Tuesday, May 31, 2005

Kaedah Dzikr 'Pas-Anfaas'

Didalam kitab Fadhail Amal - Fadhilat Dzikr ada diterangkan oleh Maulana Zakaria tentang dzikr ini. Dzikr ini digolongkan sebagai dzikr qalbu yang bermakna dzikr secara senyap di dalam hati. Pas- Anfaas bermaksud 'mengawal setiap nafas' yang mana setiap nafas masuk dan keluar mesti membawa nama Allah.

3 kekuatan digunakan dlm usaha utk mengamalkan dzikr ini dengan berkesan yakni

1. kekuatan penumpuan
2. kekuatan pernafasan
3. kekuatan tuboh-badan

Dan keutamaannya, ianya harus dilakukan mengikut tertib/susunan yakni penumpuan, pernafasan, tuboh-badan.

Kaedahnya adalah saperti berikut:

(1) Bernafas dengan tenang dan kuat, penumpuan dibuat ketempat bernafas, perkataan 'Allah', dipandu masuk dalam-dalam hingga ke lubuk hati. Dzikr adalah gerakan hati dan cara pernafasan adalah hanya sesatunya kaedah utk membawa nama 'Allah' kelubuk hati.

(2) Bila bernafas keluar, dari lubuk hati 'Huu' akan dibawa oleh nafas dlm perjalanan balik, yang mana ia akan menujah ke lubuk hati.

(3) Mulakan, dengan duduk dengan posisi selesa dan mengadap kiblat

(4) Baca Kalimah ketiga, Istighfar, kalimah kedua, Ta'awuz dan Tasmiah

(5) Tutup mata, utk mendapat penumpuan. Juga perlu tutup lampu.

(6) Selepas berlatih bernafas masuk dan keluar, sedalam-dalam dengan tenang, kita akan menuju kepada keadaan bertafakur. Disini kita akan mengawal setiap nafas, yakni bila bernafas masuk, 'Allah' akan ditujukan sedalamnya kelubuk hati dan 'Huu' akan terbit dari hati dan menujah ke Arash Allah yang agung. Teruskan berkeadaan spt ini dan ditutupi dengan berdoa spt berikut

' Wahai Allah ! Berilah peluang untuk aku memuliakan namaMu hari ini.
Istiqamahkanlah aku dengannya dan juga permudahkanlahku utknya pada masa hadapan.'

Selamat Mencuba.

Nota:
* Kalimah pertama - Laailahaillahu Muhamadurrosullullah
* Kalimah kedua - Asyhadu An Laailahaillallah Wa Asyhadu Anna Muhammadarosullullah
* Kalimah ketiga - Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilahaillallahu Wallahu Akbar Walahaulawala Quwata Illabilllahil A'liyil Azhiim.
* Kalimah keempat- Lailahaillallahu Wahdahu Laasyarikalah Lahulmulku Walahulhamdu Yuhi Wayumitu Wahuwa A'la Qulli Syaiin Qodir.

Monday, May 30, 2005

Mari Kita Menanggis Untuk Ummat

Seorang rakan seusaha yang baru balik dari Nizamuddin memberi karguzari tentang pertemuannya dan nasihat elders. Katanya ' Saya telah bertanya kepada Maulana Sulaiman Janji mengenai usaha dakwah yang mundur dan kelam-kabut di Malaysia, karkun sesama karkun bergaduh, syura/fikirman yang setengahnya berpihak ke Pakistan dan setengahnya ke India, orang lama hentam-menghentam dan tak sependapat. Akibatnya, yang menjadi mangsa adalah orang baru, orang bawahan yang tersisih dari hidayat.'

Maulana memberi nasihat saperti berikut,
'Penyelesaian kepada masaalah ini ialah dengan menanggis. Maulana Ilyas dapat usaha dakwah dan tabligh ini setelah puas menanggis. Nabi s.a.w menanggis hingga bengkak-bengkak kaki. Kalau seorang anak Adam menanggis, maka langit pun akan menanggis. Budak menanggis Allah tunaikan hajatnya melalui ibunya. Matahari pun menanggis takutkan Allah.

Satu ketika Musa a.s sedang berjalan, tiba-tiba dia terdengar suara tangisan, maka dia mencari suara itu, dan akhirnya dia berjumpa dengan batu yang sedang menanggis. Musa a.s tanya kenapa menanggis, batu itu menjawab kerana dosa yang dilakukan oleh seseorang dan meminta Musa memohon keampunan kpd Allah. Maka Musa memohon ampun utk org tersebut dan diampunkan oleh Allah. Dlm perjalanan balik melalui tempat batu itu, Musa terdengar semula tangisan batu tersebut, maka dia bertanya kenapa menanggis lagi, batu itu menjawab kali ini dia menanggis kerana syukur kepada Allah. Dalam setiap keadaan batu itu menanggis. Sedih ia menanggis, gembira pun ia menanggis.

Sebelum perperangan Badr bermula, Nabi s.a.w menanggis sepanjang malam kepada Allah, dia berkata 'Ya Allah kalau kau tidak bantu orang-orang Islam yang 313 ini, maka tiada lagi orang yang akan menyembah Mu di mukabumi ini. Bantulah kami Ya Allah.' Tangisan Nabi s.a.w menyebabkan keresahan para sahabat, hinggakan Abu Bakr tak tertahan melihatnya dan berkata 'sudahlah ya Rasullullah, berapa lama tuan mahu menanggis. Allah pasti akan membantu tuan'. Jibrail a.s turun memberi berita gembira dari Allah dan menunjukkan 70 tempat dimana pembesar-pembesar kafir Quraish akan mati. Itu pun Rasullullah s.a.w masih menanggis lagi hingga ke subuh. Allah memuliakan baginda dengan menghantar bantuan seramai 3,000 malaikat, padahal Jibrail a.s seorang sahaja memadai utk menghancurkan mereka sebagaimana dia seorang diri mencungkil dgn sayapnya akan bumi negeri Sodom utk menghancurkan kaum Nabi Lut a.s.

Bila usaha sudah banyak dan mula maju maka menanggis pun mula berkurangan. Maka roh dlm kerja ini mula tercabut. Kasih-sayang dan satu hati makin berkurangan dan hilang. '

Selanjutnya maulana berkata , 'Usaha ini adalah 'rona( menanggis)' bukan 'ronak (ceria/gembira)'.

* Berita baik:Dua minggu lepas seorang ahli jemaah (berasal dari Pahang dan terkenal dengan istiqamah dlm kerja dakwah) yang sedang keluar 40 hari di Sabah/Sarawak syahid di jalan Allah. Diberitakan semasa memberi bayan beliau jatuh pengsan. Kemudianya di bawa kehospital. Di hospital beliau disedarkan oleh Allah sekejap utk mengucapkan kalimah taiyibah sekali dengan jelas-sejelasnya dan terus syahid. Semuga Allah menerima beliau dan menempatkanya di Syurga tertinggi sekali. Amin

Tuesday, May 10, 2005

Seruan Buat Pendosa Melayu

Apa yang telah kau lakukan, wahai Pendosa Melayu?
Kau telah tak mengenali dirimu sendiri
Kau bukan Kristian, bukan Yahudi, tapi apakah kau Muslim?
Apakah kau makhluk planet asing yang belum didatangi kitab Allah?
Atau pekak,buta dan biul dari berita gembira dan ancaman Nabi kami?

Apa yang telah kau lakukan, wahai Pendosa Melayu?
Dadah, arak, judi, sumbang muhrim , khalwat dan zina
Bayi berpusat mati di jemuran, kotoran, belukar dan sungai
Dosa dan maksiat menyelimuti diri, amalan soleh terbang lari
Kegelapan amalan menanggis menerpa Ilahi, azab bencana menujah bumi

Apa yang telah kau lakukan, wahai Pendosa Melayu?
Kerana kau binatang dan tumbuhan menyumpahi
Balak yang diseru hampir mencecah bumi
Menunggu masa menghempap kami
Setan kau Pendosa Melayu

Apa yang telah kau lakukan, wahai Pendosa Melayu?
Saban hari amalanmu dijeling penduduk langit
Jijik dan meloyakan mereka yang tulus dan suci
Kebusukan mana lagi yang tidak kau tebari
Hinggakan gunong, langit dan bumi memalingkan muka dan diri

Apa yang telah kau lakukan, wahai Pendosa Melayu?
Gunong mula memuntahkan isi, langit hampir runtuh dan bumi terbelah luas
Ketika lautan berlari jauh meninggalkan mu dan pantai
Ombak Tsunami menderum mampir membawa kemusnahan
Sekilas, ribuan terlentang kaku memandang lautan, langit dan masjid kami

Apa yang telah kau lakukan, wahai Pendosa Melayu?
Hampir-hampir Israfil ingkar akan perintah Tuhannya
Untuk meniupkan sangkakala sebelum tiba waktunya.
Ketika menggelegak nafsu mazmumahmu
Julangan api neraka hampir mencair dindingnya membolosi kebumi

Apa yang telah kau lakukan, wahai Pendosa Melayu?
Keberanianmu mengingkari perintah Tuhan mengkagumkan Iblis
Menjadikan syurga gelisah, ketakutan dan berdiam diri
Malaikat sujud dan tersungkur ketakutan di Baitul Makmur
Mudahan-mudahan menyejuk kemurkaan Tuhan kami

Apa yang telah kau lakukan, wahai Pendosa Melayu?
Bagaimana takdirmu di alam sana
Apakah kau kaum yang memenuhi dilubang jahanam itu?
Atau kaum yang berjalan di muka bukan di kaki?
Atau kaum yang meminum nanah dan memakan buah zaqum berduri?

Apa yang telah kau lakukan, wahai Pendosa Melayu?
Dari hujung rambut ke hujung kaki bercerita sesama sendiri
Menjadi saksi akan kerosakan yang kau lakukan tempoh hari
Diberi Allah kuasa berbicara di Hari Agama
Mudah-mudahan kau membaca ini
Apa yang mesti kau lakukan sekarang, wahai Pendosa Melayu?