Friday, April 29, 2005

Hati Ini Hanya Milik Allah

Ulama mengatakan selagi di dalam hati kita ada selain Allah atau 'ghairullah', maka selagi itulah kebesaran Allah atau iman takkan sempurna masuk ke kedalam hati kita. Hati ini hanya milik Allah dan Allah itu amat cemburu. Allah mau 100% dalam hati kita adalah Allah. Sekiranya 99.999% ada Allah dan cuma 0.001% sahaja ada 'ghairullah', iman saperti itu pun pasti akan ditolak oleh Allah. Semua dosa hambanya Allah boleh ampun tetapi dosa syirik kepada Allah tiada keampunan.

Seorang pujangga Parsi menulis:

Seseorang telah pergi ke pintu Yang diCintai dan mengetuk.
Satu suara bertanya, ' Siapa di sana?'
Dia menjawab, ' Aku '
Suara itu berkata, ' Tiada ruang untuk Aku dan Engkau.'
Pintu itu ditutup

Selepas setahun keseorangan dan dihampakan dia kembali dan mengetuk.
Satu suara dari dalam bertanya, ' Siapa di sana?'
Lelaki itu berkata, ' Engkau. '
Pintu itu mula dibukakan untuknya


Allah...Allah...
Selagi di dalam hati kita ada 'Aku' dan bukan Allah maka selagi itulah pintu menuju kepada Allah akan tertutup. Harta aku, kereta aku, rumah aku, isteri dan anak-anak ku, perkerjaan aku, perniagaan aku dll. Semuanya ada kaitan dengan 'Aku'. Sifat 'keAkuan' harus dibuang dan sifat hanya 'Allah' perlu ada didalam hati kita sebagai syarat menuju kepada Allah.

Oleh itu usaha sungguh-sungguh perlulah dibuat. Cara yang berjaya adalah saperti cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Allah berfirman:

Qul in kuntum tuhibboona Allaha faittabiAAoonee yuhbibkumu Allahu wayaghfir lakum thunoobakum waAllahu ghafoorun raheemun

Katakanlah (Wahai Muhammad kepada umatmu): "Jika kamu mencintai Allah, Ikutilah aku: Nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosamu: Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasehani." - Al Imran 31



Tuesday, April 26, 2005

Gelegak Cinta Buat Mu Wahai Allah

Aku umpama Si Majnun di dalam hatiku yang lemah ini, tanpa jasad,
Kerana aku tak empunya kekuatan untuk menandingi cinta Tuhan.
Setiap hari dan malam aku meneruskan usahaku
untuk membebaskan diri ini dari ikatan rantaian cinta; satu rantai yang menyebabkan aku terpenjara.
Bila mimpi akan Yang Dikasehi bermula, diriku akan berdarah.
Kerana aku tidak sedar sepenuhnya, Aku takut aku akan melumuri Nya dengan darah hatiku
Sebenarnya, Kau, Wahai Kekasih, harus bertanya kepada sang pari-pari;
Mereka tahu bagaimana aku terbakar sepanjang malam.
Semua telah pergi tidur,
Tetapi aku,
Yang telah memberikan hatinya kepada Mu,
tidak tahu tidur saperti mereka.
Sepanjang malam, mataku memandang ke langit, menghitung bintang-bintang.
Cinta Nya yang mendalam telah mengambil tidurku
Yang mana aku tidak pasti ia akan kembali lagi.
****** Divan Al-Kabir- Rumi*******

Wednesday, April 20, 2005

Kewafatan Nabi S.A.W

Hari Khamis ini, 12 Rabiul Awwal, saperti setiap tahun, semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyambut perayaan 'Maulidur Rasul' dengan gembira dan meriahnya. Di jalan-jalan mereka berarak dan bersepanduk melaungkan selawat dengan menggunakan pembesar suara. Manakala di masjid-masjid pula mereka berzanji, memperdengarkan ayat suci Al-Quran, mengadakan ceramah-ceramah dan pada penutup majlis, mereka bergembira dengan pelbagai juadah makanan dan minuman. Semua mereka faham bahawa mereka perlu berasa gembira menyambut perayaan hari kelahiran Nabi S.A.W. Ada masjid-masjid yang tidak berkesempatan merayakannya pada hari Khamis, mereka menukar program ke hari Sabtu dan lain-lain.

Tapi satu persoalan timbul? Tahukah kita bahawa pada hari perayaan itu juga, yakni 12 Rabiul Awwal , adalah hari wafatnya Nabi S.A.W?. Dan tahukah kita bahawa Nabi S.A.W dilahirkan oleh ibunya Aminah pada waktu Suboh sadiq?. Dan juga tahukah kita waktu wafatnya Nabi S.A.W adalah antara waktu Dhuha dan Zawaal?.

Jadi butakah mata kita utk melihat waktu bila perarakan 'Maulidur Rasul' itu dibuat. Tak lain tak bukan ianya dibuat antara waktu Dhuha (9.00 a.m) dan Zawaal (1.00 p.m). Jadi?. Perarakan kegembiraan ini untuk 'Hari Lahir' beliaukah atau perarakan kegembiraan untuk 'Hari Wafat' nya beliau? Wajarkah kita bergembira dihari wafatnya beliau?. Kenapa dibesar-besarkan hari kelahiran beliau sahaja dan tidak hari kewafatan beliau?

Kewafatan Nabi S.A.W Pada 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah
Selepas menunaikan haji perpisahan, Rasulullah kembali ke Madinah. Dalam perjalanan pulang beliau telah singgah di Uhud untuk menziarahi dan mengucapkan selamat tinggal kepada syuhada-syuhada yang telah mengorbankan diri untuk agama Allah. Di sana beliau telah berdoa untuk mereka. Selepas Uhud baginda singgah di perkuburan 'Jannatul Baqi' di Madinah dan berdoa untuk mereka juga.

Di bulan Muharram 11 Hijrah, beliau telah jatuh sakit dan sakitnya semakin bertambah teruk dari hari ke hari. Bila penyakitnya semakin parah beliau telah meminta izin dari isteri-isteri beliau yang lain utk menghabiskan hari-hari terakhir beliau di rumah Hadrat Aishah R.A. Solat terakhir yang beliau lakukan adalah waktu Maghrib dgn Abu Bakr R.A dilantik menjadi imam. Rumah Nabi S.A.W bersambung dgn masjid Nabawi dan kali terakhir sahabat melihat nabi s.a.w ialah dia menjenguk dari pintu rumahnya melihat sahabat-sahabat sedang bersolat dan beliau telah melambaikan tangannya yang mulia kearah mereka kerana bersyukur melihat akan amalan mereka. Kesihatan Nabi S.A.W bertambah tenat dan pada hari Isnin, antara waktu Dhuha dan Zawaal, 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah, Nabi S.A.W menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Hazrat Fadal bin Abbas (R.A.) Hazrat Ali (R.A.), Hazrat Usama (R.A.) memandikan jenazah beliau dan dimakamkan di kamar yang dihuni oleh baginda dan Aishah (R.A). Nabi s.a.w pernah bersabda kuburan baginda ialah di tempat pembaringan sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tuesday, April 19, 2005

Maulud Nabi- Menyatukan Atau Memecah-belahkan

Perayaan ini dilarang oleh syariah. Ia adalah bidaah dan bukan amalan agama. Amalan didlmnya penuh dgn amalan bukan agama dan amalan pembaharuan spt yg terdpat dalam agama Yahudi,Kristian, Budha dan Hindu. Berarak dijalan-raya spt agama hindu dan budha di hari thaipusam membawa patung dan sepanduk, spt agama kristian berarak membawa salib mereka , saperti agama yahudi menjunjung kitab mereka dll. bercampur lelaki dan wanita, laki-orang dan bini orang, anak bujang dan dara, janda dan duda, syaitan dan nafsu syahwat. Membawa sepanduk keliling kampung.

Perayaan menyambut Jesus


Perayaan Menyambut Hari Lahir Buddha


Perayaan Maulud Nabi



Lihatlah persamaan amalan mereka!

Tidak pernah dibuat oleh Nabi s.a.w, Khulafa Ar-Rasyidin, Para sahabat, Taabiin, Tabi-tabiin.Tidak pernah tercatat dalam sebarang kitab-kitab hadith sahih dan muktabar. Nabi s.a.w tidak pernah sepanjang hayat merayakan kelahiran baginda atau pun kelahiran Nabi-nabi sebelum baginda. Nabi tak pernah merayakan hari lahir anak dan isteri beliau,Fatimah dan Aishah r.a. Begitu juga semua nabi-nabi tidak pernah merayakan kelahiran mereka. Amalan ini adalah amalan Abu Jahal l.a., ketika kelahiran nabi s.a.w, beliaulah orang yang paling gembira dan merayakannya.

Nabi s.a.w tidak pernah menyuruh umatnya melakukan amalan ini semasa hidup dan selepas matinya. Apa yang diberitahu adalah jgn mengagungkan beliau saperti org Kristian mengagungkan Isa a.s. Apa yg di pinta oleh Nabi s.a.w adalah beribadatlah kepada Allah seluruh hidup kita, dan bukan hanya berselawat pada hari itu dan dgn berarak secara bodoh dan sia-sia di jalan raya spt dlm gambar yg dilampirkan.

Sekiranya perayaan ini adalah amalan suci dan bertujuan utk menunjukkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w, adakah sahabat dan org-org yang terbaik 3 kurun selepas mereka begitu jahil akan amalan ini sehingga tidak merayakanya?

Bila tiada perintah sebegini dibuat maka pastilah amalan ini tiada hubung-kait dengan agama Islam. Ahli-ahli dalam perayaan ini juga secara membuta-tuli percaya yang Nabi s.a.w datang dalam majlis ini dan dgn kepercayaan ini mereka bangun menghormati dan mempersilakan baginda. Ini adalah amalan pemalsuan dan amalan ahli jahil muraqab.

Akhir kata kenapa kita hanya rayakan hari lahir beliau?. Kenapa kita tidak memperingati susah-payah beliau dlm Islam tercinta ini. Begitu juga bagaimana hari wafatnya beliau. Tak lain tak bukan kita hanya ingatkan dunia ini sahaja kerana sangat cinta akan dunia ini dan lupa akan hari mati kita. Tak hairanlah laman rumah dan kebun kita bersihkan tetapi kubor ibu, bapa dan nenek moyang kita dibiarkan semak-samun. Sekian

Monday, April 18, 2005

Kisah Musa A.S Dan Pengembala 'Majzoob'

Kisah ini adalah mengenai seorang pengembala di suatu pergunungan dimana setiap hari dia meraung dan menangis asbab cinta dan rindu yang amat sangat kepada Allah s.w.t.

Dalam tangisan dan raungannya dia berkata:

'Wahai Allah, Dimana Kau Akan Berjumpa Dgn Ku?
Jika Kau Menemui Ku, Aku Akan Menjadi HambaMu,
Memperbaiki PakaianMu, Menyikat RambutMu
Dan Jika Kau Jatuh Sakit, Aku Akan MerawatMu.
Jika Aku Menjumpai RumahMu,
Akan Ku Bawa Susu Dan Ghee KepadaMu Siang Dan Malam
Akan Ku Cium Tangan-tanganMu Dan Mengurut Kaki-kakiMu.
Bila Menjelang Masa TidurMu,
Akan Ku Bersihkan Tempat TidurMu.
Wahai Allah, Semua Kambing-kambing ini Ku Korbankan Untuk Mu.
Wahai Allah Apa sahaja Perkataan Yang Aku Ucapkan Tentang Kambing-kambing Ku
Sebenarnya Aku Berkata-kata Kerana Kesunyian Cinta TerhadapMu
Kambing Itu Hanyalah Alasan Sahaja'

Sewaktu si Pengembala ini menyuarakan hatinya Kpd Allah dengan ucapan-ucapan cinta ini, tiba-tiba secara kebetulan Nabi Musa a.s melalui kawasan tu dan terdengar ucapannya. Dia berkata:

Wahai Pengembala, Apakah Kau Fikir Allah Itu Saperti Seorang Hamba
Apakah Dia Empunya Kepala Untuk kau Sikati RambutNya
Apakah Dia Lapar Untuk Kau MemberiNya Susu Kambing Untuk Diminum
Wahai Si Jahil, Allah Itu Bebas Dari Sebarang Kecacatan Dan Keperluan
Bertaubatlah Segera, Ucapan Mu Adalah Ucapan Syirik
Sesungguhnya Allah Tidak Berkehendak Akan Sebarang Khidmatmu

Bila sipengembala mendengar ucapan Musa a.s, dia merasa teramat malu. Dlm ketakutan dan susah hati, dia mengoyakkan pakaiannya dan mula menanggis teresak-esak, berlari menuju kearah padang pasir.

Allah s.w.t menegur perbuatan Musa a.s dan berkata:

'Wahai Musa, Kenapa Kau Mengusir HambaKu Dari Ku?
Aku Mengutus Mu Untuk Membawa Mereka kepada Ku,
Bukan Menjauhkan Mereka Dari Ku'

*Mathnavi
Kenapa Kau Menjauhkan HambaKu dari Ku
Adab Yang Mulia Adalah Dari Sibijaksana
Tapi, Mana Mungkin Keluhan Dari Sipengembala Itu Menjadi Bijaksana
Dia Yang Bajunya Terkoyak Akibat Cinta Sejati
Pakaiannya Tidak Boleh Diperbaiki Dengan Kebenaran.
Arah Mana KekasihKu Pergi
Dimana KekasihKu Yang Gila Itu Hilang
Walaupun Cinta Itu Tiada Alasan Dan Malu
Dan Walaupun Ucapannya Nampak Celupar
Tapi Dari Lubuk Hatinya Adalah Suci
Walaupun Ucapannya Nampak Biadap
Tetapi Sebenarnya Ia Adalah Perkataan Kasih Dan Bersemangat
Dengan PerkataannyaYang Tersendiri, Dia Mabuk Menggila

Dia Yang Sedang Mencari Singahsana Kemuliaan

* 'Majzoob' dari segi bahasanya adalah seseorang yang fana'atau hilang kesedaran diri asbab cintanya yang amat sangat terhadap Allah s.w.t. Ini biasa terjadi pada ahli-ahli sufi dan tarikat asbab terlalu kusyuk berzikir hingga sampai keperingkat atau makam tertentu.

Nabi Musa a.s sebagai pembawa shariat, menegur sipengembala apa yang salah. Allah s.w.t pula menegur Musa a.s, bukan utk melarangnya menunjuki jalan yang benar tetapi mengajar Musa a.s cara yang betul apabila memberi nasihat kepada umatnya.

Friday, April 15, 2005

Rupa Allah s.w.t

Nafi' bin al-Azraq, selepas perang Siffeen, sekali bertanya kpd Saydina Hussein r.a tentang rupa Tuhan yg disembahi.

'Wahai Nafi', kata Saydina Hussein, 'Barangsiapa menggunakan bayangan/simbol-simbol dalam perkara agama akan sentiasa berada dalam keadaan kekeliruan, tersesat asbab tersandong dari jalan kebenaran, kemana sahaja dia pergi akan terperangkap dlm kesesatan , tersasar dari jalan lurus, dan bercakap perkara yang buruk dan sia-sia.

Wahai anak Azraq! Aku boleh menceritakan tentang Tuhanku hanya dengan perkataan-perkataan yang Allah sendiri menerangkan tentang diriNya. Tidak dapat di kenalpasti melalui 5 pancaindera. Jangan membandingkan Nya dgn manusia. Sangat hampir tetapi tidaklah ketahap boleh disentuhi. Sangat jauh tapi tidak terlalu jauh hingga tak dapat dikesani. Dialah Yang Esa dan tiada sekutu. Dikenali melalui tanda-tanda kebesaran Nya. Diterangkan melalui sifat-sifat Nya. Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Besar, Maha Tinggi.'

(* Peringatan buat diriku yang ego:
Kpd rakan-rakan seusaha, janganlah pulak kita ter'over' bila bercerita kpd manusia tentang Allah s.w.t. Ikutlah panduan saperti yang diberi diatas. Bercakaplah ikut pesanan/nasihat ulama dan tahap ilmu yang ada pada kita. Renungilah kembali bayan-bayan yang diberi oleh mereka sebagai panduan. Jangan berbunga-bunga ikut sedaprasa kita sewaktu berkata-kata. Sekian )

Thursday, April 14, 2005

Sri Petaling E-Newsletter 04/05

Bayan Taghrib Mesyuarat Bulanan KL 13/04/2005.
Masa Lepas Maghrib

Hj. Aziz Hasby berkata..

-Maulana Yusof Sab berkata keyakinan kepada 'ghairullah' dlm diri kita ialah umpama najis yang ada dlm hati kita, malahan yakin spt ini baunya lebeh busuk lagi daripada najis.

-Maulana Yusof beri tau dlm bayan, 'Orang Amerika, bila mereka keluar jemaah mereka tak sanggup tinggalkan dunia mereka. Masa keluar, bila sampai tempat tasykil, mula-mula mereka akan talipon rumah mereka beritau dimana mereka, lepas tu mereka akan talipon kedai, pejabat dll. Mereka tak sanggup tinggalkan dunia mereka walaupun semasa keluar jalan Allah. Inilah tabligh Amerika'

- Seorg profesor dari Universiti Aligar beri tau pada Maulana Yusof, 'Kami pensyarah-pensyarah universiti mempunyai masaalah berlainan dgn itu jazbah kami tidak sama. Begitu juga , masaalah peniaga lain , masaalah petani lain, semuanya tidak sama'. Maulana menjawab, 'Tidak!. Kita org Islam , semuanya mempunyai hanya satu saja masaalah yakni yakin kpd 'ghairullah.' Kita org Islam kena buang semua jazbah kepada 'ghairullah'. Kita kena buangkan keyakinan spt ini dan kena ada hanya satu jazbah sahaja, yakni, jazbah utk mentaati perintah Allah ikut cara Nabi s.a.w.'

-Kalau kita yakin kepada duit dan harta utk selesaikan masaalah kita, maka Allah akan letakkan kita dikuasai oleh org yang banyak harta daripada kita.Kalau kita yakin kepada kuasa dan pangkat, Allah akan biarkan kita dibawah kuasa orang yang ada lebih kuasa dari kita. Kalau kita yakin kepada negara, Allah akan biarkan kita dikuasai oleh negara yang lebeh kuat dari kita.Kita kena buang semua jazbah 'gahirullah' dan hanya ada satu jazbah sahaja.

-Amal adalah asbab sebenarnya utk Allah pelihara kita. Bukannya pada harta, kuasa dan negara. Ghast, taklim, solat, quran, zikir adalah asbab amal utk kejayaan kita. Kita kena ada jazbah spt nabi s.a.w. Satu saja jazbah. Jazbah saya adalah 'saya adalah dai Allah, penolong nabi, waris kitab dan Khalifah Allah'. Bukan jazbah spt 'saya adalah seorang doktor, saya engineer, saya peniaga dll.'

-Pada zaman Maulana Ilyas, Ada seorg rakan seusaha bernama Hj Sultan. Beliau adalah seorg peniaga kaya dan mempunyai seorg peguam yang lurus, membantu perniagaannya. Satu hari peguam ini mengadu kepada Maulana bahawa dia telah dibuang kerja. Maulana tanya Hj Sultan,'Kenapa buang seorg pekerja yang jujor saperti dia?.' Hj Sultan jawab, 'Benar dia seorg yang jujor. Tapi baru-baru ini, anak dia membuka sebuah kedai, dan dia sibuk memikir dan membantu kedai anaknya, dan lupa tugas dia sebenarnya. Maka saya buang dia.' Begitu juga diri kita. Kita buat kerja agama tapi dlm masa yg sama kita sibuk fikir 'ghairullah', bagaimana usaha boleh maju?.

-Maulana Yusof beritau, jemaah masjid yang buat kerja dgn betul adalah apabila dari masjid dia jemaah-jemaah dihantar keseluruh alam dan jemaah-jemaah dari satu dunia dtg ke masjidnya. Setiap masjid mau hidup 24 jam. Hidup amal, bergilir-gilir. Dimasjid kita dan dirumah kita pun mau hidup amalan macam masjid nabawi. Ahlia-ahlia kita kena sediakan ahli rumah kita bergilir-gilir keluar kenegara jauh. Selanjutnya dia beritau hantar jemaah ditempat-tempat turunnya azab, gempabumi, tsunami dll. Hantar jemaah ketempat dimana umat Islam dipinggir kemurtadan. Sebelah kaki Islam, sebelah lagi hampir murtad. Silap langkah akan murtad tinggalkan Islam.

- Mufti Zainal Abidin beritau, kita jalankan mesyuarat agama kita macam amalan sembahyang. Dalam sembahyang tak boleh buat benda lain, makan, minum ,dll. Kalau kita buat benda tu apa jadi dgn amalan kita?. Pasti tak diterima oleh Allah. Begitu juga dlm mesyuarat kita, kita mau 'tawajjuh' barulah mesyuarat kita diterima Allah spt sembahyang tadi. Mau tutup handphone waktu mesyuarat. Dlm sembahyang mana boleh pakai handphone. Sekarang tuan-tuan pecah mesyuarat ikut kawasan/halqah.

Friday, April 08, 2005

Dzikir Qalbu Oleh Imam Ghazzali

Imam Ghazalli menulis dlm Ihya Ulumuddin (3:19-20)Kitab Tentang Keajaiban Hati, Tajuk tentang "Perbezaan antara ilham dan pembelajaran," menerangkan tentang zikir:

"Dia mengasingkan diri, melakukan hanya ibadat wajib (fardu) dan sunat (rawatib). Fikirannya (sewaktu berzikir) tidak terkesan ketika membaca quran, tafser, hadith dan perkara lain. Walaupun melakukan perkara tersebut dia sentiasa berusaha supaya ingatannya tetap kpd Allah.

.. Sewaktu duduk (mengasingkan diri) berzikir, dia tetap terus mengucapkan dgn lidah "Allah, Allah" berserta dgn kehadiran hati sehinggalah kepada keadaan dimana bila lidahnya berhenti bergerak, (dia menyemak samada) perkataan masih lagi bergerak atas lidahnya. Kemudian dia terus istiqamah dgn itu hinggalah kesannya hilang dari lidah dan menuju kehati pula. Hatinya pula berzikir.

"Bila hati pula mula berzikir, tetap terus berzikir hinggalah ia hilang dari hati dan imej perkataan 'Allah' pula , hurufnya, dan bentuk hurufnya, manakala maksud perkataannya sahaja ada dlm hati, wujud, saperti tertancap dlm hati dan tidak meninggalkan hati itu.

".. Dia berupaya utk sampai keperingkat ini dan juga berkeupayaan utk beristiqamah dlm keadaan ini dgn cara mengusir jauh 'was-was' (dan ingatan-ingatan lain). Tetapi dia tak berupaya utk mendapat rahmat/kasih-sayang kerana itu hak mutlak Allah, terpulang pada Allah sahaja utk memberi kpd nya: kemudian dia menjadi, hasil dari apa yang dilakukan, terdedah kpd angin rahmat dari kasih sayang Allah. Jadi selepas itu dia perlu menanti hingga kerahiman Allah mungkin terbuka, sebagaimana apa yang telah diberikan olehnya kepada Nabi-nabi dan Auliya.

'.. Kemudian, jika niatnya adalah baik dan tulus, dan jika dia beristiqamah, yakni keinginan/nafsunya tidak mempengaruhinya atau mengikatnya kepada kebendaan, maka ilmu laduni ( brilliances of truth ) akan bersinar dihatinya.

'.. Permulaannya ia dtg dlm keadaan tidak tetap, spt percikan kilat. Kemudia ia akan dtg kembali, dan mungkin lambat. Bila ia dtg, ia mungkin berterusan atau mungkin sekejap. Jika berterusan, mungkin berterusan lama atau berterusan sekejap. Sama juga tetapi dlm keadaan yang lain, mungkin dlm hanya satu bentuk, dan peringkat-peringkatnya Auliya Allah itu adalah tak terkira banyaknya sapertimana sifat asal dan kebaikan makhluk yang tak terkira banyaknya.

" Dgn itu maksud asal kaedah ini adalah -yakni utk tujuan penyucian, pembersihan dan pengilapan diri, - hanya dpt dilakukan oleh org yang bersedia bermujahadah dgn sabar.

[Zikir ini adalah Zikir Qalbu yang di amalkan oleh Tariqat Naqshbandi. ]

Thursday, April 07, 2005

KISAH ISKANDAR ZULKARNAIN - VERSI MINANGKABAU

Kisah yg ana tulis nie ialah satu kisah mengenai Iskandar Zulkarnain yang diriwayatkan versi Minangkabau. Ana ingat kisah ini Jejak Rasul TV3 pun tak mampu nak jejak. Tuan-tuan nilaikanlah sendiri.

Kisah Asal Usul Minangkabau.

Berdasarkan kepercayaan nenek moyang tertulis dalam 'Tambo'. Nenek moyang Minangkabau adalah Sultan Maharajo Dirajo. Belayar dgn pengikutnya yang pandai seni mempertahan diri sepanjang Pulau Lakadeva, Serindit dan Ceylon dan berlabuh di Gunong Merapi.

Sultan Maharajo Dirajo adalah anak kepada Iskandar Zulkarnain (Alexandar The Great) Raja di Masedonia (Athen). Anak murid Aristoteles dan Aristoteles anak murid Plato. Iskandar Zulkaranain berkahwin dengan puteri Ruhum (Rome Timur). Dari perkahwinan ini dia dapat 3 anak bernama Sultan Maharajo Alif, Sultan Maharajo Depang dan Sultan Maharajo Dirajo. Sebelum mangkat Iskandar Zulkarnain dia telah melantik Sultan Maharajo Alif memerintah Rome, Sulatan Maharajo Dipang memerintah China dan Sultan Maharajo Dirajo memerintah Negeri Khatulistiwa yang mana sekarang adalah Sumatera.

Hujahnya tengoklah rekabentuk rumah-rumah mereka
1. Rumah lama Minangkabau


2. Rumah Lama orang China


3. Rumah Orang Eropah (Viking)


Wallahualam.

Wednesday, April 06, 2005

Let Them Perish Said Rasulullah S.A.W

Let the servants of 'dunya' who forbid themselves from going in the path of Allah perish, become extinct and be humiliated said Nabi s.a.w. Let them not find any helpers when Allah befall them the calamities, let them with the hardship, don't ever help them to outcome the troubles even a bit. Jannah is only for those who response to the calling of 'go in the path of Allah' , ready whenever being called.

Al-Bukhari recorded in his Sahih that Abu Hurayrah said that the Messenger of Allah said,
«تَعِسَ عَبْدُالدِّينَارِ وَعَبْدُالدِّرْهَمِ وَعَبْدُالْخَمِيصَةِ، إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ، وَإِنْ لَمْ يُعْطَ سَخِطَ، تَعِسَ وَانْتَكَسَ، وَإِذَا شِيكَ فَلَا انْتَقَشَ، طُوبَى لِعَبْدٍ آخِذٍ بِعِنَانِ فَرَسِهِ فِي سَبِيلِ اللهِ، أَشْعَثَ رَأْسُهُ، مُغْبَرَّةٍ قَدَمَاهُ، إِنْ كَانَ فِي الْحِرَاسَةِ كَانَ فِي الْحِرَاسَةِ، وَإِنْ كَانَ فِي السَّاقَةِ كَانَ فِي السَّاقَةِ، إِنِ اسْتَأْذَنَ لَمْ يُؤْذَنْ لَهُ، وَإِنْ شَفَعَ لَمْ يُشَفَّع»
(Let the servant of the Dinar, the servant of the Dirham and the servant of the Khamisah (of clothes) perish, as he is pleased if these things are given to him, and if not, he is displeased. Let such a person perish and be humiliated, and if he is pierced with a thorn, let him not find anyone to take it out for him. Paradise is for him who holds the reins of his horse, striving in Allah's cause, with his hair unkempt and feet covered with dust: if he is appointed to the vanguard, he is perfectly satisfied with his post of guarding, and if he is appointed in the rearguard, he accepts his post with satisfaction; if he asks for permission he is not permitted, and if he intercedes, his intercession is not accepted.)

Monday, April 04, 2005

Kesempurnaan Mu, Tertera Dlm Nama Mu Yang Mulia Wahai اللَّهُ

اللَّهُ Nama Allah yang Maha Suci terdiri daripada susunan empat huruf Alif, Lam, Lam & Ha.
للَّهُ Jika huruf alif dihilangkan maka susunan huruf yang tinggal akan menjadi 'Lillah' - Untuk Tuhan. Bermakna pengesaan terhadap Allah.
لَّهُ Jika satu lagi huruf Lam dihilangkan maka akan menjadi 'Lahu' - Untuk Nya.
Juga bermaksud pengesaan terhadap Allah.
َّهُ Jika baki huruf Lam dihilangkan lagi akan menjadi 'Hu' - Ia atau Nya. Juga menunjukkan maksud yang sama.
Maka dengan itu apa jua sebutan atas kalimah ( اللَّهُ ) ini akan menjadi sempurna yakni kearah pengesaan terhadap Allah yang telah semestinya Ia adalah sempurna sesempurna Nya. Begitu jua apa sahaja yang dilakukan atas huruf nama Mu, tidak akan memberi kesan atas nama Mu , Yang semestinya Engkaulah yang Empunya segala kesempurnaan itu wahai اللَّهُ.