Tuesday, April 21, 2009

Bayan Maghrib Sri Petaling 11 April 2009

Kasih Allah, Kasih Nabi

Sebagaimana ibubapa suka mendengar anak-anak memanggil-manggil nama mereka .. ibu.....ibu... ayah... ayah , maka begitulah juga dengan Allah yang sangat suka kalau hamba-hambanya sering memanggil namanya .. Ar-Rahman... Ar-Rahim.... . berkali-kali. Allah tidak membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi membalas kejahatan dengan kebaikan. Kasihan Nya mendahului kemarahannya.

Sekiranya anak adam berbuat dosa di air, air akan membuak serta menenggelamkan pendosa itu. Sekiranya maksiat dibuat diatas bumi, bumi akan bergegar dan akan menelan pendosa itu. Tetapi bagi Allah walaupun hambanya berkali-kali meninggalkan suruhannya dan melakukan larangannya , Allah masih kasihan kpd hambanya. Kasih sayang Allah terhadap hambanya melebihi kasih-sayang seorang ibu kepada anaknya.

Satu ketika di zaman Nabi s.a.w. , seorang bayi telah menanggis dan datanglah ibu menyusu bayi itu dengan penuh kasih-sayang dan ini telah dilihat oleh nabi dan para sahabat.. Kata Nabi s.a.w, "Adakah kamu percaya yang ibu ini sanggup mencampakkan anaknya kedalam api?". Melihat akan kasihnya ibu itu kpd bayinya, para sahabat berkata, "Tidak mungkin , Ya Rasullullah s.a.w". Kata Nabi s.a.w, ' Sesungguhnya Allah mengasihani hambanya 70 kali lebih dari kasih seorang ibu kepada bayinya."

Nabi s.a.w merupakan seorang yang mepunyai sifat sangat belas kasihan kepada umatnya, sentiasa menziarahi orang miskin, orang sakit dan lemah. Nabi s.a.w faham sekiranya seseorang itu mati kerana kemiskinan, sakit dan tanpa makanan tetapi bila mati dengan iman, maka bermulalah kesenangan baginya bila masuk kedalam kubur dan alam akhirat. Tapi kalau mati tanpa iman, maka barulah bermula kesusahan yang sebenarnya didalam kubur.

Sifat kasih-sayang Nabi s.a.w adalah jelas sekali dihadapan sahaabat. Satu ketika, ketika Nabi s.a.w berkhutbah diatas mimbar yang baru, tempat mimbar lamanya yang di perbuat dari pohon tamar telah menanggis dan berbunyi saperti suara bayi menaggis. Turun Nabi s.a.w dari mimbar dan memujuknya sambil menepuk-nepuk dan senyaplah pohon itu. Kata sahabat, kalau Nabi s.a.w tidak tepuk pohon itu, maka ia akan menanggis sehingga hari kiamat.

Satu ketika sahabat telah bertanya Nabi s.a.w adakah Allah akan mengazab seseorang kerana dosa yang dilakukan sebelum Islam. Nabi s.a.w menjawab bahawa semua dosa-dosa lampau akan diampunkan bila seseorang itu masuk Islam dan mengucap kalimah syahadah. Maka sahabat itu pun mula bercerita tentang dosanya sambil menanggis menyesal. Bahawa beliau mempunyai seorang anak perempuan kecil yang sangat dikasihi isteri serta di jaganya dengan penuh kasih sayang sehinggalah pada satu ketika beliau berkata kepada isterinya yang beliau ingin membawa anak perempuannya bersama utk meziarahi saudaranya dikampung yang lain.

Maka anak perempuan itu di mandi dan siapkanlah oleh isterinya. Semasa mahu bertolak isterinya pun berkata janganlah dia mempersiakan budak itu. Di dalam perjalanan , beliau melalui satu perigi yang dalam dan menurutkan kepercayaan jahiliyahnya, maka beliau mengangkat anak perempuan itu dan mencampak budak itu dengan maksud supaya budak itu akan mati. Tetapi beliau masih lagi mendengar suara budak perempuan itu yang masih hidup memanggil namanya dari dalam perigi itu. Beliau pun ambil batu dan menghempas kekepala budak itu. Dengan suara sayup -sayup anaknya masih memanggil-manggil namanya dan berkata kenapa ayah menyia-nyiakannya sehinggalah suara itu hilang dari kedengarannya.

Nabi s.a.w berkata sekira di benarkan, pasti beliau akan melakukan qisas terhadap sahabat ini akan apa yang telah dilakukan. Tetapi keputusan Allah adalah muktamad bahwa Ia mengampun semua dosa yg dilakukan sebelum Islam.

Usaha dakwah tabligh ini adalah satu usaha utk mengembalikan agama sebagai mana yang telah dibawa oleh Nabi s.a.w. Kisah yang dilapurkan oleh satu jemaah yang pergi ke Brazil yang mana melihat orang Islam disana telah mengubah waktu sembahyang jumaat ke hari ahad semata-mata kera hari ahad adalah cuti, mengikut cara orang kristian.

Tasykil dibuat... sila bangun dan beri nama tuan-tuan....

1 Comments:

Blogger Ahliahnizam said...

Salam.
Boleh berkenalan dgn ahliah tuan?
mekasih

http://www.ahliahnizam.blogspot.com

Sun Jul 19, 11:53:00 PM GMT+8  

Post a Comment

<< Home