Monday, February 28, 2005

Sihir - Sejarah Kewujudannya

Sebelum zaman Nabi Sulaiman a.s sihir memang tlh lama wujud. Syaitan-syaitan berupaya naik kelangit utk mendengar percakapan antara malaikat-malaikat tentang apa yg berlaku di mukabumi berkenaan kematian, kejadian-kejadian atau perkara-perkara yg ghaib. Mereka akan menyampaikan ini kpd tukang-telek yang kemudiannya akan menyampaikan berita ini kpd manusia. Manusia akan mempercayai. Bila si tukang-telek ini benar-benar mempercayai cerita dari syaitan-syaitan ini, maka ia akan mula menipu dan menokok-tambah cerita yg benar tadi hinggakan keperingkat setiap patah perkataan yg benar ditambahkan 70 lagi perkataan yang palsu. Manusia pun mulalah meriwayatkan perkataan ini dlm kitab-kitab tertentu.

Kemudianya akibat dari itu maka kaum bani Israel mula mengatakan yg jinn mengetahui perkara yg ghaib. Bila Sulaiman a.s dihantar sebagai Nabi, dia tlh menghimpunkan kita-kitab ini dlm kotak dan menanamnya dibawah singahsananya, dan syaitan-syaitan yg cuba menghampirinya telah terbakar. Sulaiman a.s berkata, " Sesiapa yg mengatakan yg syaitan-syaitan mengetahui perkara ghaib, aku akan pancung kepalanya." Bila Sulaiman a.s meninggal dunia dan ulama-ulama yg mengetahui perkara yg benar tentang Sulaiman a.s tidak wujud lagi, maka dtglah generasi baru. Utk mereka, syaitan-syaitan yg berbentuk manusia dtg kpd kaum bani Israel dan berkata, 'Maukah kamu aku tunjukan khazanah rahsia'. Mereka berkata 'Ya'. Dia berkata, 'Koreklah dibawah singahsana Sulaiman ini,'. Mereka berkata 'marilah rapat kesini'. Kata syaitan itu, 'tidak biar aku menanti kamu dari jauh saja dan kalau kamu tidak berjumpa dgn khazanah itu maka bunuhlah aku'. Bila mereka menjumpai kitab-kitab itu, maka syaitan pun berkata, 'Sulaiman a.s hanya berupaya mengawal manusia, syaitan-syaitan dan burung-burung melalui sihir ini.' Kemudianya, tersebarlah berita yg Sulaiman a.s adalah seorg ahli sihir, maka kaum bani Israel pun memeliharkan buku ini. Bila Nabi Muhammad s.a.w dtg, mereka berhujah dgnnya berkaitan kitab itu, maka turunlah ayat

[وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَـنُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ]
(Sulaiman bukan seorg kafir, bahkan syaitanlah yg kafir)

Thursday, February 24, 2005

Ilmu Jinn - Penerangan Tentangnya

Perkataan Arab 'Jinn' dtg dari kata perbuatan yakni ' bersembunyi '. Allah berfirman yg dia menciptakan jinn dari api menyala (maarij min naar) [Surah 55:15]. Jin dibuat dari api dan manusia dibuat dari tanah. Adam a.s bapa sekelian manusia dan 'Jaan' adalah bapa kpd sekelian Jinn.

Terdapat 3 jenis jinn, 1. hidup dgn terbang diudara sepanjang masa 2. wujud berupakan spt ular-ular dan anjing-anjing. 3. Jenis melata dibumi yg mana menetap di sesuatu tempat atau berpindah-randah.[Tabari dan Hakim dlm Mishkaak al Masaabeeh vol 2 p 883]

Dikalangan jin yg terbang, terdapat mereka yg mencuri-dengar malaikat di langit. Jin ini akan menyampaikan maklumat yg didengari kpd tukang-telek. Kalau mereka meriwayatkan hanya yg didengari maka itu adalah betul tetapi biasanya jinn ini akan menokok-tambah dgn yang palsu. [Sahih Muslim vol 4 no 5538]

Dlm Surah 15:26-27, Allah berfirman, sesungguhnya Kami menciptakan manusia drpd tanahliat kering berwarna hitam dan mencipta jinn dari api yg dinyalakan oleh angin. Ibn Kathir menerangkan jinn, dari keturunan jaan, berada di muka-bumi 2,000 tahun sebelum terciptanya Adam a.s.[Tafseer al Quraan al Atheem, vol 1 p 108]

Jin juga akan mengalami kematian, generasi demi generasi spt mana manusia itu mati.[Surah 46: 18].

Jinn-jinn bebas utk merupa spt manusia dan merka terbahagi kpd 2 kumpulan utama, yakni Islam dan Kafir. Jinn kafir ini dirujukan dlm AlQuran sebagai shaitan. Dlm quran juga menerangkan yg manusia yg menentang kebaikan juga digelarkan sebagai shaitan.

Jinn juga ada jantan dan betina dan mereka beranak-pinak. Manakala malaikat tidak beranak kerana mereka tiada jantina. Dlm kontek seekor anjing hitam yg melintas dihadapan seorg yg sembahyang tanpa sutra (pengadang), maka itu adalah jinn

Terdapat sejenis jinn yg melata dibumi dipanggil 'qareen' (peneman). Jenis ini akan menemani setiap manusia dari lahir hingga ajalnya. Jinn in mengalakkan nafsu/ tabiat buruk dan sentiasa cuba utk membawanya keluar/jauh dari jalan petunjuk.[Muslim vol 4 no 6757]

Jinn kumpulan rendah pula digelar 'hinn'. Ini termasuk jinn yg lemah dan yg biasanya berbentuk sebagai anjing hitam.

Manakala jinn yg berbentuk menakutkan, dan kerap berubah rupa dihadapan manusia dipanggil 'ghool'( kata jamak 'gheelan'). Nabi bersabda 'jika kamu melihat akan gheelan (merupa dan berbentuk), lakukanlah azan.[Al Musnad vol 3 p 305]

Jinn makan dan minum [Muslim vol 3 no 5008]. Jinn boleh mempengaruhi fikiran seseorg yg taksedar contohnya mimpi. Jinn juga boleh mempengaruhi fikiran seseorg semasa sedarnya

Nabi s.a.w bersabda, 'Syaitan mencucuk jarinya kpd setiap anak adam yg baru lahir. Bayi ini menanggis hasil dari cucukan syaitan, kecuali Mariam dan Isa a.s.[Bukhari vol 4p 641]

Jinn juga menyebabkan kesakitan dlm seseorg. Dlm hal seorg wanita yg vaginalnya berdarah pada masa lain dari dtg bulan, Nabi s.a.w merujukan ini adalah tendangan dari syaitan.[Abu Dawood vol 1 no 267]

Masa sakratul maut jinn akan cuba utk menyesatkan org beriman. Nabi s.a.w bersabda , 'Wahai Allah, Aku berlindung dgn mu dari syaitan yg menyebabkan kekelamkabutan (fikiran dan percakapan) semasa menghadapi kematian'.[Nasai and Hakim in Mishkaak al Masaabeeh vol 1 p 256]

Jinn boleh bersama semasa bersetubuh dgn isteri sekiranya sisuami tidak menyebut nama Allah sebelum melakukanya.Rooh al Maanee vol 27 p 119]
Ibn Jawsee berkata jinn melakukan sex spt mana cara yg dilakukan oleh lelaki dan perempuan manusia. Ibn Taymeeyah berkata jinn boleh melakukan sex dgn manusia dan mempunyai anak hasil perhubungan itu dan ini kerap dilapurkan berlaku.[Majmoo al Fatawaa vol 19 p 39]

Tiada bukti dlm agama menunjukkan perkahwinan dgn jinn adalah haram. Sesetengah ulama memutuskan adalah makruh. Saad ibn Dawood melapurkan yang seseorg menulis surat kpd Imam Malik ibn Abbas utk berkahwin dgn jinn. Dia membalas surat itu, ' Aku tidak melihat sebarang halangan yg ada dlm agama, tetapi aku menganggapnya 'jijik'. Kerana jika wanita yg mengandung , bila ditanya siapa suaminya dan dia menjawab dia adalah seorg jinn, ini akan membawa kepada terlalu banyak kemudaratan kpd prinsip Islam.[ar-Razee]

Setengah ulama yg lain spt Sijistaanee berkata, 'Perkahwinan antara manusia dan jinn adalah dilarang disebab kpd berlainan spesis'.

Tuesday, February 22, 2005

Profile Iblis Laknatullah 'Alaihi

Iblis l.a (nama ketua shaitan), adalah dtg dari perkataan 'ablasa' bermakna 'dia yg berputus asa dari rahmat Allah'. Manakala perkataan 'Shaitan' dtg dari asal 'shatana' merujuk kpd 'dia pernah, atau dijauhkan atau di-asingkan dari kebenaran dan rahmat Allah'.

Hasan Al Basri berkata Iblis l.a berasal dari kaum Jin [Jaami al Bayaan vol 1 p 226] sebagaimana Adam a.s berasal dari kaum manusia. Katanya kpd Allah dlm AlQuran "Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah".

Dia pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan berjaya. Dia beribadat bersama-sama malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama.

Pada langit yang pertama, dikenali al-Abid
Pada langit yang keduanya disebut az-Zahid.
Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif.
Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali.
Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi.
Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin.
Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil
Di Lauh Mahfudz, tertulis namanya sebagai Iblis.

Datang firman Allah SWT kepada hamba sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka Iblis l.a membantah kerana tidak suka berkhalifah atau ada amer.

Seterusnya dia dilaknati kerana mengingkari perintah Allah supaya sujud kpd Adam a.s.

Dia berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki."

Lalu Allah mengusirnya dari syurga, dari langit, dari bumi dan ke beberapa kawasan.Dia cuma dibenarkan masuk ke bumi dengan cara bersembunyi. Allah s.w.t melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana kekafirannya. Sebelum ini iblis ini sangat indah rupanya, banyak ilmu, kuat beribadah serta menjadi kebanggaan penduduk bumi dan langit dan ketua para malaikat.Oleh kerana menuruti hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan dia melakukan sebesar-besar kejahatan

Sabda Nabi S.A.W.: Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Nabi Musa bin Imran a.s. dan berkata : Yaa NabiyuLLaah! Apabila Tuan Hamba bermunajat kepada Allah S.W.T di Bukit Tursina, hamba hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) hamba diterimanya?

Maka sukacitalah Nabi Musa a.s. mendengarkan iblis yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan iblis. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur Nabi Adam Maka Nabi Musa a.s. pun menyampaikan firman Allah S.W.T. kepada iblis. iblis mengeluh dan berkata Wahai Nabi Musa! Semasa Adam masih hidup pun hamba tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati Maka iblis pun beredar.

Akhirnya sejarah hidupnya tercela, dilaknat dan akhirnya akan dihumban kedalam neraka oleh Allah kerana ingkar hanya kepada satu sahaja perintah Allah yakni supaya sujud kpd Adam a.s. Seorg bertanya kepada seorg sheikh yg alim, "Jika iblis menyesati anak Adam a.s, maka siapakah pula yg menyesatinya?". Jawab Sheikh itu, "Nafsunya"

-Setengah dari diatas adalah petikan dari kitab karangan Imam al-Ghazali

Thursday, February 17, 2005

Kisah Nabi Isa a.s dan 3 Penyamun Tarbus

Pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan dengan seorang teman yang baru dikenalnya. Keduanya menyusuri tepi sungai sambil menunggu utk memakan tiga potong roti. Kemudian ketika Nabi Isa A.s. pergi minum ke sungai, bila kembali tinggal 2 potong roti saja, dia bertanya, "Mana sepotong roti lagi?" . Kawannya menjawab “tak tau”

Ketika berada di hutan dan sedang keduanya berehat, Nabi Isa a.s mengambil batu kerikil, lalu diperintahkan, "Jadilah emas dengan izin Allah." Dan batu itu pun berubah jadi seketul emas, lalu dibagi menjadi tiga bagian. "Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti." Serentak teman itu menjawab, "Akulah org yang memakan roti itu."

Terus Nabi Isa a.s. berkata, "Kalau begitu kau ambillah semua bagian emas itu, dan kita berpisah." Tak lama lepas itu, orang itu didatangi dua orang perompak yang mahu membunuhnya. Org itu pun ketakutan dan menawarkan kpd perompak itu, katanya, "Aku mempunyai se-ketul emas yang ku sembunyikan, kalau kau tak membunuh ku, kita bahagikan–bahagikan antara kita." Lalu tawaran itu dipersetujui. Asbab kelaparan lalu seorg dilantik 'khidmat taam 'dan dia pergi ke pasar beli makanan,dlm pada itu timbullah niat jahat utk meracun makanan supaya emas tu milik dia seorg.

Sementara dua orang yang tinggal pula berpakat, "Untuk apa kita membagi emas ini, jika ia datang lebih baik kita bunuh saja, dan emas itu kita bagi dua." Ketika orang 'khidmat taam' itu datang, maka dia dibunuh oleh keduanya. Lalu hartanya dibagi menjadi dua, kemudian keduanya memakan makanan beracun itu, maka matilah kesemuanya, dan yang tinggal hanya emas itu di hutan.

Ketika Nabi Isa a.s. berjalan melalui hutan itu, dia bertemu semula dgn emas yg ditinggalkan itu dan ia berkata, "Inilah contoh dunia, maka berhati-hatilah kepadanya."
---------------------------------------------------------------------------
Moral cerita ini :

Bahagian ini ditapis kerana telah mengganggu ketenteraman awam
Sekian.
Yang Benar KDN

Tuesday, February 15, 2005

Kisah Habib An-Najjar (Habib The Carpenter)

Surah Yasin

[وَجَآءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يقَوْمِ اتَّبِعُواْ الْمُرْسَلِينَ - اتَّبِعُواْ مَن لاَّ يَسْـَلُكُمْ أَجْراً وَهُمْ مُّهْتَدُونَ - وَمَا لِىَ لاَ أَعْبُدُ الَّذِى فَطَرَنِى وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ - أَءَتَّخِذُ مِن دُونِهِ ءَالِهَةً إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَـنُ بِضُرٍّ لاَّ تُغْنِ عَنِّى شَفَـعَتُهُمْ شَيْئاً وَلاَ يُنقِذُونَ - إِنِّى إِذاً لَّفِى ضَلَـلٍ مُّبِينٍ - إِنِّى ءَامَنتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ ]
20. Dan kemudian tlh dtg seorg lelaki berlari dari ceruk Bandar. Dia berkata,” Wahai kaumku! Taatlah kpd utusan itu.”
21. Taat kpd mereka yg tidak meminta upah darimu, dan mereka adalah diatas jln petunjuk.”
22. “ Dan kenapa aku tidak menyembah Dia yg tlh mencipta akan daku dan kpdNya kamu akan dikembalikan.”
23. “Haruskah aku mengambil tuhan selainNya jika Ar-Rahman berkehendak kebinasaanku, penyelamat yg selain Nya tidak berguna kpd ku, malahan tidak dpt menyelamatkan ku
24. Dan sesungguhnya, jika demikian aku melakukan kesalahan yg besar
25. Sesungguhnya, Aku tlh percaya kpd Tuhan mu ( dia berkata kpd utusan itu), jadi dengarlah cakap ku wahai kaumku!

Ibn Ishaq meriwayatkan drpd Ibn Abbas, Ka’ab Al Ahbar dan Wahab bin Munabih:
Penduduk dari bandar (Antakiyah,Turki) tlh membuat keputusan utk membunuh Utusan Allah (Dari Nabi Isa), kemudian seorg lelaki tlh dtg berlari kpd mereka dari ceruk hujung bandar itu, utk menyelamatkan mereka dari kaumnya. Mereka berkata, namanya Habib, dan dia berkerja menggunakan tali. Dia adalah seorg yg berpenyakit kusta (leprosy), dan pemurah, mensedeqah separuh pendapatannya, dan fitrahnya(minat) adalah bunyian. Shabib bin Bishr berkata, meriwayatkan dari Ikramah, dari Ibn Abbas, bahawa nama org tersebut yg dimaklumkan dlm surah Ya Sin adalah Habib An-Najjar, dan dia tlh dibunoh oleh kaumnya.

Selanjutnya Ibn Ishaq berkata bila kaumnya mendengar persaksiannya (dlm ayat 25), maka kaumnya semua serentak terus menoleh kpdnya dan membunuhnya dahulu tanpa seorgpun dtg mempertahan akannya. Qatadah berkata mereka membaling batu padanya sedang dia berkata, ‘Wahai Allah berilah petunjuk kpd kaumku kerana mereka tidak mengetahui’, dan kaumnya terus merejam akan dia hinggakan dia mati dlm berkeadaan semasa sedang mendoakan hidayat utk mereka.’

[قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يلَيْتَ قَوْمِى يَعْلَمُونَ - بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ الْمُكْرَمِينَ - وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَى قَوْمِهِ مِن بَعْدِهِ مِن جُندٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَمَا كُنَّا مُنزِلِينَ - إِن كَانَتْ إِلاَّ صَيْحَةً وَحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَـمِدُونَ ]
26. Dikatakan “ Masuklah kedlm Jannah.” Dia berkata: “Kalaulah kaumku mengetahuinya.”
27. “Yg Tuhanku tlh mengampuniku, dan menjadikan aku org termulia!”
28. Dan Kami tidak memerangi kaumnya selepas apa yg terjadi kpdnya dgn tentera dari langit, dan tidak sekali-kali kami menghantarnya.
29. Tetapi hanya satu suara pekikan dan mereka semuanya kaku,

Ibn Ishaq meriwayatkan lagi dari Ibn Masud, Kaum Habib tlh memijak Habib sehinggakan usus perutnya terkeluar melalui duburnya

Bila Habib melihat ganjaran yg syurga yg diberikan oleh Allah, Dia berkata: “Kalaulah kaumku mengetahuinya.”. Qatadah berkata, ‘Kamu tidak sekali-kali akan berjumpa dgn org beriman yg tersangat ikhlas hatinya saperti Habib. Bila dia melihat dgn matanya bagaimana Allah memulia akan dia, dia berkata spt ayat 26 dan 27. Ibn Abbas berkata, :Dia sangat ikhlas kpd kaumnya (semasa hidup dan selepas matinya) dgn berkata “Wahai Kaumku, Taatilah Utusan-utusan ini” dan selepas matinya Dia berkata: “Kalaulah kaumku mengetahuinya. Yg Tuhanku tlh mengampuniku, dan menjadikan aku org termulia!”

Dari Abi Hatim. Sufyan Ath-Thawri melapurkan dari `Asim Al-Ahwal dari Abu Mijlaz: ayat 26 dan 27 bermakna Habib bermaksud kalaulah kaum dia melihat akan ganjaran hebat dan kekal yg dia terima, akan menyebabkan mereka mengikut utusan-utusan itu. Semuga Allah merahmati akan dia kerana dia tersangat inginkan kaumnya diberi hidayat.

Ulama tafsir mengatakan, “ Allah menghantar Jibril kpd kaumnya, dan dia memegang tiang-tiang pintu gerbang bandar Antakiya dan terus memekik dan mereka kaku, kesemua dikalangan mereka dan tiada satu nyawa pun yg tinggal dlm badan-badan mereka.

Nota : Kuburan Habib terletak di dlm Kawasan Masjid Habib I Naccar, Antakiya, Turki

Monday, February 14, 2005

Waltakumminkum ummatui yad(e)'u nailalkhoir

Maksud ayat Surah Al Imran

104 - Dan hendaklah ada sebahagian dikalangan kamu sekumpulan manusia yg mengajak kesemua kpd yg baik, mengajak kpd yg makruf dan mencegah drpd kemungkaran. Dan hanya merekalah org yg berjaya.

105 - Dan jgnlah kamu drpd sebahagian yg berpecah dan berbeza dikalangan mereka selepas bukti yg nyata ditunjukkan kpd mereka, dan utk mereka azab yg pedih.

106 - Dan pada hari (kebangkitan) bilamana setengah wajah akan menjadi putih dan setengahnya hitam, dan mereka yg mukanya hitam (akan dikatakan): "Bukankah kamu tlh menolak keimanan selepas menerimanya. Kemudian rasakanlah siksaan (dlm neraka) kerana menolak keimanan.

107 - Dan kpd mereka yg berwajah putih, mereka kan berada dlm rahmat Allah (diSyurga), dan mereka kekal selamanya


Tafsir Ibnu Kathir berkaitan ayat diatas, ialah berkaitan perintah Allah utk mengajak manusia kpd Allah. Allah berfirman " Waltakumminkum ummatun "- Hendaklah ada sebhg kamu yg mengajak manusia, yakni mengajak kpd keseluruhan kebenaran (mengajak kpd makruf dan mencegah dari munkar) mengikut spt yg diperintahkan oleh Allah. "Wa ula ikahumul muflihun" - Dan hanyasanya merekalah org-org yg berjaya.

Ad-Dakhak berkata, "Mereka adalah kumpulan khusus para sahabat nabi dan kumpulan khusus manusia selepas mereka, yakni mereka yg berjihad dan ulama-ulama."

Abu Ja’far Al-Bakir Radhiallaahu anhu berkata: Rasulullah s.a.w membaca ayat itu kemudian beliau berkata: (Alkhoir) ialah yang mengikut Al-Qur’an dan sunnahku.

Manakala At Thabari berkata: (Al-khair)- ialah Islam dan syariatnya yang disyariatkan Allah pada hambaNya.

Al-Ma’ruf - ialah mengikut Nabi s.a.w dan keseluruhan Islam yang dibawanya.

Al-Munkar - ialah kufur pada Allah, mendustakan Nabi s.a.w dan apa-apa yang dibawanya.

Objectif ayat diatas adalah, seharusnyalah ada sekumpulan drpd umat Islam memenuhi takaza ini, walaubagaimanapun perlulahlah dijelaskan disini bahawa kerja agama (ajak kpd makruf dan cegah drpd mungkar)ini adalah kerja wajib bagi setiap org dlm umat ini, mengikut kemampuan masing-masing. Dan amar ma’ruf nahi mungkar itu wajib kita tegakkan bersama dimana kita berada.

Maksud sebahagian adalah bermakna bukan terus-berterusan sebahagian sahaja yang buat dan sebahagian yang lain terus-berterusan tak perlu buat langsung. Kalau berlaku spt ini maka golongan yg tak buat itu bukanlah dlm golongan "Wa ula ikahumul muflihun" - Dan hanya merekalah org-org yg berjaya., ini adalah kerana syarat utk mendapat kejayaan itu tidak ditepati.

Kumpulan-kumpulan ini haruslah bergilir-gilir keluar dijalan Allah utk menepati syarat itu dan Nabi s.a.w sendiri walupun beliau sangat-sangat di perlukan di Madinah sebagai pemimpin, Imam, tempat rujukan tetapi beliau sendiri bergilir dgn sahabat khuruj fisabillillah. Sehingga di-katakan bahawa nabi s.a.w telah keluar bersama para sahabat sebanyak 150 jemaah dijalan Allah sepanjang hayat baginda. Atas kelakuan Nabi s.a.w maka tiada alasan langsung bagi umat sekarang (khususnya para Ustaz dan Alim-ulama yang sibuk dgn pengajian) utk tidak keluar dijalan Allah. Dan ayat "Wa ula ikahumul muflihun" - Dan hanya merekalah org-org yg berjaya.- merujuk kpd org yang berada dlm golongan yakni mengajak kpd keseluruhan kebenaran (mengajak kpd makruf dan mencegah dari munkar) mengikut apa yg diperintahkan oleh Allah dgn hanya satu cara sahaja yakni spt yg ditunjukan oleh Nabi s.a.w.

Kisah Abdullah Ibn Mubarak Rah. seorg ulama besar dari Iraq yang masyhur tentang ketakutannya kpd Allah. Beliau adalah ulama besar dan setaraf Abu Hanifah dan lain-lain. Beliau menjalani kehidupan beliau dlm setahun dgn 6 bulan mengajar hadith dan 6 bulan lagi beliau khuruj fisabillillah. Sepanjang masa beliau keluar di jalan Allah beliau tlh mengumpulkan debu-debu yang melekat dianggota tubuh beliau utk dijadikan ketulan tanah dan berkata, Rasullullah s.a.w bersabda "anggota tubuh yg dilekati oleh debu-debu semasa dijalan Allah akan di haramkan walaupun asap api neraka sekalipun". Al Fasawi berkata, "Saya bersama Ibn Mubarak dijln Allah suatu malam yg sejuk dan berhujan dan melihat beliau menanggis. Saya berkata "Adakah tuan menanggis kerana kesusahan ini." Dia berkata, "Saya menanggis kerana sya tidak berpeluang mengecapi ganjaran kesusahan malam ini pada malam-malam yg lepas.

Sewaktu hampir matinya, beliau telah berwasiat supaya kayu-kayu penanya (yang digunakan utk menulis hadith) dibakar utk memanaskan air memandi jenazahnya dan ketulan tanah debu yg disimpan oleh beliau digunakan utk menutupi kuburan beliau.

Muslim melapurkan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah berkata, "Sesiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dgn tangannya. Jika dia tidak mampu, biarlah dia mencegah dgn lidahnya. Jika dia tidak mampu, biarlah dia mencegah dgn hatinya. Dan ini adalah selemah-lemah iman. Dlm riwayat yg lain Nabi s.a.w berkata " Tiada lagi iman selepas itu, tiada langsung walaupun sebesai biji sawi (mustard seed)."

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Hudhayfah Bin Al-Yaman berkata, Nabi s.a.w berkata "Demi Allah yg nyawaku berada dlm genggamanNya! Kamu mesti mengajak kpd makruf dan mencegah drpd kemungkaran, ataupun Allah akan menurunkan siksaan/hukuman dariNya kpd kamu. Dan selepas itu kamu akan berdoa kpdNya, tapi dia tidak akan menerima doa kamu." At-Tirmidhi juga mengumpulkan hadith ini dan berkata, 'Hasan'.

Manakala merujuk kpd ayat 106 pula, Ibn Abbas menerangkan bahawa pada hari kebangkitan kelak muka-muka yang bercahaya putih itu adalah golongan yang mengikut Sunnah Nabi s.a.w dan muka yang hitam itu adalah golongaan ahli bidaah dan kumpulan seumpananya. Hassan Basri mengatakan mereka adalah golongan munafiqqin. Dan azab untuk mereka di dlm neraka adalah sama spt azab yg dikenakan utk org yg tak beriman.

Tuesday, February 08, 2005

Khuruj Fisabillillah

Esok Cuti Umum (Raya Org Cina Bukan Org Islam ). 5 hari cuti bolehlah buat kerja agama. Di Sri Petaling target 30 jemaah Bangla akan di keluarkan. Tuan-tuan yg ada org Bangla/Indon di kaw tuan, buatlah kerja usuli dan qususi utk keluarkan org nie, jgnlah pemalas sangat. Kalau susah nak ikram, hantarlah org nie ke Sri Petaling. Biar org bangla sendiri uruskan mereka. Bayan hidayat bahasa Bangla dengor akan dibuat esok, pukol 10 pagi di bhg depan kanan masjid.

Narrated AbuUmamah: A man said: Apostle of Allah, allow tourism for me. The Prophet (peace_be_upon_him) said: The tourism of my people is striving in the path of Allah, the Exalted.
Sunan Abu-Dawud - Book 14 Kitab Al Jihad No 2480


Jadi, faham ajer ler.. karkun-karkun tak payahlah tourism-tourism di tepi pantai dan dll, konon ikram keluarga - sekali tsunami dtg, baru tau nilai ikram . Ikram Allah dan Rasul dan Agama. Ikram dgn bawak ahlia kita keluar dijalan Allah, 3 hari, 5hari dan 10hari. Esok Bayan hidayat masturat ada diadakan di rumah Sheikh Jamaluddin Sri Petaling. Mana yg tak sempat tafakut tu joinlah jemaah yg kita kenal utk nusrah full.

Haji Hamsen beritau hari nie karkun-karkun kita beri alasan anak kecil usia bawah 2 tahun dan anak banyak untuk elakkan dari keluar masturat. Elder kita dah beri jalan keluar utk masaalah ini antaranya kita boleh nusrah jemaah masturat yg berhampiran, ataupun rumah kita boleh dijadikan utk terima jemaah masturat 3h dll.

Ana nak bagi syor pd org tanggungjawab masturat Sri Petaling supaya menyeragamkan tertib masturat masa beri bayan hidayat masturat. Ini lain org beri, lain pulak caranya. Bulan lepas sheikh yunos beri bayan kata program pagi masturat masa keluar hanya utk ahli jemaah 3 hari saja, petang baru utk karkun tempatan dan org awam. Mungkin usol baru kot ? Tak pernah dengor, yg ana faham hanya halqah quran/halqah 6 sifat ajer (utk elakan malu )tidak buat semasa ramai org awam. Itu pun utk mereka di buat satu halqah targhrib khusus. Tapi taklah sampai tidak dibenarkan dtg.

Kemudian berkaitan nama program yang dibuat, setengahnyer digelar Adabul Taklim dan yg lain masih lagi pakai Fadhilat Majlis. Mana satu yg betul nie? Ana tanya depa depa cakap Adabul Taklim dan Fadhilat Majlis tu benda alah yg sama. Cikgu Amir Seremban kata gunakan nama Adabul Taklim.

Lepas tu pulak ader setengah pembayan hidayat kata jemaah masturat boleh tangguh pada waktu petang sebelum maghrib. Cikgu Deris Hulu Langat pulak kata boleh tangguh malam utk cukupkan 72 jam, pasal usaha masturat sekarang nie dah masuk dlm nisab ahli jemaah sekalian. Mana satu yg betul nie???? Peninglahhh!! Seragamkanlah tertib masturat nie. Manakala sipembayan masturat kena cakap usol sebenarnya, bukan apa yg dia amalkan. Kalau 72 jam cakaplah 72 jam, bukannyer balik asr ker, balik maghrib ker.

Org yang betul-betul pakar usaha masturat di Sri Petaling tu, patut lah tampil kedepan utk usaha penyeragaman, itupun dgn restu syura.

Mesyuarat Bulanan KL utk bulan 2/2005 akan di adakan pd 16/2/2005 bersamaan hari rabu jam 6.00 ptg, Sheikh Maidin taghrib dtg awal utk dengar karguzari.Dia punya taghrib aku tak ingat utk dituliskan tapi yg ingat hanya dia suruh kita tobat dan tobat dan tobat pasal banyak dosa, pasal tu tak dpt buat usaha agama dgn sempurna.

Monday, February 07, 2005

Sri Petaling e-WeeklyNewsletter 1/05

Koran Pak.. Koran Pak.. Koran pak
--------------------------------------------------------------------------
Bahagian ini ditapis kerana telah mengganggu ketenteraman awam
Sekian.
Yang Benar KDN
--------------------------------------------------------------------------

Palestin
Malam markaz, jemaah dari Palestin beri bayan arab. Kata beliau berkaitan Palestin, "20 tahun yang lampau iman dan amal org Islam Palestin tak tumpah macam org Yahudi. Dgn berkat usaha agama sekarang di Palestin tlh ada 10 markaz dan 3 daripada markaz adalah berada dikawasan org Yahudi. Salah satu dari markaz adalah di Masjid Bab Ludd, yakni dimana disinilah dlm hadith Nabi s.a.w berkata "Isa a.s akan membunuh dajjal di Bab Ludd".
Di markaz ini hasil dari usaha dakwah, wanita-wanita Islam telah mula memakai purdah dan usaha masturat berjalan dengan giatnya. Melihat akan keadaan ini ramai wanita-wanita yahudi telah masuk Islam asbab terkesan dgn amalan wanita Islam kita. Dan mereka pun tlh memakai purdah sempurna. Dalam seminggu dua ini banyak jemaah masturat telah di keluarkan 3H, 15 hari dll. Walau pun hidup kami sengsara disana tetapi usaha dakwah bergiat cergas. Kita minta supaya banyak jemaah dari Malaysia di hantar ke Palestin".

Aceh
Rabu baru nie karguzari Jemaah 10 Hari baru balik dari Acheh. Jemaah nie sepatutnya pergi ke Kuching Sarawak, tapi di reroute ke Acheh asbab takaza disana. Ada 2 jemaah Sri Petaling dan Batu Pahat. Jemaah S.P pergi ke Muelaboh dan Calang dan Banda Acheh. Manakala jemaah dari Batu Pahat hanya sekitar di Banda Acheh ajer (kerana tak sedia mujahadah---->bahagian ini ditapis kerana mengganggu ketenteramanan awam <--------). Sheikh Jamuluddin berkata, " Alhamdullillah jemaah kami masuk ke Acheh melalui Medan. Kebiasannya sesiapa yang nak pergi keAcheh kena buat lapor diri pihak berkuasa tentera TNI di sempadan dan akan di pantau dgn rapi. Tetapi bila kami cakap dari Malaysia maka mereka dgn mudah beri laluan kerana fikir kami nie dlm misi kemanusiaan dari malaysia.

Disana jalan darat banyak yang rosak dan terputus, jadi utk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain kami menaiki heli TUDM. mereka memberi khidmat cemerlang kpd kami. Dari sana Kami pergi ke melaboh. Di sini 75 % penduduknya dan bandarnya hancur. Kami tinggal dimasjid, yang mana dalam masjid tu Karkun aceh dan masturat tinggal. Ada sebanyak 50 jemaah dari markaz Jakarta dihantar utk keluar di Aceh.

Usaha yang dibuat oleh Karkun Indon ialah dakwah dan sebahagian masa yg lain mereka cari mayat. Mayat di sana-sini. Hinggakan kami susah nak buang air kerana terjumpa rambut, tengkorak dll. Setengah tempat kami hanya makan roti saja dan mujahadah. Tempat yg paling teruk kena adalah di Calang di mana tempat itu spt padang jarak padang terkukor, hancur. Disina makanan banyak tuan, Beras dan Indo mie banyak, tak payah hantar makanan lagi. Apa yg mereka minta hanya hantar telekong, sejadah dan bantuan kerohanian. Mereka masih lagi dlm keadaan trauma. Jemaah 3 hari dpt cash dikeluarkan. Dulu sebelum bencana org-org disini tak suka jemaah dan buat tak tau dgn jemaah. Sekarang hati mereka lembut tuan.

Masa balik kami naik Hercules dan berjumpa dgn org besar Indon dan Wakil Malaysia Ke PBB En Rozalli, dia pun terkejut macam mana kami boleh berada diAceh. Dia minta supaya banyak lagi Jemaah tabligh dihantar ke Acheh kerana meraka masih dlm trauma dan perlukan bimbingan kerohanian.

Penutupnya, Sheikh Jamal kata banyak Jemaah perlu dihantar lagi. Org tanggung-jawab disana kata kalau dtg bawalah banyak wang sikit utk belanja dan ikram makan org di Acheh. Dan kami sendiri menjamu makan org acheh kata sheikh jamal. InsyaAllah tuan!!!!! Sapa sedia!!!! OK siapa sedia!!!!!!!!!!!!!!!!.
Tasykil di buat: Sila beri nama di bahagian komen atau e-mail pada saya. Sila beri nama, azam, alamat, tel utk di hantar ke jemaah taskil sri petaling dan ditafakut.

InsyaAllah tuan siapa sedia!!!!!!!. Lagi tuan siapa sedia!!!!. InsyaAllah, Dunia dah nak kiamat tuan!!! Apa lagiii. Cepat tuan!!!! Pintu taubat masih terbuka lagiiii !!!!! .

Friday, February 04, 2005

Musa a.s Dan Si-Pendosa

Diriwayatkan bahawa pada hari Musa a.s dan Bani Israel tersesat di padang pasir, kemarau teruk berlaku. Bersama mereka berdoa pada Allah memohon hujan. Sewaktu menadah tangan berdoa dan melihat kelangit, tiba-tiba mereka melihat awan yg ada telah hilang dan cuaca semakin panas terik dan kemarau semkin buruk.

Allah mewahyukan pada Musa a.s bahawa terdapat seorg pendosa besar dikalangan umatnya yang mana org itu telah berdosa selama 40 tahun lamanya. Allah berkata "Asingkan org itu dari jemaah engkau, barulah aku akan menunaikan doa mu dgn menurunkan hujan"

Musa a.s kemudian keluar di khalayak ramai manusia dan berkata " Ada seorg dikalangan kita yg mana ia tlh ingkar kpd Allah selama 40 tahun lamanya. Dia haruslah mengasingkan diri dari jemaah yang berdoa ini maka dengan itu barulah kita boleh terselamat dari kemarau ini". Org itu, menunggu, toleh kiri-kanan, berharap ada org lain yg akan kedepan, tapi tiada. Peluh membasahi dahinya dan dia pun mengetahui org yg dimaksud oleh Musa itu ialah dirinya.

Org itu sedar bahawa jika dia masih berada dlm jemaah Musa mereka semua akan mati kehausan, dan jika dia melangkah kedepan maka dia akan dimalukan selamanya.

Dgn itu dia menadah tangan berdoa dgn seikhlas-ikhlasnya, dgn rendah diri dia berdoa sambil mengalirkan air-mata dia berkata " Ya Allah, kasihanilah daku, Ya Allah, sembunyikanlah dosaku, Ya Allah ampunilah daku".

Sewaktu Musa a.s dan pengikutnya Bani Israel menunggu pendosa itu mengisytiharkan dirinya, tiba-tiba awan dilangit berkumpul semula dan hujan turun mencurah-curah. Musa a.s bertanya pd Allah, "Wahai Allah, kau rahmati kami dgn hujan walaupun pendosa itu tidak tampil kedepan." Dan Allah berkata, " Ya Musa ini adalah kerana dari dia yang diberkati dan dgn ini aku merahmati semua Bani Israel dgn air hujan."

Musa a.s, ingin tahu siapakah org yang diberkati itu, bertanya " Tunjuki aku akan dia ya Allah!". Allah menjawab, " Wahai musa, Aku telah meyembunyikan dosanya selama 40 tahun, adakah engkau fikir selepas dia bertaubat aku akan menunjuki siapa dia?"

Kisah Abu Dah Daah Dan Se-Pohon Tamar

Kisah mengenai sahabt Nabi s.a.w Abu Dah Daah yg telah merebut peluang keemasan yang besarnya lebih dari langit dan bumi.

Seorg sahabat dewasa Nabi s.a.w mempunyai tanah kebun bersebelahan dgn tanah kebun seorg anak yatim. Siyatim itu telah menuntut bahawa ada sepohon pokok tamar dlm tanah sahabat tadi adalah mileknya. Sahabat ini telah menolak tuntutan itu dan atas asbab itu siyatim itu telah mengadu dgn Nabi s.a.w.

Secara adilnya Nabi s.a.w telah mengukur dua tanah tersebut dan mendapati bahawa pohon tamar itu berada dlm tanah sahabat dewasa itu. Siyatim itu telah menangis teresak-esak dan melihat akan itu Nabi s.a.w telah menawarkan kpd sahabt itu "Mahukah kamu memberikan pohon itu kpd anak yatim dan kpd engkau akan dpt sepohon kurma dlm Jannah?. Walau bagaimana pun sahabat tadi dlm keadaan marah dan tidak percaya yg anak yatim itu akam memalukannya dgn mengadu kpd nabi telah melepaskan peluang dgn pulang dalam keadaan marah.

Tetapi ada seseorang telah merebutkan tawaran nabi s.a.w. Abu Dah Daah r.a telah mendengar tawaran nabi s.a.w dan terus berjumpa dgn nabi dan berkata " Ya Rasullullah, jika saya membeli pohon itu darinya dan memberikan kpd siyatim itu, bolehkah saya memiliki pohon syurga itu?". Rasullullah s.a.w menjawab , "Ya".

Abu Dah Daah r.a telah mengejar org itu dan bertanya, "mahukah kamu menjual sepohon tamar itu kpd saya dgn seluruh tanah kebun tamar saya?". Sahabat dewasa itu menjawab, " Ambillah ia kerana tiada kebaikan utk saya kerananyalah saya tlh diadukan kpd nabi s.a.w tentangnya".

Dgn pantas Abu Dah Daah pulan kerumah dan mendapati isteri dan anak-anak nya sedang bermain dlm kebun dan berkata " Tinggalkan kebun ini!" jerit Abu Dah Daah, " kita tlh menjualnya kpd Allah!, kita tlh menjualnya kpd Allah!".

Sebahagian dari anak-anaknya masih lagi menggengam buah tamar dalam tangan dan dia pun dgn pantas telah merampas buah itu dari tangan mereka dan mencampakkan kembali dlm kebun. "Kita tlh menjualnya kpd Allah!".

Bila Abu Dah Daah r.a kemudiannya syahid di medan pertempuran Uhud, Rasulullah s.a.w berdir disisi mayatnya dan berkata, " Berapa banyak pohon-pohon tamar yang rendang yang kau dah miliki sekarang di syurga, wahai Abu Dah Daah?

Pengajaran: Apakah yang Abu Dah Daah rugi? Tamar-tamar? Semak? Tanah?. Apa yang dia empunya? Syurga yg mana luasnya antara langit dan bumi.

Di Sudut Bawah Mimbar Jumaat

Alhamdulillah, Syukur kita kepada Allah tuhan robbul alamin,

Wahai Org-org Islam Sekalian.Izinkan saya yg tak empunya tauliah ini membuat seruan dgn bercakap sedikit berkaitan agama yang sangat-sangat saya kasihi ini. Pagi ini yakni sebelum khutbah jumaat dimulakan saya hamba yg lemah dan dhaif ini ingin menjunjung perintah Nabi s.a.w "Ballighu a'nni walau ayatan" - Sampaikan dari ku walaupun sepatah ayat.

Tuan-tuan, usaha agama yg sedang berjalan di seluruh dunia sekarang ini, adalah satu usaha yang sangat-sangat penting. Kita umat nabi s.a.w adalah umat yg terbaik, bukan kerana amalan kita spt solat, quran, zikir dll (Kita sendiri tahu mutu amalan yg kita sembahkan pada Allah) tetapi adalah kerana kita di perintahkan oleh Allah untuk menjalankan kerja yang mana semua nabi-nabi terdahulu tlh buat. Kita bukan nabi kerana kenabian tlh khatam, tetapi kita adalah penolong nabi-nabi sebagai mana Kumpulan hawariyun membantu Isa a.s, Bani Israel dgn Musa, para sahabat dgn Nabi s.a.w. Malahan kita adalah lebeh baik lagi drpd penolong nabi-nabi sebelum nabi muhammad s.a.w. Kenapa saya bercakap begitu, ini adalah kerana mereka-mereka menjadi penolong anbia sewaktu nabi-nabi ini masih wujud lagi, tetapi kita adalah penolong nabi s.a.w selepas wafatnya nabi.

Allah berfirman dlm Al-Quran : "Kuntum khairo ummatin ukhrijatlinnas. tak muru nabil makru wa tanhauna'anil munkar, wa tuk minu nabillah." - Kamu (umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan utk manusia, kamu mengajak kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah.

Sahabat Umar bin khottob berkata: “ Barang siapa yang ingin masuk dalam kategori umat ini maka ia harus memenuhi syarat yang telah ditentukan oleh Allah dalam ayat tersebut.” Yakni harus melaksanakan amar ma`ruf, nahi munkar, serta tidak ketinggalan juga harus iman kepada Allah secara sempurna.

Thursday, February 03, 2005

Bayan Iktibar

Alhamdullillah, sebanyak lautan ku panjatkan syukur kepada Allah subhanahuwata'ala atas nikmat iman dan Islam yg telah diberikan kepadaku. Kalau dihimpunkan kau-kayu didunia ini utk di jadikan pena, dan lautan sebagai dakwatnya, digunakan keduanya utk mencatit akan nikmat Allah nescaya akan habislah kayuan dan lautan dimuka bumi nescaya nikmat2 yg dikurniakan oleh Allah masih belum habis lagi dicatitkan.

Allah s.w.t berfirman dlm surah Fathir ayat 15 , " Ya aiyuhannas, Antumul fuqaro u ilallah, wallahu huwal ghoniyulhamid" - Wahai manusia, kamu semua adalah faqir (memerlukan) kpd Allah, dan demi Allah Dialah Allah Yang Maha Kaya dan Yang selayaknya disembah.

Kita adalah faqir, miskin dan hina. Kita adalah hamba Allah, kita tiada hak atas apa-apa malahan diri kitapun bukan milek kita malahan semuanya adalah milik Allah semata-mata. Wang ringgit, rumah, kenderaan semuanya kita rasa adalah milek kita dan kita himpunnya, kita gunakan ikut nafsu kita, kehendak kita dan kita tertipu dgn perkara ini, dan bila tersedar sudah terlambat. Bila kita tersedar? Bila malaikat maut dtg ambil nyawa kita, masa itu barulah kita sedar yang kita tak empunya apa-apa pun.

Allah berfirman dlm Alquran "Qullu nafsin za ikatul maut, summa ilaina turjaun" - Semua yg bernyawa pasti akan merasai maut, kemudian kepada Nyalah kamu akan di kembalikan. -Al- Ankabut, Ayat 57.

Didlm ayat yang lain "Qullu nafsin za ikatul maut, wa nab(e)lukum bis(sys)yarri wal khairii fitna, wa ilaina turjaun" - Setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut , dan kami duga kamu dgn ujian perkara yg baik dan yg burok, kepada kamilah kamu akan di kembalikan - Al-Anbia ayat 35.

Dalam dua ayat di atas, Allah menerangkan kpdnyalah kita akan dikembali. Kita dikembalikan utk apa? Saja-saja aje ker kita akan dikembalikan? Tidak. Kiata akan disoal akan amalan kita masa di kehidupan dunia ini. Dlm Alquran Allah memberi tahu "Wattaqu yauman turjaunna fihi ilallah, summa tuwaf faa qullu nafsim ma kasabat wahum la tuzhlamun" - Dan takutilah pada hari kamu dikembalikan pada Allah, dan setiap jiwa akan dibalas akan amalannya, dan tiada sesiapa pun akan dizalimi. -Al Baqara 281.

Milek kita apa ? itulah iman dan amal. Itulah yang kita perkecilkan, yang kita rasa tidak penting dlm kehidupan kita. Masa itu barulah kita rasakan akan kepentingan iman dan amal, tapi sudah terlambat. Pandang kanan amal kebaikan sikit, pandang kiri amal burok macam gunung nak hempap kita, pandang depan lubang kubor pandang belakang dunia yang semakin jauh kita tinggal.

Dunia akan berkata wahai manusia, wahai anak adam. Kamu meninggalkan aku atau aku meninggalkan kamu. kubor akan berkata wahai manusia dlm dunia ini tiada org yg lebeh aku benci melainkan engkau. Sekarang kau lihatlah azab ku.

Setahun telah berlalu, Februari muncul kembali dgn kehangatan semalam...

Alhamdulillah setelah setahun berlalu aku kembali dgn azam baru utk menjadi insan yg paling sempurna dlm ketaatannya kpd Allah di permukaan alam ini. Peristiwa yang berlaku di Aceh baru-baru ini masih lagi menusuk di fikiranku.

150,000 manusia di musnahkan dlm hanya sehari-satu malam sahaja. Acheh.. oh .. Acheh, apalah dosa yg tlh kau lakukan sehinggakan bumi hampir terbelah, langit hampir runtoh, gunung hampir pecah dan lautan terus menelan tanpa ihsan... La'in syakartum laa azidannakum wa la'inkafartum inna azabilasydid. Barang siapa yg bersyukur akan nikmatku akan ku tambahi akanya dan Barangsiapa yang kufur akan nikmatku sesungguhnya azab ku amatlah pedih sekali...