Monday, July 18, 2005

Bagaimana Mengawal Nafsu Anda

Dibawah nie diberikan pendoman bagaimana utk mengawal nafsu oleh Maulana Ashraf Ali Thanwi - Bahishti Zewar.

Kaedah Mengawal Nafsu. -Lapangkan sedikit masa diwaktu pagi dan petang ataupun sebelum tidur. Diwaktu ini duduk bersendirian dan lapangkan fikiran anda.

Kemudian berkata kepada diri dan nafsu anda.

Wahai Nafsu! Fahamilah bahawa engkau umpama seorang pedagang didunia ini. Modal kau adalah kehidupan ini dan keuntungannya adalah kau akan dpt keselamatan di akhirat. Jika kau mendapat kekayaan ini, perniagaan kamu akn dikira untung. Jika kamu bazirkan hidup ini dan tak mendapat keselamatan diakhirat, kamu akan rugi besar yang mana modal kamu akan hilang dan juga tak untung. Modal ini sungguh penting setiap saat, juga setiap nafas, mempunyai nilai besar. Tiada harta selainnya yang boleh menyamai modal ini. Alasannya ialah jika seseorg kehilangan hartanya, dia boleh berusaha utk mendapatnya kembali. Tetapi kehidupan ini, walaupun bila terlepas seketikapun ia takkan kembali lagi. Tiada sapa pun boleh hidup balik. Alasan kedua adalah harta takdapt membeli kehidupan, mustahil. Atas maksud ini modal (hidup kamu) adalah sangat-sangat penting.

Wahai nafsu! Bersyukurlah kpd Allah kerana kematian belum dtg kpd kamu lagi kerana kamu pasti akan mati. Allah telah memberi peluang kpd kamu utk hidup sehari lagi. Jika kamu dimatikan sekarang, kamu akan merayu kpd Allah dgn jutaan kali jika Dia memberi kamu 1 hari lagi utk hidup kamu akan membuat taubat nasoha dari segala dosa yang kamu takkan lakukan ia lagi. Dan kamu akan habiskan seluruh hari itu berzikr dan taat kpdnya. Kemudian bayangkan saat kamu hampir nak mati. Oleh kerana kamu mohon Allah beri masa 1 hari lagi, dan Dia izinkan. Jadi kamu harus rancangkan bagaimana kamu nak menggunakan masa 1 hari ini. Dan ini adalah hari terakhir kamu. Bertaubat dari segala dosa, jgn lakukan dosa kecil dan besar. Habiskan seluruh hari dgn berzikr dan takut kpd Allah. Jangan tinggalkan satu pun perintah Allah. Kemudian bila seluruh hari ini dihabiskan dgn cara ini, dan hari esok menjelang, ingat yang ini kemungkinan hari terakhir anda.

Wahai nafsu! Mengapa kamu sangka yg Allah akan ampunkan dosa kamu dan tak azab dan hukum kamu? Bila dia mula mengazab kamu, apa yg kamu akan buat dan bayangkan betapa akan menyesal kamu . Katakanlah dia akan mengampunkan kamu, tetapi kamu takkan dpt ganjaran yang diberi utk org yang melakukan amal-amal kebaikan. Kemudian dgn mata kamu sendiri kamu akan lihat bagaimana org lain diberi hadiah dan kamu tak diberi, dan betapa menyesalnya kamu dan betapa sedihnya kamu? - Jika nafsu kamu bertanya:'Baiklah, apa yg harus aku lakukan?' Beritau padanya yg ia harus meninggalkan amalan dan tabiat itu yakni ia harus meninggalkan semua kesedapan dunia dan yg mungkar. Dan ia harus sekarang mengambil semua amalan yg akan membantunya yakni amalan yg menyukakan Allah. Ia harus menyibukkan diri dgn berzikr dan taat kpd Allah.

Wahai nafsu, dunia ini adalah tempat musafir. Bila bermusafir, semua keadaan tidak selesa. Oleh itu kita haruslah bermujahadah. Bila pengembara samapi dirumahnya barulah dia merasakan keselesaan dan berehat. Jika dia tak mahukan kesusahan dlm pengembaraan, dan ambil keputusan utk berhenti dan berehat, maka dia takkan sampai kedestinasi sepanjang hayatnya. Begitu juga jika kamu hidup didunia ini, kamu harus menanggung semua bentuk kesusahan. Banyakkan usaha dlm ibadah dan jauhi dosa. Akhirat adalah kampung kita. Bila sampai disana, semua kepayahan akan habis. Jika kamu mencari kesenangan disini maka kamu takkan dpt menikmati kesenangan disana. Kalaulah kau fahami jgn sekali inginkan kenikmatan didunia ini.

Dlm masa singkat, nafsu itu akan dikawal kejalan yang lurus jika dilakukan cara ini. Ia harus dilakukan cara ini setiap hari. Ingat, jika kamu tidak ingin perbaiki dirimu dgn cara ini, siapa yg akan bantu utk kebaikan kamu. Sekarang kami telah menerangkan ini kpd kamu, sekarang terpulanglah kepada kamu utk lakukan apa yg kamu sukai.

*Disamping melakukan amalan diatas (amalan menasihati nafsu) , maka satu lagi amalan yakni menyuci dan memperbaiki hati perlu juga dilakukan dengan istiqamah. Amalan ini akan dilampirkan dlm mukasurat akan datang.

Dari Hazrat Thanvi - Kitab Bahishti Zewar

Nafsu telah menguasai diri saya

'Tolonglah saya Ustaz! Saya tak berupaya melawan nafsu saya. Dia telah mengawal diri saya.', itulah tulisan rintihan dari seorang hamba Allah yang masih tak berupaya meninggalkan benda-benda yg diharamkan oleh Allah. Walaupun dah bertaubat kerana tahu perkara tu salah disisi agama, tapi masih mengulanginya dan tak dpt meninggalkannya . Kadang-kadang yang melakukan perbuatan ini bukannya org jahil malahan org berilmu agama dan bersembahyang. Tetapi kerana mengikut tontonan nafsu, tak dapat nak tinggalkan. Manakala orang yang tak mau ambil tau dan terlalu suka kpd benda salah ini maka jutaan nasihat pun tak berguna.

Chronologi kehidupan dia sepanjang hayat adalah ....

Buat, tobat, tinggal...... tak lama lepas tu... Buat, tobat, tinggal...... tak lama lepas tu... Buat, tobat, tinggal...... tak lama lepas tu...Buat, tobat, tinggal...... tak lama lepas tu... Meninggal.

Bukan meninggalkan perbuatan buruk tu tapi meninggal dunia.

Sewaktu dia nazak dan hendak meninggal dunia, syaitan dan iblis akan datang merupa dan cuba mencuri imannya. Maka ia akan membuat berbagai tawaran supaya iman orang ini akan tercabut. Dia akan menawarkan benda yang dilarang dan dibenci oleh Allah tetapi yang disukai oleh orang itu. Kalau sepanjang hayat sewaktu dia sihat dan waras fikiran, dia tak mampu utk menolak kehendak nafsu yang menguasai dlm dirinya, bagaimana mungkin ketika nazak dia boleh menolak atau terlepas dari cengkaman nafsunya pada kali ini.

Kalau dia suka menengok gambar lucah, filem lucah dan tak boleh tinggalkan masa hidup, maka iblis akan beli imannya dgn benda ini . Kalau dia sukakan memakan dadah, iblis akan gunakan benda ini. Kalau dia suka meliwat, juga benda ini digunakan. Kalau dia suka beronani, benda ini juga akan digunakan. Kalau dia suka berzina dgn isteri orang/anak dara, maka benda ini juga akan digunakan, kalau dia suka merokok (azam berhenti.. hisap.. azam berhenti.. tapi hisap lagi..) atau benda-benda makruh, maka benda ini akan digunakan. Akhirnya apabila dia membeli jualan iblis itu maka imannya akan tercabut. Dan akhirnya matilah dia tanpa iman dan akan kekallah selama-lamanya dlm neraka bersama iblis dan org kafir. Zahirnya keluarganya dan manusia lain nampak dia mati sebagai orang Islam tapi hakikatnya mati tanpa iman. Na'uzubillah (Kami berlindung dgn Allah)

Surat-surat telah di hantar kpd ulama mengenai masaalah ini..
Surat 1:
" I am 25 years old and have a problem i wish to share. I have a bad habit of watching pornography sites occasionally, masturbates and cannot control my desires. Please help me, I'm helpless. "

Surat 2:
"I m a 15 year old boy.i m very addicted to mastrubation.and to porn also. i cannot get married right now.plz tell me what should i do"

Sejarah kejadian nafsu adalah bila Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Thursday, July 14, 2005

Dalil 124,000 Nabi & Rasul

Narrated Umama that Abu Dhar said:I asked, “O Messenger of Allah, altogether how many messengers were sent?” The prophet (pbuh) said: One hundred and twenty four thousand.”(Mishkat-Ul-Masabih, authenticated by Shaikh Nasiruddun Albani, Vol. 3, Pg. No. 1599, Hadith No. 5737)

Monday, July 11, 2005

Pesanan Terakhir Maulana Muhammad Yusuf Al Khandalawi Rah. Di Raiwind

Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965.

Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Maulana memulakan bayan selepas membaca masnun khutbah saperti berikut:

'Baiklah! Saya tidak berasa sihat hari ini. Saya tidak dapat tidur sepanjang malam. Walau bagaimanapun, Saya akan bercakap mengikut keperluan. Sesiapa yang diberi-faham dan melakukan amal, Allah s.w.t akan memberinya kebaikan, sebaliknya kamulah yang menyebabkan kemusnahan diri sendiri.

Ummah ini telah dibentuk dengan susah-payah. Nabi s.a.w dan para sahabat r.a telah menanggung kesusahan yang amat sangat untuk membina ummah ini. Musuh-musuh Islam, Yahudi dan Kristian, sentiasa melakukan usaha utk memecah-belahkan umat ini. Sekarang, org Islam telah hilang nilai-nilai kesatuan.

Pada 9 hijrah , semua orang Arab telah memeluk Islam, pada masa itu tiada satupun struktur bangunan dibina. Sebenarnya, di Madinah , masjid pun bukanlah satu bangunan yg sempurna dan tiada satu lampu pun dinyalakan didalamnya. Orang pertama yg membawa lampu adalah Hadrat Tamim Dari r.a. Dia memeluk Islam pada 9 hijrah. Dalam masa yang singkat, manusia dari kaum berbeza, bahasa dan negara telah bersatu.

Dlm masa yg singkat, manusia dari suku, bahasa dan kaum yang berbeza bersatu sebagai satu ummah. Hanya bila ini dicapai, barulah lampu di dlm masjid nabawi di nyalakan. Sebelum itu lampu nur hidayah telah dinyalakan dahulu dan disebarkan di seluruh Semenanjung Arab dan sekitarnya. Selepas ini barulah ummah ini terlahir di seluruh dunia. Negara demi negara jatuh melutut dikaki mereka, dimana sahaja mereka pergi.

Ummah ini terbentuk bila tiada individu mementingkan diri sendiri, keluarga , kumpulan, parti, kaum, negara dan bahasa sendiri. Tiada individu mementingkan kekayaannya, hartanya dan keluarganya. Sebenarnya, kepentingan setiap individu yg ada pd ketika itu hanyalah terhadap perintah Allah dan Rasul s.a.w. Ummah ini hanya akan bersatu bila semua hubungan dan ikatan diputuskan dalam usaha untuk memenuhi perintah Allah dan Rasulnya s.a.w. Bila org Islam menjadi satu ummah adalah bila pembunuhan satu jiwa org Islam dimana sahaja didunia ini akan mencetuskan tindakan balas dari seluruh ummah. Dikala ini beratus ribu nyawa org Islam telah dibunuh, tetapi tiada satu jari pun diangkat.

Satu negara atau penduduk-penduduk bukanlah membentuk satu ummah. Satu ummah sebenarnya adalah terbentuk bila beribu kaum dan kawasan bersatu. Menunaikan solah, berzikir dan kewujudan madrasah dan ilmu tidak mencukupi utk membina ummah dan menurunkan bantuan Allah. Ibnu Mujim, org yg membunuh Hadrat Ali adalah org yg istiqomah bersolat dan berzikir. Pada masa hukuman dijalankan, bila org ramai dlm kemarahan mahu memotong lidahnya, dia berkata:' Hukumilah aku ikut kehendakmu, tapi jangan potong lidahku. Aku mahu saat akhir hidupku ini berzikir kpd Allah." Walaupun begini, Nabi s.a.w pernah bersabda org yg membunuh Hadrat Ali adlah org yg paling celaka dikalangan ummat aku"

Ingatlah! Kata-kata saperti "Kaumku", "Negeriku", "Masyarakatku", hanya memecah-belahkan ummah. Allah tak suka dengan kata-kata itu. Bila seseorang merasai kehadiran Allah sepanjang masa, dia akan takut kepada hukuman dan kemurkaan Allah dan akan taat kepadaNya setiap kali dia bernafas. Dgn cara ini syaitan tak dpt menyesatkannya.

Ummah ini akan terselamat dari pecah-belah dan setiap kejahatan jika mereka berpegang dgn tali agama dan bersatu. Syaitan sentiasa bersama anda. Utk menyelamatkan diri anda dari kejahatannya, seharusnya ada satu kumpulan dikalangan anda yang berusaha utk menggalakkan yang ma'ruf (dgn keluar dijalan Allah, buat usaha atas iman, solah, dzikr, ilmu dan kerja kenabian ) dan mencegah yg mungkar.

Umat ini akan bersatu dgn usaha ini. Ketika ini, satu usaha global sedang dilakukan untuk memecahkan kesatuan ummah. Satu-satunya penyelesaian kepada masaalah ini ada didalam usaha Nabi s.a.w. Mengajak manusia kpd masjid. Bercakap tentang iman dan program taklim dan dzikr harus dijalankan. Mesyuarat berkaitan usaha agama harus dibuat. Kesatuan akan terbentuk dlm ummah bila perbezaan kelas, negara dan bahasa diketepikan, cara yg dibuat oleh masjid Nabawi.

Bila 3 individu duduk bersama, mereka harus merasakan individu ke4 adalah Allah. Jika 4 atau 5 duduk bersama maka yg ke 5 atau 6 adalah Allah. Dia harus mendengar kpd semua dan melihat samaada percakapan itu menyatukan atau memecahkan. Jangan memburukkan, merancang atau mereka cerita tentang yg lain. Jika ummah ini bersatu maka mereka tidak akan dihina. Ummah ini terbentuk dgn aliran darah dan penanggungan kemiskinan Nabi s.a.w. Sekarang ini atas asbab-asbab yang kecil kita telah berpecah.

Ingatlah! Hukuman memecah-belahkan ummah adalah lebih dasyhat daripada hukuman memaksiati Allah. Jika ummah ini bersatu, maka mereka tidak akan dimalukan. Orang Rusia dan Amerika akan menyerah dihadapan mereka. Ummah ini hanya akan bersatu bila setiap orang Islam mengamalkan ayat, " Azillatin 'alal Mu'minin" maksudnya setiap orang islam harus merendahkan diri dihadapan saudaranya yg lain. Sifat ini akan terbentuk bila kita menjalankan usaha tabligh. Bila qualiti " Azillatin 'alal Mu'minin" sudah ada maka Allah akan menjadikan mereka “ 'A izzatin 'alal kafirin”, didalam dunia ini. Mereka akan mendapat kejayaan dan menguasai orang kafir, samada dia Eropah atau Asia.

(*Nota Penulis: Maulana merujuk dan tafsir Ayat Quran Surah Al Maidah Ayat 54 dibawah ini:
***********************************************************
Wahai orang yang beriman! Sesiapa yang berpaling-tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Ia kasih akan mereka dan mereka juga kasih akan Ia, mereka berlemah-lembut terhadap orang yang beriman, dan berlaku tegas dan gagah atas orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan tidak takut kpd celaan orang yg mencela mereka. Yang itu adalah limpah kurnia Allah yg diberikan kepada mereka yang dikehendaki Nya,kerana Allah maha luas limpah kurnia Nya, lagi meliputi pengetahuanNya.
***********************************************************)

Sahabat dan saudara! Allah Ta'ala dan Rasulnya s.a.w melarang kita dengan kerasnya dari membuat ucapan yang memecahkan hati dan menyebabkan perpecahan. Syaitan membisikkan fikiran buruk dalam hati bila dua atau empat individu mengadakan mesyuarat tersembunyi. Mesyuarat tersembunyi telah di isytiharkan adalah kerja syaitan dan kita telah dilarang dari melakukan. Allah menerangkan mesyuarat/perbincangan tersembunyi adalah hanya (dipimpin) dari syaitan dlm usahanya utk menyebabkan susah-hati orang beriman, tetapi dia tidak dapat langsung memudaratkanya tanpa izin Allah.

Begitu juga kita dilarang merendah dan menghina yang lain. Allah s.w.t perintah, " Jangan kamu mengketawakan antara satu-sama lain; Mungkin yg diketawakan itu lebih baik dari yang mengetawakan." Kita juga dilarang dari mencari-cari kesalahan yang tersembunyi. Kita dilarang dari memberitahu kesalahan seseorang yang kita tahu dihadapan yang lain. Ghibat adalah haram. Ghibat bermakna memberitahu keburukan seseorang.

Kita diperintahkan supaya memuliakan dan menghormati satu sama lain kerana ini akan menyebabkan kesatuan. Pada masa yang sama kita dilarang dari mencari kemuliaan dari orang lain kerana ini akan memecahkan ummah. Satu ummah akan bersatu bila setiap individu secara ikhlas menyedari, " Saya tak berharga utk dimuliakan, dan dari itu, saya jangan mencari kemuliaan dari orang lain. Sepatutnya, saya harus memuliakan orang lain kerana setiap individu lain adalah berharga utk dihormati dan dimuliakan oleh saya." Jika kamu mengorbankan diri kamu, maka ummah ini akan terbentuk.

Kemuliaan dan kehinaan bukan dlm perancangan Rusia dan Amerika, tetapi dalam kawalan Allah. Dia telah menetapkan prinsip dan undang-undang tertentu utk memuliakan dan menghinakan negara atau individu. Jika Individu, negara, keluarga atau kelas manusia mengikuti prinsip kemuliaan, nescahaya Allah akan memuliakan mereka. Sesiapa yang melakukan sesuatu yang menghinakan, maka Allah akan hina mereka.

Org Yahudi adalah berasal dari anak Nabi-nabi. Tetapi Allah musnahkan mereka bila mereka memecahkan prinsip kemuliaan. Sahabat adalah anak-anak penyembah berhala. Allah muliakan mereka bila mereka mengikuti prinsip kemuliaan. Allah tiada sebarang hubungan silaturahim dengan sesiapa. Penerimaan Allah adalah berdasarkan kepada prinsip dan undang-undang tertentu.

Sahabatku! Korbankan diri anda dalam usaha ini supaya Ummah Saidina Rasulullah s.a.w boleh bersatu dan kualiti saperti iman, yaqin, dzikr, ilmu, dan penyerahan kidmat kpd Allah, tolak-ansur, menghormati satu sama lain dan sebagainya boleh ditegakkan. Berkorbanlah supaya kita akan terselamat dari kejahatan saperti ingkar, mensyuarat tersembunyi, menghina, mengumpat dan mencari keburukan orang lain. Jika mana-mana kawasan, menjalankan usaha ini dengan betul, maka ianya akan tersebar dari tempatnya keseluruh alam. Buatlah usaha supaya jemaah dari pelbagai negeri, lokaliti dan bahasa keluar dijalan Allah. Pastikan supaya prinsip-prinsip jerja dibuat dengan betul. Insya-Allah usaha ini akan menyatukan ummah dan insya-Allah syaitan dan nafsu tidak dapat membinasakan kita.

Beliau mengakhiri bayannya dengan doa.

3 hari selepas menyampaikan pesanan/bayan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dalam perjalanan beliau meninggal dunia. Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandhalawi telah dilahirkan pada 25 Jamadil Awal, 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala ,India dan diwafatkan oleh Allah s.w.t pada 26 Dzulkaedah 1384, bersamaan hari Selasa, 30 March 1965.

Maulana Yusuf Al Khandalawi ( 1917- 1965 )

Beliau adalah Amir Dunia Jemaah Tabligh yang kedua selepas wafatnya Maulana Ilyas, bapanya yang dikasehi. Beliau telah meninggal dunia dalam usia yg muda, 48 tahun, diwaktu beliau sangat-sangat diperlukan ketika usaha jemaah sedang berada di kemuncaknya. Ramai yang berkata bahawa Allah wafatkan beliau kerana sayang kepada beliau dan utk memelihara iman ahli-ahli jemaah. Sewaktu beliau memimpin, ramai yang berkata 'dimana ada Maulana Yusof , disitu jemaah banyak dikeluarkan.' Keyakinan jemaah telah tertumpu dan bergantung kepada beliau.

Sewaktu Maulana Yusuf memimpin jemaah ini, usaha telah berkembang dengan pesatnya menembusi keluar dari kawasan Mewat ( dikawasan Daerah Gurgaon, Negeri Haryana) dan menuju kesebahagian besar India. Selanjutnya jemaah tabligh mula dihantar ke Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika, Eropah, dan Amerika. Sejak itu bilangan ahli jemaah ini semakin bertambah dan membesar walaupun tiada pernah ada usaha untuk mendatarkan keahliannya yang bertauliah ataupun pendaftaran untuk mewujudkan pertubuhan dibuat.

Maulana, sewaktu masih kanak-kanak telah menunjukkan sifat-sifat cemerlang semulajadi yang ada dlm dirinya. Beliau telah mengkhatamkan Al-Quran ketika berumur 10 tahun. Kemudian dia menamatkan sekolah rendahnya dan mempelajari hadith, dibawah kelolaan bapanya. Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran hadith khusus dikelolakan oleh ulama terkenal di Mazahir Al Uloom. Semasa ini beliau dipimpin dan diasoh oleh sepupunya Maulana Zakarriya rah., ulama hadith yg ternama dlm dunia Islam di abad 20 ini. Dia menamatkan pengajian dari sekolah ini pada umur 20 tahun, 1355H.

Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, pada hari Ahad selepas solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965.

Pesanannya yang panjang ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Untuk membaca text sepenuh bayan beliau sila lihat dibawah tajuk "Pesanan Terakhir Maulana Muhammad Yusuf."

3 hari selepas menyampaikan pesanan/bayan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan, Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. telah jatuh sakit tenat dan dibawa ke hospital. Dalam perjalanan beliau meninggal dunia.

Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandhalawi telah dilahirkan pada 25 Jamadil Awal, 1335 H, bersamaan 20 Mac 1917 di Kandhala ,India dan diwafatkan oleh Allah s.w.t pada 26 Dzulkaedah 1384, bersamaan hari Selasa, 30 March 1965. Jenazah beliau telah diterbangkan pulang ke India untuk dikebumikan di Masjid Banglawali ,Nizamuddin Basti, India. Ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia telah datang menghadiri pengkebumiannya

Seluruh alam menjadi kelam dan gelap-gelita justeru hilangnya sinaran dari sebutir mutiara yang mencahayai alam dan menjadi asbab utk mencurah-turun dengan lebatnya hujan-hujan hidayat di dalam hati-hati manusia yang dahaga dan gersang diseluruh alam. Semuga Allah s.w.t menerimanya dan menempatkan beliau disamping orang-orang yang cemerlang di Negeri Akhirat. Amin.