Monday, August 11, 2003

Pagi nie spt biasa solat subuh berjemaah. 2 org sahaja yang ader berbanding dgn beribu org yang wujud di sekitar kawasan surau nie. Lepas tu hidupkan taklim sehingga pukol 7.00 a.m. A pulak nak pindah ke K bulan 9 nie, jadi, kalau tak usaha atas org lain jemaah suboh di surau nie akan mati. Iman umat nie dah semakin lemah, walau pun usaha telah di buat, 2jam setengah tiap hari, 2 ghast tiap minggu, 3 hari tiap bulan, etc. Petang nie pulak Ghast kedua aku di Ros, bermula lepas maghrib hingga ke Isyak. Kalau meninggal masa Ghastkan bagus.. Syahid. Ini tak tentu kat mana meninggal, entah dlm tandas, entah di katil, entah di mana-mana. Doa syahid " Allahumma zukna syahadatan fi sabilik, waja'allana bibaladi rosulik - Ya Allah syahidlah kami di jalan mu dan di negeri kekasih mu. (Doa saidina umar).

Friday, August 08, 2003

Sesiapa ( Org sesat di cyber space nie) yang setuju apa yang aku tulis atau tak setuju bolehlah dgn segala hormatnya menghubungi aku di alamat yang berikut charmaina@time.net.my.
Sekian.

Apa nak jadi umat sekarang !!!!!!.

Kalau tak buat usaha atas iman hancur. Nie termasuklah Utz. Dasuki tu, alaa yang org cakap ulama (?) tu , tapi cakap macam org jahil. Tulisan dia dlm Mingguan Malaysia adalah kenyataan org yang tak betanggung jawab dan berniat jahat. Saya quote kata-kata dia nie
".... Kemudiannya saya terus menjelaskan pengertian sunah dan memberitahu mereka bahawa perkara-perkara berhubung dengan kehidupan khusus Nabi, hal-hal peribadi baginda, amalan kebiasaan orang Arab, cara-cara makan minum dan pakaian mereka dan sebagainya tidaklah menjadi sesuatu hukum yang wajib diikuti"
Ini bukan kata-kata ulama (the Wise Man). Org yang bijak berfikir dahulu dgn taqwa sebelum menyampaikan sesuatu. Dia kena tanya pada diri dia, "adakah tulisan atau jawapan yang aku berikan ini ada implikasi baik dan buruk kepada umat ini?". Wahai Dasuki berfikirlah sedalam-dalamnya sebelum mengeluar kenyataan. Lihat diri tuan samada sifat org yang memungkarkan hadis (mungkarul hadis ) ada dlm kenyataan tuan.
Sesuatu hadis tu menjadi dhaif ,atas berbagai sebab atau sifat periwayatnya. Salah satu sebabnya ada kefasikan yang dilakukan oleh periwayatnya. Contohnya kecil sahaja, umpamanya menipu binatang dgn mengumpannya dgn bekas kosong yg tiada makanan di dlmnya. Apatah lagi tuan yang dgn bangga menyatakan di khalayak ramai, amalan fasik tuan.
Tuan sendiri mengaku ..
" Saya terpegun seketika dan merasai tercabar semacam hidup saya ini belum mengikuti sunah Rasul walaupun sedikit. Mungkin secara halus mereka menyindir saya kerana tidak berkopiah, tidak berjubah dan tidak berjanggut seperti mereka. Atau mungkin di ruang tamu rumah saya ini dihiasi gambar besar keluarga saya dan gambar Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.
...Saya agak kasar memberi penjelasan, kerana saya merasai mereka menganggap bahawa saya dan orang yang serupa dengan saya ini tidak sempurna Islamnya kerana tidak berpakaian seperti mereka dan di dinding rumah saya dihiasi dengan gambar-gambar makhluk bernyawa. "
Satu org yang bergelar Ustaz dgn bangga menyatakan amalan fasik yang dilakukanya. Hairan sungguh saya, org yang berilmu menyatakan amalannya yang bertentangan dgn sunnah di khalayak ramai.
Dato' Sri Perdana Menteri saya dgn berbesar hati mengatakan org ini kalau dia hidup dlm zaman nabi atau tabie-tabieen, pasti nama dia akan tercatit dlm kitab pada zaman kita sebagai golongan mungkarul hadis.
Jadi saya syor kan org ini tak sesuai menjadi penasihat YB PM . Dia akan melencongkan nasihat dia sesuai dgn nafsu dia. Yang banyak melencongkan Firaun laknatullah alaihi dari jalan yang benar (walaupun telah diberikan nasihat oleh Musa a.s.) itu ialah kerana nasihat dari penasihat yang dipercayai oleh beliau yaitu Haman laknatullah alaihi . Sekian.

Pagi nie lewat gi suboh, 6.10 am. Ingat org dah solat di surau Ru. Sangkaan meleset, rupanya aku org yang paling awal sekali. Selang beberapa minit dtg 2 org, student yg istiqamah duduk di teres berdekatan. Lepas tu A. Dapatlah hidup jemaah pagi jumaat dgn aku jadi imam, bawa sajadah. Lama tak baca, hafalan kurang mantap, tapi alhamdulillah habis juga. Semua yg solat subuh di surau tu semua nya org luar kawasan apt nie. Apa nak jadi umat sekarang (termasuk) aku. Lepas tu aku dan A buat taklim setengah jam hingga jam 7.00 am. Balik rumah siap-siap utk pergi tandas yang paling besor sekali..... DUNIA nie lahhhh ( Tempat Nabi Adam buang air lepas dicampakkan dari Syurga. Pasal sakit perut makan buah khuldi). 7.30 keluar rumah.

Thursday, August 07, 2003

6.10 pm, nak baliklah nie. Bini aku dah sms jap tadi, kata " Petang nie makan mee semalam, banyak lagi, boleh ke?". Ish-ish, boleh lee. Orang pompuan nie bukan boleh kata tak boleh, yang nampak dia punya muka 40. Korang kalau kawin, tahun pertama lagi control bini korang. Kalau tak.... macam nak bagi kerbau fahamlahhh. Malam nie pulak ada mesyuarat kawasan halqah lak tu. Dah lama aku tak pegi, agak nyer dah 4 minggu. Awal bulan nie bukan aper.. takut depa lantik jadi Amir. Insyaalah kalau umur panjang esok tulis lagilah. Kalau tak innalillah lah. Assalammua'laikum.