Monday, April 13, 2009

Sri Petaling 14-04-2009

Bayan Subuh 14-04-2009

Allah telah kuniakan kepada saya dan tuan-tuan kalimah yang agung, Laailahaillallah Muhamadur Rosullullah. Bila seseorang baca kalimah ini 100 kali sehari, diakhirat dia akan dibangkitkan dengan muka yang bercahaya-cahaya sekali. Bila kita ucapkan kalimah ini 70,000 kali, akan selamatkan diri sendiri atau orang yang disedekahkan nisab kalimah ini dari api neraka.

Kita kena syukur dengan Allah sebanyak-banyak atas kurnian kalimah ini pada kita. Tuntutan kalimah ini atas kita ialah untuk masukkan sebenar keyakinan kalimah ini dalam hati kita. Yang masuk dalam hati inilah digelar cahaya iman. Dengan nur iman dia dapat bezakan yang halal dan yang haram. Tanpa cahaya iman manusia umpama duduk dalam kegelapan, tak nampak yang mana tali atau ular. Tak nampak yang mana baik atau yang mana buruk. Semua anbia di hantar oleh Allah ke muka bumi ini, mula-mula untuk masukkan kalimah ini kedalam hati-hati manusia. Inilah usaha yang mula-mula sekali mereka buat.

Dizaman Rasullullah s.a.w terdapat satu kabilah datang berjumpa nabi untuk memeluk Islam. Selepas memeluk Islam mereka kembali ketempat tinggal sementara mereka di luar kota madinah. Apabila tiba masa makan, mereka bermesyuarat utk hantar 2 org wakil berjumpa nabi meminta makanan. Bila 2 wakil ini pergi berjumpa nabi, meraka dengar nabi sedang membaca al-Quran sehinggalah baginda membaca ayat yang bermaksud .. sesungguhnya tiada satu makhluk pun dimuka bumi ini yang Allah tidak sediakan rezeki bagi mereka... '.

Bila mendengar ucapan ini mereka berundur dan tidak jadi berjumpa nabi utk memohan bantuan makanan. Mereka pun berjalan pulang utk kembali kekaumnya dan lihat makanan telah ada dihantar kekaum. Bila ditanya kepada mereka, mereka bercerita tentang peristiwa. Sampai berita ini kepada nabi dan sesungguhnya mereka mendapat makanan terus dari Allah.

Dengan yakin yang betul kepada Allah, Allah akan pelihara kita di dunia lagi apatah lagi di kubur dan akhirat. Dengan yakin yang betul seseorang itu akan terpelihara dan ada kekuatan untuk buat perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Dengan keyakinan yang betul, umpama kereta yang dipandu dengan baik, kereta selamat,diri selamat dan orang lain tak di langgar. Bila keyakinan salah, umpama kereta yang tidak di pandu dengan baik, kereta jadi rosak, diri cedera dan langgar orang lain.

Dengan yakin betul, 50,000 tahun di padang masyhar rasa sekejap umpama sembahyang sunat 2 rakaat. Di sirat lintas sepantas kilat dan masuk syurga tanpa hisab selamanya. Dengan yakin yang salah, walaupun menikmati nikmat dunia yang tak seberapa saperti org lain, dikubur bermulalah masaalah dan kesusahan dan apatah lagi diakhirat duduk dlm neraka selamanya.

Yakin yang betul dan iman yang diterima lebih penting dari udara , air dan makanan. Paling susah kehidupan dunia ini akan berakhir dengan mati. Kalau mati dengan iman, Allah akan masukan dlm syurga untuk selamanya. Usaha dakwah dan tabligh ini dapat bina iman dan yakin yang betul. Oleh itu kita kena sungguh-sungguh beri masa hari-hari .

Utk betulkan yakin kena buat usaha mirip-mirip cara nabi s.a.w. Semua nabi buat usaha ini pada setiap manusia. Setiap ringgit yg dibelanjakan dlm usaha ini akan digandakan oleh Allah 700,000 kali ganda. Seseorang yang niat utk belajar alim, tapi tak sempat habis kerana mati, diakhirat dia akan dibangkitkan sebagai seorang alim, walaupun belum dapat alim. Belajar iman sama juga. Bila kita niat utk belajar, tapi mati sebelum iman sempurna, diakhirat Allah akan bangkitkan kita bersama orang yang sempurna imannya saperti sahabat dan nabi-nabi.

Pembayan memberi kisah yang dialaminya sendiri bahawa seorang ulama telah menceritakan mimpinya kepada beliau. Didalam mimpi ulama itu berada di padang masyhar bersama ribuan manusia yang lain. Seorang demi seorang manusia didatangi oleh malaikat yang membelah dada dan melihat hati manusia . Kebanyakan manusia disana gagal bila malaikat lihat hati mereka banyak dunia dari Allah. Sehinggalah tiba giliran alim itu. Beliau yakin dengan kealimanya dan amalannya masa hidup didunia, dia pasti akan berjaya. Bila dibelah hatinya, malaikat juga berkata yang dalam hatinya pun banyak dunia dari Allah. Atas sebab itu dia gagal dan akan dicampakkan dalam neraka. Dia tertekan dan berputus asa melihat ini. Tiba-tiba datang seorang malaikat yang lain dan berkata dia ada keuzuran dan dilepaskan kerana beliau adalah penuntut iman yang sedang menyempurnakan imannya.

Syaitan akan buat helah dengan membayangkan didepan bahawa kita akan jadi miskin bila buat usaha ini. Allah pasti akan pelihara orang yang buat usaha ini sapertimana ia telah pelihara orang-orang terdahulu yang buat usaha ini saperti sahabat. Kita kena yakin bahawa dengan usaha ini Allah akan pelihara kita dunia dan akhirat... Tasykil dibuat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home