Tuesday, May 18, 2010

Layla Majnun

Kisah Layla Majnun adalah kisah mengenai keasyikan percintaan antara Layla dan Majnun. 'Majnun' dlm bahasa arab bererti 'Si Gila'. Gelaran 'Majnun' ditujukan kpeada seorang pemuda dari suku Amir bernama Qais Ibn Mulawwah atau Qais Amiri.

Manakala kekasihnya, Layla binti Mahdi pula ialah anak perempuan kepada ketua suku Najd. Qais dan Layla mula bertemu di Damsyik semasa belajar di sekolah agama yg sama. Dgn pandangan pertama, Qais tlh jatuh cinta kepada Layla dan sejak dari hari itu ingatannya kpd Layla tak pernah luput. Ustaz dan rakan-rakan sekolahnya sentiasa menasihatinya supaya melupakan kekasihnya dan menumpukan kpd sepenuh kpd pelajaran tetapi dia tidak mendengar nasihat.

Akhirnya, cerita percintaan mereka sampai kepada pengetahuan bapa Layla. Demi utk menjaga maruahnya, maka bapa Layla telah memberhentikan Layla dari sekolah itu dan mengurungnya di 4 dinding rumah mereka. Kehilangan Layla, tlh memberi kesan mendalam kpd Qais dan dia spt org hilang arah, merayau-rayau di padang pasir dan hutan Najd seumpama orang gila. Begitu juga dgn Layla, yang mana ia tlh menjadi kurus-kering akibat rindu yg amat sangat kpd Qais.

Qais tlh menjadi tidak siuman sejak itu, dan org ramai mengelarnya sebagai 'Majnun'. Percintaan mereka melambangkan keasyikan percintaan yang sebenarnya antara dua insan.

Suatu hari semasa merayau-rayau di padang-pasir, tiba-tiba seseorang mengejar dan menjerit pada Qais, "Tiadakah lagikah dlm dunia ini tempat yg sunyi utk aku asingkan diri walaupun ditengah padang-pasir!. Wahai Orang Gila, berani sungguh engkau melintas dihadapan orang yg sedang solat. Bukankah melintas di hadapan org bersolat itu satu dosa besar mengikut kitab Allah. Wahai Pendosa. Engkau telah mempersendakan perintah Allah."



Qais melintasi orang yg sedang bersembahyang

Mendengar jeritan orang itu, maka Qais tlh berhenti dan menoleh kebelakang. Hati murninya tak mengerti tentang apa yg diperkatakan oleh orang yg sedang marah itu. Dgn suara rendah-diri dia berkata,

" Maaf saudaraku, saya sedang dlm keadaan asyik hinggakan saya lupakan langsung akan alam kebendaan ini. Ikhlasnya, saya tak sedar kemana saya pergi. Saya sedang asyik mabuk cinta kpd kekasih saya, Layla hinggakan saya lupa langsung tentang alam dunia ini"

Selepas berkata dia pun berpusing-balik utk meneruskan perjalanan gilanya. Tetapi tlh timbul satu persoalan yg ikhlas dlm hatinya lalu dia pun menoleh bertanya kepada org tadi.

"Saudaraku, saya ada satu kemusykilan skg. Saya sekarang sedang mabuk cinta kpd Layla. Jadi saya tak sedar akan alam dunia ini. Tetapi awak, semasa sedang menyembah Allah, macammana awak boleh sedar saya melintas di depan awak sebentar tadi? Demi Allah, saudara, jgnlah kamu bersembahyang hanya bentuk zahir sahaja. "

Mendengar ucapan Qais, org itu pun tertunduk insaf dan datang memegang tangannya dan berkata, " Sahabatku, engkaulah yg sebenarnya permata padang pasir ini. Engkau tlh menunjukan kpd saya jalan Allah yg sebenarnya. Dibandingkan dgn percintaanmu, sembahyangku hanyalah zahir (bentuk) tanpa hakikat"

Ulama-ulama tasawuf selalu mengambil iktibar daripada kisah Layla dan Majnun utk membandingkan bagaimana hakikat cinta yg sepatutnya wujud dari makhluk kpd Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home