Tuesday, August 23, 2005

Erti Sebenar Cemerlang, Gemilang & Terbilang

Minggu lepas dalam usaha untuk mengeluarkan jemaah 3 hari sempurna, ana telah buat tasykil pada seorang sahabat.
Kata ana: ‘Sheikh jom kita keluar 3 hari minggu ini (20, 21, & 22/8/2005). Banyak fadhilatnya sheikh’
Jawab kawan ana : ‘Sabtu dan Ahad boleh ler, tapi Hari Isnin ana kena kerja tak boleh cuti’
Kata ana; ‘Kenapa?. ‘Apply’lah cuti, rugi kalau tak keluar penuh.’
Jawab dia: ‘ Boleh dapat cuti, tapi tahun ini nama ana dicalonkan untuk khidmat cemerlang, kena jagalah sikit. Nanti boss tengok asyik-asyik cuti ajer.’
Laa…..

Tiba tarikh itu, masa bayan hidayat dia tak muncul-muncul walaupun dah buat azam untuk keluar Sabtu dan Ahad.

Apakah erti sebenar 'Cemerlang' itu?. Hari ini bila kita dengar nama kita akan dicalonkan sebagai seorang yang berkhidmat cermerlang, kita merasa bangga, dan kita merasakan adalah menjadi tanggungjawab kita memelihara rekod perkhidmatan kita didepan boss supaya kita adalah seseorang yang benar-benar cemerlang.

Kita tak mau jadikan diri kita cemerlang disisi Allah. Kalau kita miss 1 hari atau 3 hari untuk keluar dijalan Allah pada bulan tu kita rasa biasa sahaja dan perasaan bersalah terhadap Allah, Rasul dan Agama tidak dirasakan. Cuba kita bayangkan, katakan yang kita ditakdirkan oleh Allah s.w.t lahir dizaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.a, maka dikumpulan manakah kedudukan kita pada ketika.

Dengan sikap acuh tak acuh kita terhadap urursan agama Allah, adakah mungkin kita boleh berganding bahu dan bersusah-payah bersama Nabi s.a.w dalam menegakkan syiar agama Allah sewaktu itu. Kemungkinan besar dgn sikap kita yg sebegini, kita akan bersekongkol dan sependapat dengan orang munafik dan musyrikin. Juga mungkin kita akan tinggal dibelakang dan melihat dari jauh sahaja akan gerombolan demi gerombolan jemaah muslimin keluar dijalan Allah bersama Nabi s.a.w.

Dizaman Nabi s.a.w, takkala jemaah sedang bersiap-sedia untuk keluar dijln Allah, di Tabuk, telah datang sekumpulan orang munafik dan berkata, ‘ Janganlah kamu keluar sekarang kerana cuaca tersangat panas.’ Allah menurunkan ayat Quran menjawab, ‘ Katakan yang api neraka itu lebih panas.’

Cerminkan diri kita dan ciri-ciri diri orang munafik yang hidup pada zaman Nabi s.a.w. Kita bersembahyang,tapi sembahyang yang bagaimana?. Bila ada masa kita solat dimasjid dgn berjemaah. Bila tiada masa kita sembahyang juga, tapi dirumah. Kita bersembahyang cara Nabi s.a.w ker atau sembahyang ikut nafsu dan cara kita? . Tahukah kita bahawa orang munafik juga bersembahyang, malahan mereka bersembahyang berjemaah di belakang Nabi s.a.w. Cuma bila sembahayang malam sahaja mereka tidak hadhir kerana gelap dan Nabi tidak lihat mereka. Yang tak solat pulak tu, punya banyaknya jgn di ceritalah.

Kita berzikir, Alhamadulillah. Tapi tahukah kita Ibnu Muljam, orang yang membunuh Saidina Ali, ialah ahli zikir. Takkala, hendak dihukum selepas di tangkap dia telah berkata, ‘Kalau kalian nak jalankan hukuman silakan, tetapi satu saja saya minta supaya jangan dipotong lidah saya, kerana saya mahu mati dalam keadaan berzikir kepada Allah. Pada hal Nabi s.a.w telah bersabda ‘Orang yang paling celaka dalam umatku ialah orang yang membunuh Saidina Ali.’

Kita mahukan supaya agama dan bangsa kita cemerlang, tetapi tak mahu mengikuti cara orang yang telah cemerlang yakni sahabat Nabi s.a.w. Kita mahu gemilang, tetapi kita tak mau susah-payah sedikitpun kerana Allah , Rasul dan Agamanya. Isteri tak boleh ditinggalkan walaupun untuk satu hari/ 3hari, harta tak boleh dikorban kerana nanti anak-isteri tak makan dan masa tak boleh dibazirkan walaupun sesaat bagi sebarang perkara yang dikaitkan dengan agama. Tapi kalau kerana kerana dunia boleh. Kita pergi belajar bertahun diluar negara dan tak mengapa kalau tinggalkan anak-isteri.

Kita habiskan duit membeli peralatan mahal, besarkan rumah, tukar kereta setiap tahun utk menunjukkan kehebatan, kekayaan dan terbilangnya kita, kita bazirkan masa berjam-jam di depan TV dan ditapak perayaan sambutan kemerdekaan, tahun baru, Berhala Malaysia (Malaysian Idol), SureHeboh TV3 dan segala bentuk hiburan yang melekakan untuk menunjukan gemilangnya negara kita. Kalau begini sifat dan pandangan kita, boleh kah bangsa dan agama kita menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Mustahil!

Sekiranya semua wawasan kita tidak disertai dan dikaitkan dengan agama Allah maka yang pasti akan jadi pada anak bangsa dan negara kita adalah Tembelang (Penagih dadah/HIV AIDS/Anak-haram), Jembalang (Penyangak kolar-putih/biru) dan Temberang (Pemimpin yang khianat/penting diri-sendiri). Cerah masa depan.

Friday, August 19, 2005

Kaya atau Kayap?

Kedengaran dari corong radio rakan pejabat saya akan nyayian Zainal Headwind ' Kita Serupa,Kita serupa....'. 'Ahh', tanpa sedari terkeluar keluhan suara hati saya di mulut. ' Serupa kaya atau kayap?'

Bulan Rejab tinggal beberapa hari sahaja lagi. Syaaban dan Ramadhan pula akan menyusul. Tahun ini akan berakhir dan tahun baru akan muncul. Masa pasti akan berlalu deras meninggalkan kita.. Hari Jumaat ke Jumaat sekarang ini terasa begitu pantas berlalu, sehingga terkadang kita tak sedar apa yang kita telah lakukan sepanjang satu minggu. Kemajuan kebendaan telah ada harta, kenderaan, pangkat dan wang ringgit. Syukur alhamdulillah, tapi ini hanya kemajuan yang berada di luar diri. Bagaimana pula dengan kemajuan batiniah atau yang ada didalam diri? 10 tahun dahulu bagaimana?. Kini bagaimana?10 tahun akan datang, jika sempat, bagaimana?. Nombor giliran dah diambil dan kita sedang dalam barisan menunggu nombor dipanggil. Cuma tak tau bila, yang pasti, akan dipanggil.

Mari kita tanya diri kita. 100 tahun yang lampau dimanakah kita? Jawapannya ialah, ‘Kita tiada’. Sekarang dimana? Sekarang, kita sedang berada di pejabat, membaca membaca artikel ini didepan skrin komputer. Bagaimana pula 100 tahun akan datang? Jika soalan ini ditanya kepada seseorang, katakan Pak Ali sipenjaga kubur, maka dia akan memberitahu tempat kita dengan menunjuk kearah dua batu nisan yang terpacak. Disitulah kesudahan hayat kita didunia ini.

Hari ini kita terima e-mail mengatakan

Kpd semua: Dukacita dimaklumkan bahawa Encik XXXXX dari Projek XXX telah meninggal dunia pagi ini di hospital XXXX. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah. ‘.

Kita melihat berbagai orang saperti sahabat karib kita, rakan sepejabat kita, sanak-saudara kita dan lain-lain meninggal dunia. Esok hari mungkin orang lain akan menerima pemberitahuan saperti itu mengatakan yang kita telah meninggal dunia. Bak kata orang alim takkala anak adam meninggal, dunia akan berkata kepadanya ‘ Wahai anak Adam, kamu meninggalkan aku atau aku meninggalkan kamu. ’

Kalau kita seorang yang beriman dan redho dengan pemergian ini maka kita akan berkata, ‘Aku meninggalkan kamu ‘, sebaliknya jika tidak redho dan bersedia kita akan berkata, ‘ Kamu meninggalkan aku. ‘

Saya teringat sewaktu masih menuntut dahulu, ada keadaan tertentu dimana saya kurang membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Pada pagi harinya, sewaktu memasuki ke dewan peperiksaan hati saya telah menjadi tidak menentu. Perasaan bersalah dan menyesal menyelubungi diri dan saya menyumpah diri saya sendiri akan kesilapan ini. .Saya rasa mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami peristiwa dan perasaan saperti ini.

Sekarang cuba kita bayangkan saat-saat akhir kita akan dijemput oleh malaikat maut. Pada ketika itu mungkin perasaan yang sama akan kita alami. Sekiranya kita telah buat persediaan, maka kita akan terima dengan tenang. Tapi bagaimana pula jika tidak bersedia? Maklumlah untuk meninggalkan semua benda yang kita miliki dan kasehi saperti alam yang indah ini, kehidupan yang bahagia bersama anak-isteri, kareer pekerjaan kita yang sangat berjaya dan sedang berada dikemuncak, harta-benda dan lain-lain lagi.

Ketika masih kecil, saya kerap bermain menyorok-nyorok dengan adik-beradik, satu ketika saya telah menyorok di bawah katil tidur. Tak sampai beberapa minit saya telah mengelupor kepanasan dan melompat keluar. Bayangkan jasad kita akan dimasukkan didalam liang lahat yang saiznya hanya 3 kaki lebar, 7 kaki panjang, 10 kaki dalam dan akan ditutup dengan tanah serta ditinggalkan oleh sanak keluarga di tempat yang asing,sunyi dan gelap bagi kita. Bukan beberapa minit atau beberapa jam tetapi kita akan tinggal disana sehinggalah ke hari kebangkitan semula. Disana, bila dahaga dimana kita mahu dapatkan air, panas dimana mahu cari kipas, dan kalau lapar dimana mau cari makanan.

Malaysia dan Amerika adalah dua negara yang berbeza. Rakyat Malaysia yang ingin memasuki Amerika memerlukan dua benda yakni paspot/visa dan matawang US. Sekiranya tiada paspot/visa maka kita tidak akan dibenarkan masuk, ditahan dan dihantar pulang. Begitu juga jika tiada matawang US, kita akan mendapat kesusahan, Ringgit Malaysia tiada nilai di sana walaupun untuk membeli sebutir kacang putih. Jadi mula-mula kita perlu ada wang dalam RM, dan kemudian barulah ditukar ke bentuk matawang US.

Begitu juga perumpamaan dunia dan akhirat. Ia adalah dua alam yang berbeza. Kita yang masih berada di dalam dunia ini pasti akan pergi ke alam akhirat dan untuk ini memerlukan kepada dua benda yakni iman dan amal soleh. Sekiranya tiada iman, saperti paspot tadi, maka kita tidak akan dibenarkan memasuki syurga. ‘Jadi nak pulang kemana ye?’ Yang pasti bukan ke dunia ini kerana tiada orang yang telah mati pulang kembali kedunia. Di sana ada dua tempat sahaja dan tiada tiga. Syurga atau neraka.

Manakala untuk keselesaan dan keselamatan di alam sana, matawang diperlukan. Di alam akhirat, matawang yang ada di dunia ini tidak laku sapertimana RM tidak laku di Amerika. Amalan-amalan agama yang kita lakukan didunia ini, jika ada, saperti solat, bacaan quran, zikir, amalan soleh yang akan ditukarkan ke matawang akhirat untuk mengecapi segala bentuk kemewahan di sana nanti. Sebagai contoh, jika bersolat sendirian kita akan dapat satu pahala, manakala jika dilakukan berjemaah dimasjid mendapat dua puloh tujoh kali ganda pahala. Setiap huruf ayat suci Al-Quran yang kita baca mendapat sepuloh kebaikan. Setiap zikir diucapkan akan tertanam pohon-pohon didalam kebun syurga dan bayaran bagi pembinaan mahligai-mahligai kita di sana. Amalan soleh yang kita lakukan sekarang didunia ini sebenarnya sedang dimasukkan kedalam tabung ‘ Amanah Saham Akhirat’ kita. Nampak macam tiada tapi sebenarnya ada. Untuk dunia kita semua faham bahawa kita harus bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk menikmati kemewahan. Bagaimana pula akhirat?.

Seorang pelajar yang gagal dalam peperiksaan sekolah, contohnya SPM, masih lagi berpeluang untuk mendapat kejayaan. Dia boleh mengulang peperiksaan, jika tidak di sekolah-sekolah kerajaan, mungkin di sekolah swasta. Sekiranya gagal lagi dia boleh bekerja sambil belajar. Siang hari bekerja dan pada malam hari boleh belajar. Dia boleh mengulang, bukan sekali malahan berkali-kali sehinggalah dia berjaya.

Tetapi tahukah kita bahawa kehidupan di dunia ini hanya sekali sahaja. Sekiranya kita gagal dalam menyempurnakan misi kehidupan ini sebagai seorang muslim atau beriman, Allah s.w.t tidak akan sediakan alam dunia yang lain untuk mengulang bagi kita mendapat kejayaan. Kalau kita berjaya maka kita akan berjaya selama-lamanya dan kalau gagal maka malanglah kita kerana kehidupan disana adalah selama-lamanya serta tiada akhirnya.

Islam menyediakan sebaik-baik jalan penyelesaian dan pengharapan. Bekalan iman dan amal perlu dibuat dan diusahakan semasa di dunia ini sahaja. Jangan kita leka dan tertipu. Islam tidak menyuruh umatnya meninggalkan terus urusan-urusan keduniaan dan menumpu hanya kepada akhirat. Tetapi bak kata pepatah melayu ‘sambil menyelam minumlah air’.

Misalannya air, air penting kepada perahu, tapi jangan sampai air masuk dalam perahu. Air penting supaya perahu boleh terus belayar. Tapi jika air sudah masuk dalam perahu, maka kita akan tenggelam dan tak boleh sampai kedestinasi.. Dunia penting tetapi jangan dia jadi saperti air yang menenggelamkan. Biarlah ia jadi seperti air yang membantu perahu belayar dan dapat membawa kita sampai kedestinasi akhir, yakni Syurga.

Sibuk macam-mana sekalipun bekerja, bila sakit perut akan ke tandas, bila mengantuk akan tidur, bila lapar akan pergi makan. Masakan tiada masa untuk bersolat dan mengingati Allah. Solat jangan sekali-kali ditinggalkan. Yang memisahkan antara diri kita dengan solat hanya mati. Sekian

Wednesday, August 03, 2005

Rumusan Karguzari Jemaah Masturat 3 Hari

Berikut diseneraikan dibawah ini rumusan karguzari jemaah masturat 3 Hari yang ana hadhir baru-baru ini. Senerai ini adalah panduan dan usul utk pembaca telitikan.

1. Cuba utk keluar selama 72 jam. Keluar 3 hari ini sudah dimasukkan dlm nisab keluar 3 hari setiap bulan. Masturat kita mesti dikeluarkan setiap 3 bulan sekali. Maknanya jika kita keluar masturat bulan januari, next keluar masturat adalah bulan April. Begitulah seterusnya.

2. Maksima 7 pasang satu jemaah.

3. Tak boleh bawa anak lelaki.

4. Hanya 2 org anak perempuan dibenarkan bawa. Itupun 12 tahun keatas. Tak boleh bawa anak kecil.

5. Pakai purdah lengkap dgn sarung tangan. Kalau tak der, tidak dibenarkan keluar. Dialu-alukan keluar lain kali mengikut syarat ini. Pakaian hendaklah berwarna kelam atau gelap. Selain hitam (terbaik) boleh kalau biru gelap,atau hijau gelap.Jangan pakai nipis dan berwarna terang, dikuatiri menampakkan bentuk tubuh-badan.

6. Jangan bawa barangkemas dan perhiasan yang tak perlu. Macam masuk dlm kubor, emas semua tinggal. Hingga gigi ada emas pun kena cabut. Bawa prinsip ini.

7. Sebelum hantar masturat-masturat masuk dlm rumah yg diputuskan, Amirsab dan beberapa ahli jemaah perlu lihat keadaan rumah, luar dan dalam walau pun rumah tu sudah 100 kali terima jemaah. Lihat bilek, ruang-tamu, tempat wuduk, tabir (2 lapis), dapur , tandas dll. Sekiranya ada pembetulan tegur dgn penuh hikmah. Bawa org baru utk lihat juga bagi tujuaan belajar.

8. Untuk tabir pemisah antara lelaki dan wanita, ianya haruslah 2 lapis dengan dua tali yang berasingan. Sekiranya satu tercabut maka satu lagi akan ada. Kalau tiada, beritau tuan rumah supaya betulkan atau minta izin jika kita hendak betulkan. Jangan paku sebarangan dinding rumah itu, takut pecah-hati dia.

9. Masa mulakat dan dakwah tekankan supaya masturat banyakkan buat dakwah. Tanya mereka berapa org dah dakwah hari ini. Dakwah kpd taklim dll.

10. Salah satu program muzakarah yang ditekankan ialah "bagaimana menghidupkan taklim rumah?"

11. Hari ke3 tak sempurna keluar kalau tangguh lepas asar. Takcukup 72 jam. Paling kurang lepas isyak. Cuba habiskan semua amalan.

12. Buat Wupsi sebelum hari gelap/sebelum maghrib. Tak digalakkan buat bayan malam hari, takut fitnah dan tak sesuai org kampung lihat. Lagi pula org alim cakap malam hari nafsu naik, tak sesuai buat program bersama lelakitapi sesama mereka boleh.

13. Masa mulakat hanya waktu siang , takbenarkan malam hari kecuali darurat. Masa mulakat ini cuba tanya kesediaan ahlia utk ambil apa-apa tanggung-jawab dlm program. Jgn putus sendiri takut dia tak sedia.

14. Banyakkan program muzakarah sesama mereka kerana dgn ini mereka akan buat dakwah. Kalau bayan mereka hanya dengar saja, Boleh buat muzakarah kalau org tak ramai. Kalau ramai buat bayan.

15. Dlm taghrib/bayan, cuba tasykil org tempatan utk sediakan rumah masturat kerana sekaran jemaah banyak tapi rumah kurang utk dijadikan route.

16. Digalakkan tinggalkan/switch off handphone.

17. Halqah Quran- Buat kumpulan 3/4 org dan diketuai oleh orang yang pandai membetulkan. Waktu istimai' amal , hanya buat bayan saja. Biasanya lepas asar. Waktu pagi atau bila org tempatan tak ramai maka boleh buat halqah ini. Ini bertujuan utk tidak memalukan org yg tidak pandai atau baru-baru berjinak dengan agama.

18. Taklim yang sempurna semasa keluar adalah mengandungi ketiga-tiga perkara yakni Taklim kitabi, halqah quran dan muzakarah 6 perkara. Jangan pecah-pecahkan dia. Contohnya lepas fajar buat halqah quran saja. Waktu taklim pagi hanya taklim kitabi saja. Ini tidak betul. Walaupun fajar telah buat , pukul 10 pagi nanti kena buat juga baru dikira dlm package taklim.

19. Orang yang ingin nusrah penuh atau sebhg, perlu minta keizinan amir sab jemaah. Jangan minta dari tuan rumah saja. Amirsab kena bermesyuarat dgn penuh hikmah dgn tuan rumah dan ahli jemaah sekelian. Pertimbanagan perlu diberi sekiranya ahli keluarga tuan rumah ingin nusrah full. Terkadang yang menganggu konsentrasi program jemaah ini dtg dari org yang nusrah. Ahli jemaah diputuskan ikut usal, yakni tak boleh bawa anak dll, tetapi org yg dtg nusrah kemudiannya membawa 1 batallion anak-anak mereka duduk dan mengganggu program. Ini menimbulkan ketidak-puasan hati ahli jemaah yg keluar kerana mereka tlh korbankan hajat mereka utk bersama anak-anak yg masih kecil tetapi masih lagi diganggu.

20. 3 hari keluar , 3 hari ghast jgn miss. Putuskan 1 jemaah utk buat ghast berhampiran rumah masturat utk maklumkan pada jiran-jiran.