miskin. Kalau boleh suruh anak kita yang sedekahkan Kemudian barulah jumpa doktor dan minta ubat utk adik. Bukan ubat menyembuhkan tapi Allah.

Suasan iman akan menerbitkan suasana utk bersolat. Masuk 7 tahun anak-anak dah patut solat. Ini apa yg berlaku masa tu, kita suruh dia main-main bila dah 11 atau 12 tahun baru nak suruh, payahlah. Ketika 7 tahun patut diajar bersolat spt yg ditunjuk Nabi. Disamping tu amal lain pun perlu diasuh cara solat yg betul , berwuduk, berzikir, membaca quran. Dan juga berpuasa.

Ibu-ibu perlu solat diawal-waktu. Walaupun kita berkeadaan sibuk, usaha utk sembahyang diawal waktu. Tajamkan doa dengan perbanyakkannya. Bangun tengah-malam utk buat doa khusus. 'Ya Allah, berilah sipolan hidayat, pilehlah saya keluar dijalan Allah, Kuatkanlah masjid kami, keluarkanlah jemaah sempurna dari masjid kami utk dihantar keseluruh alam. Ya Allah perkuatkanlah usaha masturat ditempat kami dan seluruh alam.' Hari-hari mau doa dan harap dgn Allah. Istiqamah dlm solat tahajud, ini wajib bagi dai Allah. Cahaya dlm kubur. Kalau tidak kubur kita gelap nanti.

Begitu juga zikir, tasbihat 300 x pagi dan petang juga perlu utk wujudkan suasan iman dlm rumah.Setiap wanita kena kerjakan setiap hari duduk mengadap qiblat. Perlu tilawah quran hari-hari 1 juzuk Ajarkan juga anak-anak spt itu. Ajar anak-anak membaca quran dgn bertajwid. Atau hantar kpd guru yg pandai. Galakan mereka mentilawah quran dan jadi hafiz. Kalau tak boleh, ajarkan surah lazim yg dibaca dlm solat. Ini tanggung-jawab ibubapa.

Begitu juga sebelum dan selepas suatu kerja ibu perlu amalkan doa masnon dan ajar kpd anak-anak. Tangan sibuk berkerja tapi lidah basah dgn zikir. Suami pergi kerja, anak pergi sekolah, maka ibu boleh mulakan zikr dgn Allah. Masa kosong terluang perlu diisi dgn zikir.

Halqah taklim perlu dibuat setiap hari. Dgn ini seolah Nabi masuk rumah kita dan rahmat akan mencurah masuk. Malaikat akan bertindan sampai kearash Allah mendengar taklim dlm rumah yg ada taklim. Bila rumah ada suasana iman dan takwa maka syaitan akan lari dan malaikat akan masuk. Anak akan mudah dibentuk dgn sifat takwa malaikat. Sgt mustahak hidupkan halqah taklim dirumah. Sekurang-kurangnya 30 minit sempurna termasuk muzakarah 6 sifat. 15 ke 20 minit baca kitab dan 6 sifat, cukupkan 10 minit . Jika ada nenek duduk dirumah, nenek pun perlu muzakarah 6 sifat. Semua ahli rumah kena ada fikir bahawa menyampaikan agama kpd seluruh manusia adalah tanggung-jawab saya.

Taklim dibuat dgn sempurna, pakaian sempurna, masa sempurna. Anak-anak akan tengok contoh kita. Kalau anak tengok ayah baring tak berbaju dan berkufiyah, bila waktu taklim anak lihat ayah bangun pakai baju,kufiyah dan ambil wuduk berjalan kemajlis taklim maka anak-anak akan terkesan . Selepas beberapa hari mereka akan ikut. Bila cakap tentang 6 sifat, ini akan terpahat pada diri anak-anak. Tanamkan sifat pengorbanan dlm diri ahli keluarga.

Halqah taklim kena dibuat dgn istiqamah dirumah utk wujudkan suasana ghairah kpd amal agama. Buat dgn istiqamah, walaupun bila kita balik kampong atau ketempat lain, taklim kena dilakukan, hari-hari. Dgn ini iman akan jadi mantap . Bila iman dah terpahat dlm hati maka ibu-ibu dan anak akan mula menanya kpd bapa tentang agama itu dan ini. Jika usaha atas iman wujud dlm rumah maka keinginan utk melaksanakan perintah Allah akan ada.

Dirumah wanita kena buat dakwah. Dakwah anak, saudara perempuan, adik lelaki dan wanita, semua mahram mereka boleh dakwah. Sediakan lelaki dan wanita buat kerja dakwah. Hari-hari buat dakwah dlm suasana rumah, 25 orang sehari. Tak perlu keluar rumah utk berdakwah. Hanya lelaki sahaja keluar rumah. Masa keluar masturat jadikan dakwah kerja hari-hari, ramai masturat akan dtg maka boleh buat dakwah sampai 25 org sehari. Baru iman meningkat. Lagi lama masa kita keluar 40 hari , 2 bulan ,maka lebih kuat iman kita kerana hari-hari boleh dakwah.

Bila tak keluar, nusrah jemaah yg keluar di tempat berhampiran. Hadhir dgn istiqamah dalam taklim mingguan. Kalau mampu ambil jemaah masuk rumah kita, jadikan rumah masturat keluar 3 hari. Sekarang nie jemaah masturat banyak tapi rumah yg sedia kurang, sediakan diri sendiri dulu baru org lain akan ikut. Ikuti perkembangan usaha masturat. Ziarah ahliah yg ditinggalkan oelh suami yg keluar, bawa buah-tangan. Dengar dgn teliti masaalah mereka dan taghrib, sekira boleh bantu kita bantu.

Jaga kehormatan diri, suami dan rumah-tangga. Taat perintah suami. Elakkan dari bercakap sia-sia. Penuhi masa dgn dakwah. Jangan membazir. Bawa 12 usul yang dipelajari balik dirumah kita. Hari ghast pertama, walaupun hanya suami saja yg buat, tetapi hakikatnya ibu-ibu pun terlibat sama dlm ghast, hidupkan amalan rumah masa itu, zikir, quran, doa , sibukkan diri kita masa itu.

Hidup dengan sederhana, Saidina Uthman kaya, tapi beliau hidup sederhana. Baru boleh beri pengorbanan utk agama lebih. Diri, harta dan masa bukan milek kita tapi milek Allah. Satu ketika seorg jumpa nabi, nak bantuan, nabi kata jumpa Uthman, org itu pergi, sampai dekat rumah dia dengar Uthman sedang memarahi Isterinya kerana membesarkan cahaya lampu rumah. Bila besar cahaya , lebih minyak digunakan. Dia kata macam ini, bagaimana nak beri bantuan, kembali jumpa nabi. Nabi cakap pergi sekali lagi, dia jumpa dan hasilnya, tanpa ragu-ragu dan banyak soal Uthman berinya wang. Contohilah kehidupan spt ini. Sahabat hidup sendiri disederhanakan asalkan hak umat dapat disempurnakan.

Galakkan suami dan anak-anak dewasa keluar dijalan Allah bergilir-gilir. Setiap 3 bulan kena keluar masturat 3hari. Ini dah jadi nisab bagi wanita. Selepas itu azam utk keluar 10 ke 15 hari dan kemudian 40 hari. Beri nama utk pergi negara jauh sikit selama 2 bulan. Keluar 40 hari India, Pakistan atau Bangladesh utk belajar kerja ini secepat mungkin. Wanita yang beri suami keluar jalan Allah, akan dibangkitkan bersama isteri Anbia, Sidiqin, aSyuhada dan Salihin. Wanita yang sediakan bedding utk suami keluar jln Allah akan masuk syurga 500 tahun dahulu daripada suami mereka yg keluar.

Sekian

Siri Ketekunan Sahabat r.a Mencontohi Cara Hidup Nabi s.a.w

Siri Tekun 1 - Abdullah Ibnu Umar r.a

Abdullah Ibnu Umar adalah anak kpd Umar r.a dan salah seorang sahabat Nabi s.a.w. Semenjak usia mudanya dia tlh menunjukkan minatnya terhadap Nabi s.a.w dan sentiasa bersama baginda. Masuk Islam ketika berusia 10 tahun dan berhijrah bersama bapanya dan kakaknya, Hafsah r.a (isteri nabi s.a.w). Masa perang badr beliau dilarang berperang bersama, hinggalah masa perang khandak dia dibenarkan ketika berusia 15 tahun. Beliau dikenali dikalangan muslim sebagai ' Orang baik, Anak Orang Baik'. Tinggi ilmunya, pemurah, rendah-diri, tekun beribadah. Sangat tekun menjalani sunnah Nabi s.a.w , dgn teliti dan melihat akan amalan baginda dgn penuh ketaatan.

Contohnya,
1. jika beliau melihat Nabi s.a.w bersolat di sesuatu tempat, beliau kemudiannya akan bersolat ditempat yg sama.
2. jika lihat Nabi s.a.w berdoa semasa berdiri, beliau pun akan berdoa dgn berdiri.
3. jika lihat Nabi s.a.w berdoa semasa duduk, beliau pun akan berdoa dgn duduk.
4. dalam perjalanan , jika Nabi s.a.w turun dari untanya disuatu tempat dan bersolat 2 rakaat, dikala yang lain jika beliau melalui kembali dikawasan itu tanpa Nabi beliau akan turun bersolat ditempat yg sama Nabi lakukan.
5. di tempat tertentu di Mekah, beliau melihat unta Nabi s.a.w melakukan 2 pusingan lengkap sebelum Nabi turun dan sembahyang 2 rakaat, dikala yag lain beliau akan melakukan perkara yg sama dan bersembahyang tepat ditempat yg sama.

Aishah berkata beliau melihat ketaatan Abdullah kpd Nabi s.a.w dan berkata ' tiada seorang pun yang dapat mengikuti contoh nabi s.a.w spt yang dibuat oleh Abdullah, semuga Allah merahmatinya dan beri keselamatan padanya.

Walaupun beliau tekun mengikuti Nabi s.a.w tetapi beliau sangat takut utk meriwayatkan perkataan Nabi s.a.w. Dia hanya meriwayatkan perkara yg beliau sungguh pasti sahaja akan ucapan nabi s.a.w satu persatu. Tidak tambahan atau berbeda sedikit pun. Dan tida org setiliti beliau.

Beliau juga sgt berhati-hati dan berat-hati utk mengeluarkan fatwa. Satu ketika seseorg dtg bertanyanya tentang suatu perkara. Abdullah mengatakan, ' Aku tiada pengetahuan tentang pertanyaan kau itu'. Lelaki itu meninggalkanya dan Abdullah menepuk pehanya dan berkata dgn dirinya:' Anak siUmar telah ditanyakan tentang sesuatu yg dia tidak tahu dan di berkata: Saya tidak tau'. Kerana sifat inilah beliau menolak utk menjadi Qadhi yg di tawarkan oleh Khaliah Usman walaupun beliau berkelayakkan utknya.

Abdullah juga dikenali sebagai ' Saudara Kpd Malam.' Dia akan berjaga dimalam hari utk bersolat, menanggis, membaca quran dan memohon ampun kpd Allah. Satu ketika Nabi s.aw berkata kd Hafsah bahawa Abdullah adalah org yang dirahmati, tapi kalau ia bangun malam dia akan lebih dirahmati. Sejak hari itu dia tidak pernah tertinggal qiamulailnya samada dirumah maupun dlm perjalanan.

Saperti ayahnya, airmata beliau mudah sangat mengalir terutamanya ketika mendengar akan ayat suci al-quran.

Bila beliau hampir wafat dan anaknya mengingatkannya akan semua amalan baik yang dilakukan bersama Nabi s.a.w dan sahabat. Dia memberitahunya, 'Diam, Tidakkah kau tahu siapa yang Allah terima akan dia? Sesungguhnya Allah hanya menerima org yang bertakwa (Al-Muttaqun)"

Thursday, June 02, 2005

Sri Petaling E-Newsletter 05/05

Rabu 01/06/2005.

Sebelum maghrib:

Karguzari jemaah bergerak.
1. Jemaah Zambia: Keramat sedia ambil selama 14 hari
2. Jemaah Yaman: Sekarang berada di Surau Banda Baru Bangi
3. Jemaah Bangladesh : Sekarang berada di Taman Chahaya, Kg Pandan
4. Jemaah Pakistan : Berada di Sek8 Shah Alam, akan pergi ke Batang Kali

Lepas maghrib:

Takaza negara jauh, sekarang ada 6 org sedia. KL azam bulan Mei seramai 30 orang dan June 30 org. Sungguh dhaif usaha sekarang.

Taghrib Hj Aziz Hasbi:

Bapak saudara mulia.
Sekarang ini manusia yakin kpd ghairullah dan ini matlamat mereka. Dgn matlamat ini mereka sedang menuju kpd kemusnahan. Org Islam telah tinggalkan kerja ini. Mereka tak sedar bahwa mereka adalah khalifah Allah, dai Allah. Mereka akan rugi besar. Kita perlu jumpa dan ingatkan mereka. Bahawa mereka bukan dihantar sebagai jurutera, doktor, peniaga dan petani. Tetapi mereka dihantar sebagai dai Allah. Kita kena menanggis utk mereka dan doa pd Allah. Setiap kita kena pergi keseluruh alam utk ingatkan org Islam bahwa dakwah inilah tugas asal mereka. Beritahu Allah maha kuasa , makhluk takder kuasa. Allah pencipta segalanya, Allah wujudkan peperangan, tiada siapa boleh halang perperangan melainkan Allah. Mau pergi seluruh dunia beritahu Allah maha kuasa. Amerika takder kuasa. Kita bukan benci pd Amerika tapi kesian sama mereka. Pergi seluruh alam beritau duit, tentera, roket, harta, kuasa tak boleh buat apa-apa , yang buat semuanya Allah. Hari-hari mau doa, zikir, ibadat, dakwah dll. Dari masjid kita mau hantar jemaah seluruh alam. Fikir masjid nabawi mau ada di masjid kita. Kita kena sambut takaza pergi seluruh alam.

Maulana Yusof sab kata, kalau kita mau lihat masjid yang buat kerja dgn betul ialah dari masjid itu jemaah dihantar keseluruh alam dan jemaah seluruh alam dtg ke masjid dia. Siapa sedia tuan-tuan?. Org yg duduk mesyuarat ini mau azam sedia beri nyawa utk agama, baru mesyuarat kita mantap. Usaha ini macam anak tangga, kalau org lama tak korban dia akan duduk atas anak tangga, akibatnya ini akan menghalang orang baru dari naik tangga. Begitu juga macam campak batu keatas. Kalau tak naik atas dia akan jatuh kebawah. Itulah org lama.

Tanggung-jawab kita bukan hanya utk beri keluarga kita makan saja. Kita ada tanggung-jawab agama. Kalaulah beri makan ini penting nescaya nabi buat spt ini tapi rumah nabi ada ketikanya hingga 3 purnama dapur tak berasap, tiada makanan dirumah. Hj ABdul Wahab kata anjing dan binatangpun beri keluarga mereka makan. Kita ada tanggung-jawab agama seluruh alam. Katanya lagi dalam tafakut, syura jgn tanya berapa banyak duit dlm poket. Kita kena keluarkan yakin pd ghairullah. Kita tanya berapa banyak awak dakwah org tiap-tiap hari. Kalau 1 halqah di KL nie sedia beri nama utk keluar negara jauh nescaya akan ada 57 nama dari 57 halqah. Kalau setiap masjid beri 1 nama akan ada beribu nama.

Kita kena sediakan diri dan harta kita sekali tuan. Saidina Abu Bakar beri seluruh harta utk agama, bahkan dia pun bersama keluar ke Tabuk. Pakai baju guni berbutangkan duri, malaikat pun ikut berpakaian spt beliau. Nabi tak beri bajunya sebagai ganti tetapi beri panji/bendera Islam kpd Abu Bakr, mudahan beliau akan beri nyawa dan syahid di Tabuk.

Jangan tengok cuti, tapi tengok Allah. Yg bolak-balik hati majikan kita adalah Allah. Dlm hati kita terlalu banyak ghairullah kerana terlalu banyak usaha dibuat atas itu. Dalam hati yg ada ghairullah umpama najis, malahan baunya lebih busuk lagi dari najis yg diluar. Mau hari-hari buat dakwah. Baru iman akan terbina dan sanggup beri nyawa utk agama. Hati kita penuh dgn debu ghairullah. Mau bangun tuan. Hidup secara sederhana baru boleh pergi seluruh alam. Saidina Osman kaya, tapi hidup sederhana. Org yg belum keluar negara jauh mau nanggis dan malu dgn Allah. Mau kata, 'Ya Allah apa dosa saya yg kau sisihkan saya dari keluar negara jauh. Kau tak pileh saya, kau pileh org lain. Mereka kerja kerajaan , saya pun kerja kerajaan, tapi kau tak pileh saya.'

Org buat usaha ini mau maju. Sapa lagi sedia tuan-tuan? Kalau kita tak keluar juga, satu hari kita akan keluar dari rumah kita tak balik-balik. Mau niat syahid. Allah akan bina mahligai yg besarnya dari KL ketempat kita syahid dari sebutir mutiara. Org yg selalu beri masa utk kerja agama, diakhirat mereka akan masuk syurga sebelum hisab dijalankan. Tidur dlm kubur tuan-tuan. Sarapan pagi di masyar, minum dari tangan nabi ditelaga al-kauthar dan makan tengah hari di syurga.

Masa malaikat nak mulakan penghisaban, sekumpulan manusia akan marah dan tegur malaikat, apa kamu sibuk-sibuk nak hisab-hisab kami nie!!! Kami didunia dulu keperluan sendiri pun tak sempat nak disempurnakan. Apa kamu sibuk-sibuk nie!!! Malaikat pun pergi mengadu dgn Allah. Dan kata, ' Ya Allah ada sekumpulan manusia sibuk-sibuk nak masuk syurga sebelum hisab di mulakan.' Kata Allah, 'Biarkan mereka, didunia dulu mereka malukan diri mereka dan sibuk dgn usaha agama kerana Aku, kini aku malu nak hisab mereka. Bukakan pintu syurga utk mereka.'

Muti Zainal Abidin kata, masaalah sekarang bukan duit , cuti dan masa. Tapi masaalah dlm hati. Kalau malaikat maut dtg jumpa kamu dan kata, hah sekarang kamu nak keluar 4 bulan ker atau ikut aku? Apa kita akan buat?

Seorg sahabat yang mukanya hodoh dtg jumpa nabi nak kahwin. Nabi suruh jumpa satu rumah. Bapak perempuan tak sedia beri. Perempuan itu kata pd bapanya kena sedia pasal nabi yg suruh. Setuju nak kawin. Lelaki tu balik nak buat persiapan kawin , pergi kepasar. Tiba-tiba terdengar panggilan, ' Haiya Alal Jihad'. Dari nak beli kelengkapan kawin tukar beli kelengkapan jihad. Pergi berjuang tutup muka dan syahid. Nabi sendiri kuburkan beliau dgn tangan baginda. Nabi berjingkit nak masuk kubur kerana banyak bidadari berebut menyambut mayatnya. Tiba-tiba salah satu bidadari yang sedang berebut tu tersingkat kainnya dan ternampak pahanya. Nabi paling muka dan kata ini hak sahabat tu. Sahabat lain cemburu.

Nota: Utk tafakut Negara Jauh petang nie dtg kemarkaz lepas maghrib utk tafakut KL, dan sabtu utk tafakut Malaysia . Sediakan diri tuan!

Tambahan lepas taghrib:
Rumah utk bayan hidayat masturat 4/6 : Rumah Hj Ghazi
Pembayan masturat: Hj Ghazi.

Wednesday, June 01, 2005

Malaikat Maut Pun Boleh Terkejut

Suatu pagi seorang hamba Nabi Sulaiman a.s berlari dtg berjumpanya dlm keadaan panik. Bibirnya biru kerana ketakutan dan wajahnya pucat-lesi. Dia bertanya kenapa jadi demikian. Hambanya memberitahu bahawa dia melihat Malaikat Maut di kawasan pasar dan dia merempuh datang kepadanya. Hamba itu merayu kpd Nabi Sulaiman a.s supaya meminjamkannya kuda terpantas, yang lebih laju daripada angin supaya dia boleh pergi ke negeri Hindustan dan terselamat dari maut. Nabi a.s pun memberikanya seekor kuda Arab terpantas dan tanpa lengah dia memecut pergi.

Sulaiman termenung memikirkan peristiwa itu dan dia pergi kepasar utk kepastian. Pada mulanya ia hanya lihat org ramai di pasar, tiba-tiba ia ternampak seseorang yang berpakaian berjubah saperti yang di pakai oleh rahib. Dia menghampirinya dan terlihatlah ia akan malaikat maut dan bertanya kenapa ia merempuh dan menakutkan hambanya. Katanya, 'Bukan dia sahaja yang terkejut malahan aku pun terkejut sama.' Nabi tanya ,'Kenapa?' Jawabnya, ' Sebenarnya Allah s.w.t telah memerintahkan aku mencabut nyawanya di negeri Hindustan malam ini tetapi aku melihatnya masih berada disini dan mana mungkin dia boleh bergerak sepantas itu utk kesana.

Maka semakin bertambahlah keimanan Nabi Allah Sulaiman a.s bila melihat peristiwa itu.

Manakala dizaman moden ini, diberitakan suatu dialog telah berlaku antara seorang paderi kristian dan seorang Islam . Si Kristian ini cuba untuk mengeliru dan menghina agama Islam dengan bertanya kepada orang Islam itu, 'Kamu tahukah kenapa kami orang Kristian dibenarkan membela anjing? 'Tak tau' jawab siIslam itu. Katanya ' Kerana dalam kitab kamu mengatakan bahawa malaikat kamu tak masuk ke dalam rumah yang ada anjing. Pasal itulah kami membelanya supaya malaikat maut kamu tak dapat dtg untuk mencabut nyawa kami.' katanya dengan sindiran.

Dengan kehendak Allah s.w.t, ilham telah dtg dlm fikiran orang Islam itu dengan berkata, 'Kalau malaikat maut kami datang, bukan nyawa kamu saja yang dicabutnya, malahan dengan nyawa anjing-anjing kamu sekali dicabutnya.'

Allah s.w.t telah berfirman di dlm Al-Quran Surah Al-Jumaah, Ayat 8 :

[قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِى تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَـقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَـدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ]
(Katakan: "Sesungguhnya, kematian yang kamu mahu lari daripadanya akan pasti menemuimu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia akan memberitahumu akan apa yang telah kamu lakukan."

Dlm Surah An-Nisa' Allah berfirman:
[أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِى بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ]
(Dalam keadaan apa sekalipun kamu berada, kematian pasti akan datang walaupun kamu berada dalam kubu yang kuat dan tinggi.)